Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini saya ingin merakamkan ribuan terima


kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberi
bantuan kepada saya dalam sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Bersyukur kepada Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan bagi subjek ini
dengan jayanya serta dapat dihantar dalam masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah saya yang tidak jemu membimbing dan memberi tunjuk
ajar kepada saya sehingga tersiapnya tugasan ini. Saya ingin mengucapkan
terima kasih lagi kepada pensyarah pembimbing kerana sudi memberi
penjelasan bagi membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa
tunjuk ajar dari beliau, tidak mungkin saya akan mampu untuk menyiapkan
tugasan ini.
Tidak lupa juga saya ingin memberikan penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada ahli keluarga yang banyak membantu dan
menyokong saya dalam hal kewangan dan tenaga bagi menyiapkan tugasan
ini terutamanya ibu bapa. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan sekuliah yang banyak memberi peringatan dan tidak jemu dalam
memberi tunjuk ajar.
Akhir kata, jutaan terima kasih ingin ditujukan kepada pihak yang
banyak memberi kerjasama dan komitmen kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini, samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya
ingin meminta maaf seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak
disengajakan di dalam tugasan ini. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
1.1 Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
1.2 Pertumbuhan dan Perkembangan dari aspek fizkal dan
kognitif
1.3 Kajian Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
2.0 Faktor yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-

MUKA SURAT
1

kanak
2.1 Faktor Endogen
2.1.1 Faktor Baka
2.1.2 Faktor Pengambilan dadah dan alcohol atau

3.0
4.0
5.0
6.0

rokok
2.2 Faktor Eksogen
2.2.1 Faktor Tempat tinggal
2.2.2 Faktor Keluarga
Implikasi proses Pertumbuhan dan Perkembangan dalam P&P
Rumusan
Rujukan
Lampiran

1.0

11
15
16
17

Pengenalan
Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan

sebaik-baik kejadian. Nabi Adam dan Hawa merupakan manusia pertama


yang hidup di muka bumi ini. Setiap insan pasti akan mengalami cara hidup

dan perubahan diri dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan


secara

realiti.

Sifat

perubahan

tersebut

tidak

dapat

diukur,

tetapi

perubahannya adalah jelas mengikut peredaran masa. Menurut dewan


bahasa dan pustaka, pertumbuhan bermaksud perihal atau proses tumbuh
(tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran. Jadi, kita
boleh merumuskan pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan fizikal
dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami
sedikit perubahan pada tahap kematangan. Perkembangan pula membawa
maksud perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan
membiak mengikut dewan bahasa dan pustaka. Ia dapat dirumuskan dengan
perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran secara kualitatif yang berlaku secara berterusan hasil daripada
pengalaman dan pembelajaran. Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa
perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada
peringkat lebih awal. Perkembangan merujuk kepada perubahan saiz fizikal,
kadar pertumbuhan bahagian badan, fungsi anggota badan dan perwatakan
manusia. Pada peringkat proses pembesaran kanak-kanak akan mengalami
perkembangan fizikal seperti dari segi ketinggian, berat, pertumbuhan gigi
dan pengelibatan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Menurut
Jean Piaget (1869-1980), pakar biologi dari Switzerland, berpendapat bahawa
setiap manusia akan mencuba sedaya upayanya untuk mengatur serta
memahami ransangan luar yang memberikan pengalaman kepadanya dalam
bentuk skema. Skema adalah satu bentuk rangka kognitif asas yang
berkembang dengan peningkatan umur.

1.1

Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan boleh dijadualkan seperti


berikut mengikut aspek jasmani, mental, sosial dan emosi:

Aspek
Jasmani

Proses pertumbuhan

Proses perkembangan

(Perubahan Kuantitatif)
Tinggi, saiz, berat dan

(Perubahan Kualitatif)
Bertambah kemahiran

bilangan gigi bertambah.

menggunakan anggota
seperti mengangkat, berjalan,

Mental

Berkembangnya keupayaan

berlari dan melompat.


Berkembangnya kemahiran

memikirkan tentang banyak

menggunakan perkataan

perkara.

bahasa, angka, pemikiran,


penaakulan, pembentukan

Sosial

Mula berinteraksi sengan

konsep dan ingatan.


Menyedari perbezaan antara

anggota keluarga seperti

lelaki dan perempuan serta

jiran, rakan sebaya dan guru.

peranannya, kepentingan
disiplin kumpulan serta
penyesuaian dengan rakan

Emosi

Tumbuhnya perasaan suka,

sebaya.
Berupaya menguasai

duka, marah, sayang dan

perasaan dan mengawal

sebagainya.

perasaan ketika marah atau


cemburu.

