Anda di halaman 1dari 9

1.

PENDAHULUAN
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.

Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam
proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan
(Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para professional pendidikan untuk bekerja keras
dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan di negara ini. Di samping usaha
peningkatan dan perlaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah
berasa tertekan dengan demand tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini.

Menurut Sapora Sipon

(2007), stres terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam
keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan.
2.0

ISU STRES DI KALANGAN GURU

2.1

DEFINISI STRES
Menurut Burhanuddin Abdul Jalal (2010), stress merupakan suatu ungkapan yang sering

dikaitkan dengan hal-hal yang negatif seperti gila, gelisah, tertekan, tidak mampu berfikir, jiwa yang
resah, pemarah dan hal-hal negatif yang lain. Kita barangkali amat biasa dengan istilah atau ungkapan
ini. Ini mungkin kerana setiap hari kita mengalami stress. Mengapakah ini berlaku? Stress berlaku
apabila keadaan tubuh badan atau jiwa kita mengalami suatu keadaan atau situasi di luar kebiasaan
kita.
Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan Kyriacou (1987) telah
menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal seseorang guru. Seterusnya kajian Jamaliyah (1999) juga menunjukkan
stres membawa risiko ke atas kesihatan seseorang guru. Di samping itu, menurut kajian Ali Murat
Sunbul (2003) pula, terlalu banyak stres yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai
kesan yang negatif dan boleh mengganggu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru.
Kebanyakan guru melaporkan stres dalam pekerjaan mereka dan mengalami burn out pada peringkat
tertentu dalam pengalaman perkerjaan mereka (Cormaks, 2000).
2.2

JENIS-JENIS STRES

(i)

Stres Here Or Now

Stres Here Or Now adalah situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu ketika.
Contohnya , guru yang berada dalam peperiksaan , terjatuh menuruni tangga. Dan bertengkar dengan
rakan sekerja.
(ii)

Stres Anticipation
Stres Anticipation merupakan jenis dimana guru akan bertindak balas terhadap sesuatu

peristiwa yang dijangkakan. Contohnya, setiap hujung semester sekolah akan menganjurkan
perjumpaan dengan ibu bapa. Oleh sebab itu, guru-guru yang baru akan berasa panik dan tertekan
kerana tidak yakin menghadapi situasi tersebut.
(iii)

Stres Imaginatif
Stres imnaginatif merupakan stres yang berlaku dalam sesuatu situasi apabila individu berfikir

dan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri, menakutkan dan sebagainya. Contohnya , anda berada
sendirian di dalam bilik pada waktu malam dan anda mendengar bunyi di luar bilik dan dengan spontan
anda membayangkan ada pencuri, hantu dan sebagainya.
(iv)

Stres Reaktif
Stres reaktif wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stress ini berlaku

secara semulajadi dan kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Contohnya kematian orang yang
terdekat. Proses mengimbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di
mana stres reaktif berlaku.
(v)

Stres Negatif
Stres negatif adalah stres yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau

tahun. Hal ini boleh berlaku disebabkan satu punca sahaja contohnya masalah kewangan atau akibat
masalah-masalah lain.
3.0

FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU


Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan

kerja guru iaitu salah laku pelajar, keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di
kalangan guru sekolah, sumber, dan hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di
Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan
dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli
pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku
pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah
menghadapi tekanan.
2

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh
menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang
sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran
dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat
guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk
memegang sesuatu jawatan.
Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab
berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan
pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar,
menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus
juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan
kelas yang diajar.
Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga merupakan faktor yang menyebabkan
berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Hubungan antara personal ini merujuk kepada
hubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan pegawai dan jabatan pendidikan,
hubungan guru dengan staf sokongan, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan antara guru
dengan ibu bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang ada kalanya dingin antara guru-guru
dengan personel yang terdapat di sekolah akan mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang
baik terhadap kualiti kerja guru-guru tersebut.
Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan
kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah
berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat
kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang,
Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah menengah berasal dari Sungai Golok, Thailand.
Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan
dan sebahagian lagi datang dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan
tempat lain di Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat
di Rantau Panjang.
4.0

KESAN-KESAN ISU STRES DI KALANGAN GURU.

4.1

Kesan Kepada guru.


Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang

guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang
3

kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin
yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan.
Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan
menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya,
banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan
sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain daripada
ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu
berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang
datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin
pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama
mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah
dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh
mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang
sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada
jawatan ini.
4.2

Kesan Kepada Organisasi Sekolah


Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan

sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan guru
melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa
bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya,
muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil
apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil akan dimarahi
dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.
Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Stress
Management For You, menyatakan bahawa..you will antagonize those in your home, office and social
circles. You will draw them into your personal circle of stress.
Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap
pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan
sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi muram dan
mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati.
Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh
guru. Menurut (Straw, 1993), stress will lesson your satisfaction with work and lesson your
performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa bawa ke dalam ke tempat kerja, tekanan
4

tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan pekerjaannya sebagai orang bawahan
pentadbir.

