Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.Pembelajaran membawa

perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai

pembelajaran.

DEFINISI PEMBELAJARAN

Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masingmasing. Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran.

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu: 1. Pembelajaran Formal 2. Pembelajaran Informal (Tak Formal) 3. Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

PRINSIP PEMBELAJARAN Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran, beberapa kesimpulan umum boleh dibuat. ini dirujuk sebagai prinsip pembelajaran yang memberi garispanduan tentang cara pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

1. Pertalian. Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya, perkara-perkara yang seiras, berpadanan dan yang berlaku dalam jarak masa yang singkat. 2. Pengulangan. Perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses pembelajaran. 3. Kepuasan. Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorong pembelajaran dan perkara yang dipelajari juga akan kekal dalam ingatan. 4. Pengalaman. Pembelajaran dan kefahaman akan lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti. 5. Pelaziman. Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat menghasilkan pembelajaran secara pelaziman. 6. Kesediaan. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 7. Penyertaan. Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari dapat diingati dengan lebih lama. 8. Peniruan. Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain 9. Minat. Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu. 10. Motivasi. Seseorang yang digerakkan (bermotivasi) untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) atau intrinsik (keinginan dalaman). 11. Peneguhan. Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan menjamin pengekalannya. Peneguhan positif seperti pujianlebih berkesan untuk
2

menggalakkan pembelajaran. Sebaliknya peneguhan negatif seperti denda boleh digunakan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. 12. Pemeringkatan pembelajaran. Isi pembelajaran hendaklah disusun secara sistematik daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada konkrit (maujud) kepada yang abstrak (mujarad), daripada umum kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan. 13. Kaedah pembelajaran. Kaedah pengajaran guru yang baik dan kaedah pembelajaran pembelajaran. 14. Maklum balas. Guru dan pelajar perlu mendapatkan maklum balas berkaitan dengan proses dan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan guru menyesuaikan keadah pengajarannya, sementara pelajar pula dapat memperbaiki pembelajarannya. 15. Pengalaman seharian. Pelajaran yang disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman sehariann pelajar. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan berguna kepada pelajar menguasai sesuatu pembelajaran. pelajar yang sesuai dapat menambahkan keberkesanan

Pembelajaran Formal Terdapat beberapa penulis yang cuba mendefinisikan pembelajaran formal Antaranya termasuklah Minnis (2006), Tylor (2006), Eraut (2004), Mohd Azhar et.al (2004), Malcolm et.al (2003), Livingstone (2000) dan Merriam dan Caffarella (1999). Walau bagaimanapun, penulisan mengenai pembelajaran formal di atas

menunjukkan perbezaan antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh konteks penulisan mereka. Sebagai contoh Tylor mendefinisikan pembelajaran formal secara umum, sedangkan Eraut memberikan gambaran mengenai pembelajaran formal dari kacamata pembelajaran di tempat kerja. Manakala Livingstone pula mendefinisikan pembelajaran formal dari perspektif pembelajaran dewasa dan pendidikan lanjutan. Perenggan berikut mengemukakan beberapa ciri pembelajaran formal daripada beberapa perspektif dan diikuti dengan ringkasan mengenai pembelajaran formal. Daripada perspektif yang agak umum, Tylor (2006) menggariskan beberapa ciri pembelajaran formal. Antaranya adalah berstruktur secara hierarki dalam suatu sistem pendidikan dan dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi. Minnis (2006) menggariskan ciri yang hampir sama bagi pendidikan formal dengan Tylor. Menurut
3

Minnis, pembelajaran formal adalah berpusatkan guru, birokratik dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Manakala Livingstone (2000) melihat pembelajaran formal sebagai pembelajaran yang disertai oleh orang dewasa di institusi pembelajaran formal yang diiktiraf oleh kerajaan. Livingstone seterusnya

menegaskan pembelajaran formal mempunyai kurikulum yang mantap serta membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Eraut (2004) pula mengemukakan lima ciri bagi menerangkan pembelajaran formal iaitu:i. Kerangka pembelajaran yang telah ditetapkan ii. Program pembelajaran yang tersusun iii. Dikendalikan oleh guru yang dilantik iv. Sijil kelayakan dianugerahkan kepada peserta v. Mempunyai matlamat akhir yang spesifik Di Malaysia, pembelajaran formal bagi orang dewasa dikendalikan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi, kolej dan pusat latihan (Mazanah, 2001) sama ada dimiliki oleh kerajaan atau swasta. Pada kebiasaannya, kemasukan ke institusi