Jadual 1: Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

1.2

Pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal dan kognitif


Peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak terbahagi kepada dua

kategori iaitu peringkat awal kanak-kanak dalam lingkungan usia 2 hingga 6


tahun dan peringkat kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun. Bagi
peringkat awal kanak-kanak, kadar pertumbuhan fizikal mereka pada

peringkat ini agak perlahan berbanding dengan pertumbuhan pada tahun


pertama kanak-kanak. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat tersebut
adalah dua kali ganda ketinggian semasa lahir manakala berat badannya pula
berkemungkinan bertambah sebanyak empat kali ganda. Kadar pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun adalah
stabil dan tidak begitu pesat berbanding peringkat sebelum ini dalam
perkembangan fizikal. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor
yang sedia ada.
Perkembangan kognitif kanak-kanak pula merupakan kebolehan
individu untuk berfikir, mamahami, memberi pendapat dan mengingati
kejadian yang berlaku di persekitaran masing-masing. Proses ini berpusat
kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu
peringkat kepada peringkat perkembangan yang seterusnya. Jean Piaget
(1896-1980) merupakan ahli psikologi Switzerland yang terkenal telah
mengasaskan Teori Jean Piaget. Teori tersebut menjelaskan tentang kaedah
ilmu

dan

membina

hipotesis.

Beliau

telah

mengutamakan

konsep

mengatakan bahawa perkembangan kognitif merujuk kepada potensi am


yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan
seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa dan memegang sewaktu
dilahirkan.

1.3

Kajian Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

BIL

NAMA

JANTINA

TINGGI (CM)

.
1.

Nurul Husna Binti Hussin

Perempua

142.8

36.5

140.2
141.5

35.2
35.85

S
S

2.

Asyraf Bin Ahmad


PURATA

n
Lelaki

BERAT(KG) SAIZ BADAN

Jadual 2: Kajian Perkembangan Fizikal Bagi Murid Tahun 4 berumur 10


tahun.

Jadual 2 di atas menunjukkan data kajian perkembangan fizikal murid


tahun 4 yang merangkumi jantina, ketinggian dan berat badan. Murid yang
terlibat dalam kajian tersebut adalah Nurul Husna Binti Hussin dan Asyraf Bin
Ahmad. Kedua-dua murid ini diambil daripada kelas yang berlainan. Nurul
Husna Binti Hussin merupakan murid kelas 4A manakala Asyraf Bin Ahmad
pula merupakan murid kelas 4B. Jadual di atas jelas menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan bagi kedua-dua murid ini dari segi jantina, ketinggian dan
berat badan.
Nurul Husna Binti Hussin merupakan seorang pelajar perempuan
Tahun 4 yang berumur 10 tahun. Dia mempunyai ketinggian 142.8 cm dari
segi ketinggiannya. Asyraf Bin Ahmad pula merupakan seorang pelajar lelaki
Tahun 4 berumur 10 tahun yang mempunyai ketinggian 140.2cm. Ini
menjadikan purata ketinggian pelajar tahun 4 adalah 141.5cm. Dari segi berat
badan pula, Nurul Husna Binti Hussin lebih berat berbanding Asyraf Bin
Ahmad mencatatkan berat sebanyak 36.5kg dan Asyraf Bin Ahmad 35.2kg. Ini
menjadikan purata berat badan mereka adalah 35.85 kg.
Ketinggian dan berat badan Nurul Husna Binti Hussin adalah lebih
berbanding Asyraf Bin Ahmad adalah disebabkan oleh faktor genetik dan
faktor pemakanan. Ibu bapa berbadan tinggi dan besar akan melahirkan
anak-anak yang berbadan tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang
berbadan rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang berbadan

rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang mendapat
nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding
dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien.
Kedua-dua pelajar mempunyai saiz badan S iaitu kecil dari aspek saiz
badan. Kanak-kanak pada usia 10 tahun berbadan kecil kerana dalam
lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walau
bagaimanapun, faktor pemakanan turut memainkan peranan penting dalam
menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak mengambil makanan
yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk
menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga
pemakanan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang akan
menjadikan saiz badan mereka ideal.
Kesimpulannya, kedua-dua pelajar ini mencapai tahap BMI yang
normal iaitu 18. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai
berat badan dan ketinggian yang seimbang serta mempunyai saiz badan
yang ideal. Menurut kajian perkembangan fizikal tersebut, perkembangan
fizikal antara kedua-dua pelajar ini yang berusia 10 tahun adalah hampir
sama tetapi faktor genetik dan faktor pemakanan yang membezakan
perkembangan mereka.

