Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. ` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. 3.0 OBJEKTIF Melalui lawatan penanda aras diharapkan guru pelatih akan dapat: 1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. 2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan 3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan. 4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang. 6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan (benchmarking) dang bengkel ini,

mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Anda mungkin juga menyukai