Anda di halaman 1dari 40

TEORI

PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN
PIAGET
DISEDIAKAN OLEH :
NUR ATIKAH BINTI YAHYA
SITI HAJAR AISYAH BINTI ISA
Siapakah
JEAN
PIAGET???
JEAN PIAGET
Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi
Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang
kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina
hipotesis.

Beliau juga menjelaskan bagaimana


minda manusia membina skemata dan
melaksanakan proses asimilasi dan
Akomodasi dalam membina ilmu.

Beliau mengasaskan teori perkembangan


kognitif manusia melalui peringkat-
peringkat perkembangan.
4 KONSEP UTAMA TEORI JEAN
PIAGET
• Kematangan biologi
Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor
baka/genetik.
• Interaksi individu dengan persekitaran
Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk
memahami perkara-perkara yang berlaku.
Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
• Pengalaman sosial
Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh
pergaulan individu dengan orang-orang di
persekitaran: ibu bapa, adik beradik, rakan, guru
dan sebagainya.
• Keseimbangan
Proses keseimbangan adalah merupakan salah
satu cara yang digunakan oleh individu untuk
mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru
dialami.
PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN
• Setiap individu cenderung untuk memahami
persekitaran mereka.
• Individu sentiasa cenderung untuk
memahami sesuatu situasi, bagi
menyelesaikan sesuatu kekusutan.
• Kita akan berasa kurang selesa sekiranya
berhadapan dengan sesuatu keadaan yang
tidak menentu atau keadaan yang tidak
dapat dijangka.
• Ketidakselesaan ini akan mendorong individu
mencari penyelesaian atau keseimbangan.
• Setiap kali individu memperolehi sesuatu
pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman tersebut dalam
minda maing-masing dan membentuk satu
sistem yang dipanggil skema.
• Proses penyusunan dan pembentukan skema
ini dipanggil organisasi.
• Skema-skema ini akan digunakan oleh
individu tersebut apabila berhadapan
dengan situasi yang memerlukan
penyelesaian.
• Pembentukan skema bermula sebaik
sahaja seseorang individu dilahirkan.
• Semuanya bermula dengan pembentukan
skema yang mudah kemudian beransur
kepada skema yang lebih kompleks.
 
• Dalam banyak situasi, skema-skema
yang baru ini akan berdepan dengan
situasi yang baru pula.
• Dalam situasi-situasi yang baru ini,
individu akan berdepan dengan
pelbagai masalah.
• Mereka perlu mengubahsuai skema
lama mereka supaya mereka dapat
mengadaptasi dengan situasi baru
mereka tersebut.
• Proses perubahan atau penukaran
skema lama kepada skema baru
dipanggil adaptasi. Adaptasi
melibatkan dua proses yang saling
berkait iaitu :
 asmilasi dan
 akomodasi.
ASIMILASI
• Asimilasi berlaku apabila individu cuba
memahami pengalaman baru dan cuba
menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-
skema yang telah sedia ada.
• CONTOH
Ahmad mempunyai skemata tentang kucing.
Apabila ternampak anjing Ahmad juga
memanggil anjing sebagai kucing.
AKOMODASI
• Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema
lama untuk disesuaikan dengan pengalaman yang baru. Individu
akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan
pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.
• CONTOH
 Ahmad tidak dapat membezakan antara anjing dan juga
kucing. Jadi ibunya akan membantu Ahmad membezakannya
dengan membuat adaptasi tentang imej anjing.
 Ahmad akan dapat membezakan aning dengan kucing
berdasarkan perbezaan saiz dan juga bunyi haiwan tersebut.
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN KOGNITIF
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

• Empat peringkat dalam Perkembangan


Kognitif :
• Peringkat Sensorimotor (semenjak lahir-2
tahun)
• Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
• Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
• Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke
atas)
UMUR PERINGKAT CARA BERFIKIR
0-2 Sensorimotor Mengguna deria motor dan
tahun deria yg lain meninjau dan
memahami persekitaran

2-7 Praoperasi Berfikir secara simbolik utk


tahun menyelesaikan masalah
tetapi
pemikiran masih tidak logik
dan mudah diperdaya oleh
persepsi yg berlainan.