2.0

Faktor yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak

Perkembangan merupakan suatu proses semulajadi terhadap diri manusia.


Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terbahagi kepada
dua iaitu faktor endogen (faktor dalam diri individu) dan faktor eksogen (faktor
luar individu).

FAKTOR ENDOGEN
Baka
Pemakanan (ibu)
Kesihatan Ibu
Dadah dan Alkohol
Merokok
Faktor Rh darah
Kesan X-ray
Emosi Ibu
Umur Ibu
Teratogenik dan penyakit ibu

FAKTOR EKSOGEN
Pemakanan
Tempat tinggal
Pusat ibadat
Media elektronik dan Sebaran

Am
Persekitaran dunia
Rakan sebaya
Keluarga
Sekolah
Peserkitaran

Jadual 3: Klasifikasi komponen perkembangan kanak-kanak.

2.1

Faktor Endogen

Faktor endogen merupakan faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak
dalam kandungan hingga kelahiran. Ia merupakan faktor keturunan atau
faktor pembawaan. Sifat-sifat ibu dan ayah akan diwarisi oleh anak-anak
apabila berlakunya persenyawaan antara ovum ibu dan sperma ayah.

2.1.1 Faktor Baka

Terdapat banyak faktor-faktor endogen yang mempengaruhi proses


perkembangan kanak-kanak. Faktor yang pertama ialah faktor baka. Menurut
Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Trait yang diwarisi daripada ibu
bapa terkandung dalam gen-gen ini. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa
pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik iaitu
pencantuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum
yang mengandungi 23 kromosom membentuk sel anak yang terdiri daripada
46 kromosom. Individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya seperti
tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya
dari segi fizikal.
Pelajar perempuan iaitu Nurul Husna Binti Hussin mempunyai baka
ketinggian yang lebih tinggi iaitu 142.8 cm manakala pelajar lelaki iaitu Asyraf
Bin Ahmad mempunyai baka ketinggian 140.2 cm. Kajian turut didapati
bahawa Nurul Husna Binti Hussin berasal daripada keturunan yang berbadan
tinggi telah menyebabkan ketinggiannya mencapai tahap yang lebih tinggi
berbanding dengan Asyraf Bin Ahmad. Pewarisan baka yang seterusnya ialah
warna mata. Nurul Husna Binti Hussin bermata biru manakala Asyraf Bin
Ahmad bermata hitam. Hal ini kerana bapa dan ibu Nurul Husna Binti Hussin
berketurunan warna mata yang biru dengan berkromosom O-O daripada
bapanya dan X-X daripada ibunya.
Tambahan pula, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga
perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu
mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang
menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpedam.
Apabila mencapai tahap keadaan yang sesuai, gen ini akan muncul semula.
Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya pada tahap tertentu, gen itu
akan muncul dengan lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang
berbeza pada individu itu.

2.1.2 Faktor Pengambilan dadah dan alcohol atau rokok

Faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanakkanak ialah pengambilan dadah, alkohol atau rokok oleh ibu semasa
mengandungkan anak mereka. Risiko bayi yang dilahirkan cacat atau
terencat akal adalah tinggi apabila seorang ibu yang hamil mengambil dadah.
Pengambilan dadah seperti kokein, metadon dan heroin juga boleh
menyebabkan kecacatan kepada fetus. Pengambilan alkohol pula akan
menyebabkan bayi menghidapi fetal alkohol syndrome, iaitu jarak mata bayi
lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan
betul, hiperaktif dan sebagainya. Selain itu, jika ibu yang mengandung
merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah
mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kandungan
karbon

dalam

haemoglobin

ibu.

Keadaan

ini

akan

mengurangkan

pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan


bekalan oksigen yang menyebabkan terjadinya kecacatan otak.
Tabiat merokok ternyata membahayakan kesihatan bagi ibu hamil.
Kajian ini menunjukkan bahawa Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin
Ahmad yang berumur 10 tahun mempunyai tahap kesihatan yang agak sihat.
Kedua-dua pelajar tersebut turut mencapai tahap BMI yang normal iaitu 18.
BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan
ketinggian yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Mereka
dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kegiatan aktiviti sosial yang tidak
sihat seperti merokok.
Ibu Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin Ahmad turut dapat
memastikan kesihatan janin terjamin dari segi komposisi oksigen yang
diperlukan oleh anak-anaknya dengan tidak merokok semasa mengandung.
Apabila ibu Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin Ahmad mengandung, dia
sanggup mengelakkan daripada pengambilan sebarang jenis dadah ataupun
meminum alkohol bagi memastikan anak daripada mengalami kecacatan atau
penyakit seperti terencat akal atau penyakit jarak mata bayi lebar, kepala
kecil, jantung, sendi gagal berfungsi, hiperakif dan sebagainya.