pembelajaran formal memerlukan kelayakan akademik tertentu serta melalui proses pemilihan yang ketat. Di samping itu, yuran pengajian bagi pembelajaran formal agak tinggi terutamanya program pembelajaran yang dikendalikan oleh agensi swasta. Secara umumnya, definisi pembelajaran formal dalam konteks Malaysia adalah setara dengan definisi daripada beberapa penulis dari negara Barat seperti Tylor (2006), kesimpulaannya, pembelajaran formal merupakan pembelajaran yang dikendalikan oleh institusi pengajian formal melalui perlaksanaan program yang berstruktur mengikut kurikulum yang telah dirangka terlebih dahulu. Persoalannya ialah bagaimana pembelajaran formal dapat memberi kesan terhadap proses pembelajaran seseorang individu? Dalam konteks melahirkan modal insan kelas pertama, pembelajaran formal di sekolah dan institut lebih mendapat perhatian kerana pembelajaran formal lebih mendapat pengiktirafan dan berdaftar.Pada pendapat saya pembelajaran formal amatlah releven untuk memertabatkan sistem pendidikan negara ke tahap antarabangsa.Selain itu juga, dengan adanya kerangka pembelajaran yang sistemetik adalah bergitu sesuai pada zaman multimedia dan teknologi tanpa sempadan sekarang.Berdasarkan ciri-ciri pembelajaran formal yang ada,dapatlah kita lihat bahawa ia mampu melahirkan modal insan kelas pertama.

Pembelajaran Non-Formal

Menurut Thomas (2001), pembelajaran non-formal mempunyai sejarah yang panjang di kebanyakan negara di dunia. Walau bagaimanapun, Thomas

menjelaskan bahawa istilah pembelajaran non-formal mula dipopularkan pada pertengahan tahun 1960-an. Seterusnya, Thomas menegaskan bahawa kemunculan istilah pembelajaran non-formal terhasil daripada keperluan masyarakat kepada satu bentuk pembelajaran baru dan berbeza daripada pembelajaran formal yang sedia ada. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran non-formal? Menurut Merriam dan Brockett (2003), definisi pembelajaran non-formal merupakan satu isu yang masih menjadi tajuk perbahasan di kalangan pendidik. Kesukaran untuk mendefinisikan secara tepat bagi pembelajaran non-formal adalah kerana

pertindihan yang wujud antara pembelajaran non-formal dengan pembelajaran formal. Walaupun terdapat pelbagai definisi bagi pembelajaran non-formal dalam literatur, Merriam dan Brockett berpendapat definisi klasik yang dikemukakan oleh Coombs et.al, (1973) merupakan satu definisi yang sangat baik dan sering menjadi rujukan kepada penulis-penulis lain. Coombs dan Ahmed mendefinisikan

pembelajaran non-formal sebagai aktiviti pembelajaran yang dikendalikan secara sistematik di luar dari sistem pembelajaran formal bagi menyediakan ilmu pengetahuan tertentu kepada kumpulan terpilih dalam suatu populasi. Berdasarkan definisi daripada Coombs et.al, (1973), kebanyakkan penulis kemudiaannya mendefinisikan pembelajaran non-formal sebagai pembelajaran yang dilaksanakan di luar sistem persekolahan atau pembelajaran formal yang dicirikan oleh perlaksanaan yang kurang berstruktur, lebih fleksibel dan responsif kepada keperluan masyarakat setempat.

Di Malaysia, pembelajaran non-formal berperanan sebagai agen pembangunan dan perubahan sosial anggota masyarakat (Mazanah, 2001) setara dengan fungsi pembelajaran non-formal seperti yang digariskan oleh Tylor (2006). Di samping itu, pembelajaran non-formal juga berperanan sebagai tempat yang menawarkan peluang pembelajaran yang sama rata tanpa mengira status sosio-ekonomi. Ringkasnya, pembelajaran non-formal merupakan pendekatan penting yang membawa kepada perubahan individu, masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, pembelajaran non-formal kurang sesuai dipraktikan pada zaman sekarang, ini
5

adalah kerana ilmu sains dan teknologi mesti dipelajari dengan bersistemetik. Memandangkan kemajuan sains dan teknologi pada masa sekarang amat pantas berlaku jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Pendek kata,pembelajaran nonformal yang kurang berstruktur,lebih fleksibel dan responsit mana mungkin dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Pembelajaran informal Menurut Marsick dan Watkins (2001), pembelajaran informal merupakan hati kepada pembelajaran dewasa. Eraut seterusnya menegaskan istilah pembelajaran informal mula diperkenalkan oleh beberapa ahli falsafah pendidikan seperti John Dewey. Namun begitu, seperti Tambahan Pembelajaran non-formal yang menjadi tambahan kepada pembelajaran formal. Pembelajaran ini biasanya untuk

pembangunan negara yang tidak dapat dipenuhi oleh sistem formal juga pembelajaran non-formal, pembelajaran informal seringkali terabai, kurang dinilai dan tidak diberi tumpuan dalam penyelidikan (Eraut, 2004) bukan sahaja di Malaysia tetapi di kebanyakan negara lain juga. Marsick dan Watkins (2001:25),