7-11 Operasi Berfikir secara logik dan


tahun konkrit konkrit. Boleh selesai
masalah secara cuba-jaya

12 tahun Operasi Berfikir secara abstrak


ke atas konkrit konsep hipotetikal dan
akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
Peringkat Sensorimotor (0-2)
• Peringkat ini merupakan permulaan dalam
perkembangan kognitif yang mana bayi
menggunakan deria dan pergerakan fizikal
untuk mempelajari tentang persekitarannya.
• Skema-skema yang terbentuk adalah hasil
interaksi fizikal bayi dan persekitaran.
• Contoh: menggunakan mulut untuk merasa
objek dan mengkoordinasi mata dan tangan
untuk mencapai objek.
Mereka suka memasukkan objek ke dalam
mulut.
Suka menghisap jari.
• Peringkat sensori motor adalah peingkat
yang mana kanak-kanak mengkoordinasi
maklumat deria dengan kebolehan motor
untuk membentuk skema bagi
membolehkan mereka meneroka dan
mengetahui persekitaran mereka.
• Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-
kanak akan melakukan imitasi (proses
peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat
atau diperhatikan. Contohnya: meniru
perlakuan melambaikan tangan.
Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
• Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget
menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-
7) tahun.
• Mengikut Piaget, proses perkembangan
kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna
menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku
ditahap ini iaitu:
• Dalam banyak situasi, skema-skema
yang baru ini akan berdepan dengan
situasi yang baru pula.
• Dalam situasi-situasi yang baru ini,
individu akan berdepan dengan
pelbagai masalah.
• Mereka perlu mengubahsuai skema
lama mereka supaya mereka dapat
mengadaptasi dengan situasi baru
mereka tersebut.
• Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak
untuk melakukan tingkah lakunyang ketara
seperti kebolehan mengira.
• Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian
tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan
sehingga menjadi skema tingkah laku yang
stabil.
• Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh
individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku umpama gambaran
mental asas tentang kemajuan dan sesuatu
objek dan sebagainya.
• Piaget telah membahagikan tahap
praoperasi kepada dua sub tahap
iaitu:
Tahap Prokonseptual (2-4
tahun) dan
Tahap Praoperasi (4-7 tahun).
• Di tahap prakonseptual, kanak-
kanak belum lagi dapat
membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang
sama belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam
pemikirannya.
• Mereka juga menggunakan simbol dalam
permainan. Contohnya menganggap buku
sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
• Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran
kanak-kanak masih lagi di tahap rendah
berbanding dengan orang dewasa.
• Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah
egosentrik di mana dunia keseluruhannya
dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat
ini lebih bersifat intuitif iaitu
pemahaman kanak-kanak mengenai
objek bergantung pada ciri-ciri yang
nampak jelas dan nyata.

• Mereka masih belum berupaya berfikir


secara logik dan rasional.
• Contohnya apabila segumpal tanah
liat yang di bentuk segi tiga yang
kemudiannya diubah membentuk
segi empat tanpa mengubah
amaunnya, mereka mengatakan
bahawa tanah liat yang berbentuk
segi empat itu lebih besar daripada
yang berbentuk segi tiga tadi.
Peringkat Operasi Konkrit
• Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan
berfikir secara logik walaupun pemikiran masih
terikat dengan situasi yang konkrit.
• Pada peringkat ini, kanak-kanak juga
menguasai proses pengelasan. Dalam
kemahiran ini, kanak-kanak dapat
mengklasifikasikan objek ke dalam set atau
kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh:
Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dll.
• Pemikiran egosentrik pula telah menjadi
pemikiran secara decenterd atau objektif.
• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak
memahami persepsi dan pandangan orang lain
yang berlainan daripada persepsi mereka.
• Mereka sudah boleh mula bersosial dan
menerima pandangan rakan-rakan semasa
bermain atau membuat aktiviti bersama
Kognitif
•Berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran mereka masih
terikat dengan situasi yang konkrit.

•Sudah boleh menguasai konsep


pengekalan. (conservation)

•Kanak-kanak dalam peringkat ini juga


menguasai proses pengelasan.

•Proses menyusun secara bersiri


mengikut susunan menaik dan
menurun juga merupakan satu
pencapaian dalam peringkat ini.

•Mereka sudah boleh mula bersosial


dan menerima pandangan rakan-
rakan semasa bermain atau membuat
aktiviti bersama
Peringkat Operasi Konkrit (7-11
tahun)
• Pada peringkat ini, kanak-kanak
boleh melakukan proses mental
ke atas idea-idea dan membuat
jangkaan atau andaian
berdasarkan fakta dan pemikiran
mereka tidak lagi terikat kepada
bahan-bahan konkrit.
• Mereka sudah boleh memikirkan idea
secara abstrak dan membuat hipotesis
walaupun ianya bukan realiti
• Kanak-kanak dalam peringkat ini boleh
mengkaji masalah-masalah abstrak
secara sistematik dan membuat
generalasi terhadap masalah tersebut.
• Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang
dilalui seperi berfikir secara abstrak, sistematik
dan boleh membuat hipotesis.
• Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik
remaja muncul dan lebih tertumpu kepada
idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka
susah untuk menerima pendapat orang lain
dan mempunyai perasaan mereka sentiasa
diperhatikan oleh orang sekeliling.
Kognitif

•Boleh melakukan proses


mental ke atas idea-idea dan
membuat jangkaan atau
andaian berdasarkan fakta.
•Berfikir secara abstrak
•Mereka juga boleh berfikir
secara sistematik
•Boleh membuat hipotesis dan
mencari alternatif untuk
menyelesaikan masalah.
•Egosentrik remaja muncul
dalam peringkat ini.
Kesimpulannya.
• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui
peringkat-peringkat perkembangan kognitif
yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
• Beliau berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya
kanak-kanak membina pengetahuan mereka
secara aktif untuk memahami persekitarannya.
• Berlaku pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
• Jadi, kita sebagai guru haruslah menyediakan
aktiviti yang menarik dan meransang kognitif
pelajar semasa pengajaran & pembelajaran
mengikut kesesuaian peringkat umur kanak-
kanak tersebut.
• Dengan memahami teori perkembangan,
seseorang guru diharapkan dapat
mengaplikasikannya dalam P&P mereka nanti.
• Ini dapat membantu perkembangan kanak-
kanak sekurang-kurangnya seiiring dengan
kronologi umurnya.
Sekian…

Anda mungkin juga menyukai