2.2

Faktor Eksogen

Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar individu, seperti
keluarga, rakan sebaya, budaya, tekonologi, guru dan sekolah, media massa
serta masyarakat.

2.2.1 Faktor Tempat Tinggal


Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan manusia daripada segi pembelajaran dan budaya atau gaya
kehidupannya. Ini termasukklah sistem moral dan nilai serta world veiw
seseorang. Secara amnya, tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan,
iaitu bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal
di kawasan bandar adalah lebih terbuka fikirannya, bertenaga, optimistik dan
bercita-cita tinggi seperti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi manakala individu di kawasan luar bandar pula suka bekerjasama,
menjalin hubungan yang lebih rapat dengan individu yang lain serta
mementingkan nilai-nilai murni. Individu di kawasan bandar adalah lebih
individualistik berbanding dengan individu kawasan luar bandar.
Kajian mendapati bahawa Nurul Husna binti Hussin yang tinggal di
bandar lebih bersifat optimis serta berfikir terbuka semasa menghadapi
sesuatu perkara. Contohnya, dia berfikir terbuka dengan sanggup menerima
teguran dan ajaran daripada orang lain walaupun bertentangan dengan
fikirannya. Nurul Husna binti Hussin turut diperkatakan mempunyai sifat
optimis kerana dia sentiasa melihat sesuatu masalah dengan jangkaan atau
harapan baik. Di sebaliknya, Asyraf bin Ahmad yang tinggal di luar bandar
pula bekerjasama serta lebih mementingkan nilai-nilai murni yang tersirat
terhadap dirinya dalam menyelesaikan sesuatu cabaran. Contohnya, dia
sanggup bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan yang disarankan daripada guru. Apabila mendapati cadangan yang
tidak sama dalam sesuatu perbincangn, dia sanggup menerimanya dengan
tidak memarahi atau menegur kepada rakan-rakannya yang cuba memberi
pendapat masing-masing.
2.2.2 Faktor Keluarga

Antara faktor eksogen yang mempengaruhi proses perkembangan


kanak-kanak ialah faktor keluarga. Keluarga mempunyai tanggungjawab
dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut Baumrind (1995), cara asuhan
yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk
berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti. Cara otoritatif dapat
membentuk anak yang berkendiri asertif, berdikari, mudah berkawan, tinggi
harga diri, suka bekerjasama dan orientasi pencapaian.
Kanak-kanak diibaratkan sebagai sehelai kain putih yang memerlukan
pedoman dan panduan yang betul agar menjadi insan yang berguna.
Pengajaran daripada ibu bapa yang formal atau tidak formal secara tidak
langsung akan menjadi salah satu kaedah yang penting dalam mendidik
anak-anak supaya menjadi insan yang dapat memberi sumbangan dalam
pembangunan negara. Kanak-kanak mempelajari mengenai kerjasama dan
persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau senang hati dan ketegangan
daripada ibu bapa.
Kajian mendapati bahawa Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin
Ahmad merupakan pelajar yang baik serta berprestasi tinggi dalam
pembelajaran mereka. Mereka sentiasa mendapat pujian daripada guru-guru
atas sifat sopan santun dalam melayani orang lain. Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak. Contohnya,
ibu bapa Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin Ahmad yang senantiasa
melayani orang dengan bersopan santun serta sanggup meluangkan masa
untuk mendidik anak-anaknya tentang pengetahuan formal atau tidak formal.
Saiz keluarga pula mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang
kanak-kanak. Nurul Husna binti Hussin dan Asyraf bin Ahmad berasal dari
saiz keluarga yang kecil lazimnya akan mendapat perhatian dan layanan
yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang dibesarkan dalam
persekitaran keluarga yang ramai. Seiringi dengan perkara tersebut, tingkah
laku antara kedua-dua pelajar ini dapat mencapai ke tahap yang lebih tinggi
dari segi penilaiannya.
3.0