mendefinisikan pembelajaran informal sebagai pembelajaran yang tidak berasaskan bilik darjah, tidak berstruktur dan autonomi pembelajaran dikawal sepenuhnya oleh pelajar. Oleh kerana autonomi pembelajaran dikawal sepenuhnya oleh pelajar, maka pembelajaran informal dikaitkan dengan dengan pembelajaran arahan kendiri (selfdirected learning). Sehubungan itu, objektif, kandungan, masa, kaedah dan penilaian hasil pembelajaran ditentukan sepenuhnya oleh pelajar itu sendiri (Livingstone, 2000). Salah satu komponen pembelajaran informal adalah pembelajaran yang tidak disengajakan (accidental learning). Marsick dan Watkins mentakrifkan pembelajaran yang tidak disengajakan sebagai pembelajaran yang berlaku secara tidak disengajakan dan pelajar seringkali tidak sedar berlakunya proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran informal merupakan sebahagian daripada bentuk

pembelajaran dewasa yang sangat penting bagi mendapatkan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran dan persekitaran yang sentiasa berubah (Livingstone, 2000). Manakala Colardyn dan Bjornavold (2004) mentakrifkan pembelajaran informal sebagai proses pembelajaran yang terhasil daripada aktiviti dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan masa lapang. Selaras dengan definisi yang dikemukakan oleh Marsick dan Watkin(2001), Colardyn
6

dan Bjornavold seterusnya menegaskan bahawa pembelajaran informal biasanya tidak bersruktur dari segi objektif, masa dan sokongan pembelajaran. Konsisten dengan takrifan yang diberikan oleh Marsick dan Watkins (2001), Colardyn dan Bjornavold juga berpendapat pembelajaran informal biasanya tidak disedari dan tidak disengajakan. Oleh itu, pembelajaran in-formal tidak membawa kepada

penganugerahan sijil. Secara ringkas pembelajaran informal didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang membawa kepada pemerolehan kefahaman, ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang berlaku di luar daripada institusi pembelajaran formal dan non-formal. Jelas kepada kita bahawa pembelajaran informal tidak berasaskan bilik darjah, tidak berstruktur dan outonomi. selain

itu,objektif,kandungan,masa,kaedah dan penilaian hasil

pembelajaran ditentukan

oleh pelajar. Jadi pada pandangan saya,bagaimana pendidikan informal dapat melahirkan insan berminda kelas pertama amatlah sukar. Pada saya anggaran keberkesanan pembelajaran informal adalah 40% daripada 100% pelajar. Perlu kita ingat, kejayaan pembelajaran bergantung kepada seseorang pelajar itu sendiri. Walaupun pelbagai jenis pembelajaran yang ada, pelajar yang belajar itu harus berusaha untuk memajukan diri kearah insan berminda kelas pertama. sekiranya tiada usaha pembelajaran maka hasrat untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama akan terkubur bergitu sahaja.

REFLEKSI
Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara.

Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan berminda kelas pertama untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan, adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing. Sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh En.Wan Mohd.Madehi Wan Ali yang mengupas tajuk Pembelajaran,banyak memberi pengetahuan baru bagi saya.Walau pada mulanya saya kurang memahami soalan yang diberikan,tetapi atas tunjuk ajar dan penerangan daripada beliau maka saya dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Tidak ketingalan juga rakan-rakan seperti Nurhidayah Bt Mohammad dan zuraidah Bt Jeraie banyak memberi maklumat dan bantuan sokongan moral. Pengunaan internat juga banyak membantu saya menjayakan tugasan pada kali ini. Dengan berbekalkan kelajuan Internat yang lambat amat menguji kesabaran. Saya merasa gembira kerana saya dapat satu ilmu yang baru bagi diri saya. Ia sedikit sebanyak membantu saya dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi yang ada. kerja kursus ini dapat memperbaiki kemahiran saya dalam menggunakan teknologi.

Banyak teori-teori pembelajaran dapat dipelajari,ia sekaligus dapat menambah pengetahuan sediaada pada diri saya. Semoga pada pengetahuan diri ini dapat

memperkasakan

kemahuan

pembelajaran

saya.kesimpulannya

pembelajaran adalah seumur hidup bukan untuk mendapat sesuatu pemberian semata-mata.

BIBLIOGRAFI

Mohmaad nazar Mohamed (1991). Pengantar psikologi.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya, Nordin Yahya, Zurihanim Zakaria (2005), Psikologi kongnitif.UTM : cetak Ratu Sdn.Bhd. Ab.Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran,Skudai : penerbit UTM

Anda mungkin juga menyukai