5.0

LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL MENGATASI ISU STRES DI


KALANGAN GURU

5.1

Kaedah Moden
Diantara kaedah moden yang telah berjaya dilakukan ialah dengan menjalani sesi Fisioterapi

Khas yang diperkenalkan oleh Mohd Rozaimi Che Kamaruddin dari Great Life Physio and Rehabilation.
5.1.1

Fisioterapi Khas
Program ini telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading,

Sungai Buluh, Selangor yang melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program
tersebut bertujuan mendedahkan cara dan panduan menguruskan stres semasa bertugas.
5.1.2

Pemeriksaan Kesihatan Berskala


Guru guru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berskala di klinik - klinik kesihatan

untuk memastikan tahap kesihatan diri. Memastikan tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang
baik. Pengambilan ubat ubatan diperingkat awal dapat mencegah gejala ini daripada semakin
merebak. Tahap kesihatan yang rendah akan mengundang masalah stres dikalangan guru guru di
sekolah. Terkecuali daripada penyakit penyakit kronik yang lain dapat menyediakan mental dan fizikal
guru di tahap yang tinggi untuk melaksanakan tugas tugas yang telah diamanahkan.
5.1.3

Perbincangan antara Rakan Sejawatan.


Cara ini boleh dipraktikkan bersama rakan rakan setugas semasa berada di sekolah pada bila

bila masa. Guru boleh menggunakan masa terluang bersama sama rakan berbincang perkara
perkara yang berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, tugasan tugasan yang diberi
tanggungjawab oleh pihak pentadbir sekolah untuk diselesaikan. Perlakuan menyimpan permasalahan
dalam diri sendiri akan mengundang stres.
5.1.4

Senaman Pernafasan
Stres boleh menyebabkan seseorang bernafas secara sukar dan adakalanya terpaksa bernafas

secara kerap tanpa teratur atau dikenali sebagai simptom hyperventilation yang menyebabkan mangsa
5

stress berasa panik secara tiba tiba. Pengoksigenan darah yang dibawa ke otak mendatangkan
banyak manfaat kepada seseorang. Ia boleh melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Oksigen
yang cukup di dalam otak kita akan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik tanpa tekanan dan
dapat berfikir dengan cara yang positif semasa mengalami sebarang masalah. Cara senaman
penafasan ialah dengan menarik nafas secara perlahan lahan dan kuat, kemudian lepaskan udara
melalui hidung, lakukan berulang ulang kali.
5.1.5

Tafakur (Meditasi)
Bertafakur secara sendirian tanpa sebarang ganggu membolehkan otak kita kembali tenang

dan ia dapat membebaskan hormon anti anxiety. Minda yang tenang dapat melegakan tekanan otak
kita semasa menhadapi sebarang permasalahan. Tempoh tafakur yang dicadangkan adalah diantara
10 minit ke 15 minit secara minimum.
6.0

STRATEGI MENGATASI ISU STRES DI KALANGAN GURU

6.1

Pengurusan Masa Yang Teratur


Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti.

(Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut
Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut
kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut
perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru
perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing masing.
Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan
memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya,
guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan
perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang
sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak
ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru stres.
6.2

Jauhkan Diri Daripada Perkara Negatif


Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh

membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau mengetepikan
punca punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan secara bersama antara
pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan
bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka
6

seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak
pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa
memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana
ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu
tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir
mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak
pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru,
guru perlu mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu
dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist only in
some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job is performed.
Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada lebihan kerja yang
diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap
organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi
mengelakkan tekanan dalam diri masing masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut
kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan
tugasan.
7.0

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup

mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik
kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga
guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan
berterusan. Guru-guru juga haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan
karier mereka sebagai guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan
membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini. Boleh dikatakan tekanan dapat
dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan
tekanan tersebut. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh guru bagi
memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang
mendatang.

8.0

RUJUKAN
7

8.1 Buku.
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
David Ryans (2012). Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison,
Appraisal . Whitefish MT : Literary Licensing, LLC

Kuala
And

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan
Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

&

Marzuki, N. A. (2007). Psikologi Personal. Kuala Lumpur: Utusan Publication &


Distributors Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010).
Guru dan Cabaran Semasa, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd
8.2

Internet

Aduka Humaira. (2013).Isu Pendidikan Semasa.Dilayari pada 1 September 2015 dari :


http://isusemasapendidikan.blogspot.com/
Aminudin Mansor (2014). Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 2 September 2015
dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaransemasa
Anis Abd Halim (2014). Isu guru dan pelaksanaan PPPM.Dilayari pada 2 September 2015
dari : https://prezi.com/45e4p6x_c5rh/isu-1-guru-dan-pelaksanaan-pppm/
Celine Teow ( 2013).Globalisasi dan Cabaran Pendidikan.Dilayari pada 6 September 2015
dari:https://www.academia.edu/7963785/I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN
PENDIDIKAN
Izzat Syahir. (2012).Nota Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 13 September 2015 dari
http://www.scribd.com/doc/108098837/
Numies. (2012).Kepelbagaian Budaya. Dilayari pada 8 September 2015 dari
http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk- 1-15-kepelbagaian-budaya.html
Shamsul Izwan. (2009). Isu dan Cabaran Guru Semasa : Kepelbagaian Budaya
Dilayari pada 10 September 2015 dari http://oh-cikgu.blogspot.com/2012/09/isu-dancabaran-pendidikan-semasa.html
8.3

Jurnal
8

Akihito Shimazu et. al. (2003). Effect of Stress Management Program for Teacher in
Japan : A Pilot Study. Journal Of Occupational Health, 45, 202-208.
Azizi bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Malaysia
Dr. Jamil Ahmad (UKM dan Norlia Goolamally (OUM). Jurnal: Pentadbiran dan
Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan
Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1)
http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf
Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman.(2011). Jurnal Kemanusiaan bil.17.
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Fakulti

Anda mungkin juga menyukai