Implikasi proses pertumbuhan dan perkembangan dalam proses P & P

Pengetahuan

tentang

pertumbuhan

dan

perkembangan

kanak-kanak

membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan


pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut adalah empat implikasi:
(a) Persekitaran Pembelajaran
Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai
untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan para pelajar.
Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah daripada
segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Kemudahan sekolah seperti buku-buku, komputer, kerusi, meja hendaklah
mencukupi bagi menyenangkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan sosial
seperti bekerjasama. Pelajar-pelajar dapat bekerjasama antara anggotaanggota sekolah untuk bersedia membantu dan rela menjalankan tugas
masing-masing tanpa rungutan. Pelajar turut dapat berkongsi ilmu antara satu
sama lain dengan tidak kedekut terhadap ilmu yang dipelajari. Kebersihan
sekolah yang meliputi bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah turut
dapat menjejaskan pembelajaran terhadap pelajar. Tumpuan pelajar secara
tidak langsung akan terganggu jika tidak menjaga kebersihan dengan baik.
Pemberian tugasan atau aktiviti yang bermakna kepada pelajar adalah
penting. Seorang guru hendaklah membuat aktiviti yang bersesuaian bagi
mengoptimumkan perkembangan berlaku mengikut urutan seperti aktiviti
menyanyi dimana murid-murid akan meniru gaya nyanyian artis yang diminati
dan mempersembahkan mengikut korografi yang dipelajari oleh guru. Guru
bertanggungjawab memperbetulkan kesalahan pelajar sehingga kebolehan
untuk menyanyi dan menari mula terbentuk bagi menghasilkan persembahan
yang bagus. Guru hendaklah memastikan pelajar dapat menguasai
kemahiran menyanyi terlebih dahulu sebelum beralih kepada tarian yang ingin
dipesembahkan

kemudian.

Begitu

juga

dengan

menyediakan

suatu

rancangan pengajaran yang baik, guru mestilah mengajar mengikut urutan


dari yang senang dahulu sebelum berpindah kepada aktiviti yang lebih susah.
(b) Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran


untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit
dalam bentuk aktiviti pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran supaya
tidak membosankan terhadap subjek yang dipelajari. Guru perlu prihatin
terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masing-masing. Kaedah
dan aktivit yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza
kecerdasan. Contohnya rasa buah-buahan seperti limau, murid-murid yang
pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau buah limau.
Di samping itu, guru pula haruslah menyediakan buah limau sebenarnya
sebagai set induksi. Perkembangan pengalaman mereka akan bertambah
apabila dapat merasa dengan sendiri begitu juga dengan perkara-perkara
yang lain seperti melawat rumah orang tua dan menaiki kapal terbang.
Guru harus mengambil objektif yang sesuai dalam merangka
pengajaran dan pembelajaran pelajar mengikut tahap kecerdasan yang
berbeza di kalangan pelajar. Guru mesti mempelajari dan memahami sosial
budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman
pembelajaran murid tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat
menyuburkan potensi kanak-kanak ke peringkat optima. Pelbagai kaedah
boleh dilakukan oleh guru termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke
tempat-tempat yang dapat memberi pemahaman kepada murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ganjaran haruslah diberi
kepada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan seperti menulis dengan
baik. Ganjaran yang diberikan tidak semestinya hadiah malah guru boleh
menampal penulisan karangan murid di papan notis bagi menggalakkan
murid-murid untuk menulis dengan lebih baik di samping menggalakan murid
yang lain turut dapat menghasilkan penulisan yang baik. Seterusnya, muridmurid dapat memperkembangkan lagi potensi penulisan secara langsung
serta berpeluang menghantar mereka menyertai pertandingan penulisan pada
hari kemudian.

(c) Perancangan Pengajaran

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Menurut Moyles


(2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum
pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain kerana aktiviti
bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Aktiviti bermain
dapat merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif,
sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berinteraksi,
berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain.
Guru hendaklah memberi peluang kepada murid menjalankan pelbagai
aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan
perkembangan ke peringkat yang lebih optimum. Konsep bermain sambil
belajar merupakan pendekatan yang sangat berkesan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran prasekolah. Oleh itu, guru hendaklah memperbanyakkan lagi
aktiviti bermain seperti memadankan jigsaw puzzle dan sebagainya kerana
semasa dalam aktiviti bermain murid-murid akan dapat memperkembangkan
perkembangan dari segi sosial, emosi, rohani dan kognitif secara langsung.
Selain itu, mereka dapat meningkatkan perkembangan domain afektif dan
juga domain psikomotor. Tegasnya, guru harus bersedia merancang dengan
teliti seperti hasil pembelajaran, bahan yang sesuai serta dapat menarik minat
murid-murid sebelum melaksanakannya.
Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk
kumpulan yang berbeza keupayaan supaya pelajar yang lambat tidak terus
tertinggal dan yang pandai tidak merasa bosan. Seorang guru perlu
memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar contohnya permainan
melengkapkan jigsaw puzzle bagi meningkatkan perkembangan domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Murid-murid perlu berfikir untuk mencari
persamaan dan menggunakan tangan untuk memadankan kepingan jigsaw
serta harus memiliki sifat sabar. Ketiga-tiga domain adalah saling berkait.
Sebagai seorang guru yang berkaliber haruslah merancang P&P dengan
berkesan terlebih dahulu agar objektifnya akan tercapai.
(d) Kesediaan Belajar

Memang tidak dapat dinafikan bahawa di dalam satu kelas pasti


mempunyai pelajar yang memiliki tahap kecerdasan yang berbeza, ini
bermakna kesediaan belajar pelajar juga berbeza. Guru berperanan penting
dalam menyelesaikan kemelut ini serta harus mempertimbangkan tahap
kecerdasan pelajar terutamanya pelajar yang lambat. Kumpulan pelajar
lambat akan terus ketinggalan terhadap pengajaran yang ingin disampaikan
oleh guru dan akan menjadi student at risk, iaitu pelajar yang kemungkinan
besar akan gagal dan menjadi pelajar tercicir sekiranya guru mengabaikan
kewujudan mereka dalam kelas.
Setiap individu mempunyai corak perkembangan kecerdasan dan
intelek yang berlainan walaupun pada usia yang sama. Perbezaan ini
mungkin berlaku secara semulajadi atau disebabkan oleh perbezaan latar
demografi. Kesediaan belajar dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
adalah bergantung kepada sikap dan minat mereka terhadap sesuatu. Pelajar
yang berminat dengan sesuatu subjek akan lebih memberi tumpuan serta
cuba sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek
tersebut berbanding dengan pelajar yang kurang berminat. Pelajar lelaki dan
perempuan mempunyai perkembangan biologi dan pertumbuhan fizikal akil
baligh yang berbeza. Perempuan akan berkembang lebih cepat berbanding
lelaki. Hal ini telah menyebabkan perempuan berfikiran lebih matang ketika
berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding lelaki.
Setiap individu mempunyai kebolehan yang berlainan dalam bidangbidang tertentu. Seseorang pelajar yang cerdik dan cemerlang dalam
akademik tidak semestinya pandai dan cemerlang juga dalam bidang yang
lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu mempunyai corak
pertumbuhan yang unik. Individu yang normal turut akan mengalami peringkat
pertumbuhan yang sama iaitu melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja
dan dewasa namun akan mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal,
mental dan sahsiah yang berbeza-beza. Oleh itu, individu dalam kumpulan
usia yang sama tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam
aktiviti fizikal mahupun akademik.
4.0

Rumusan

Keunikan konflik yang berlaku dalam proses pertumbuhan dan


perkembangan manusia semasa melalui proses transformasi dari alam
kanak-kanak ke alam dewasa sering dijadikan topik utama dalam bidang
psikologi perkembangan manusia. Kita dimaklumkan bahawa faktor baka dan
persekitaran merupakan persoalan yang sering menjadi perdebatan di
kalangan para pengkaji. Pertumbuhan dan perkembangan merangkumi
empat aspek iaitu aspek jasmani, mental, sosial dan emosi. Dari aspek
jasmani, proses pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, iaitu dapat diukur
dan dilihat dari sudut ketinggian, saiz, berat badan dan bilangan gigi
manakala proses perkembangan pula lebih bersifat kualitatif atau tidak dapat
diukur namun dapat diperhatikan. Dari segi aspek mental, faktor baka yang
menyebabkan perwatakan seseorang individu diwarisi dari susur galur
genetiknya seperti sifat pendiam yang disebabkan oleh gangguan jiwanya
daripada keturunan bawaan DNA. Bagi membentuk individu yang mempunyai
kemahiran intelek yang tinggi, persekitaran kanak-kanak mestilah terbaik dan
kondusif. Ciri-ciri kebakaan seperti ekstrovert, introvert dan ambivert dapat
diwarisi dari sudut pertumbuhan dan perkembangan sosial. Namun faktor
persekitaran dapat mengubah ciri-ciri tret individu tersebut. Walaupun
seseorang individu mempunyai ciri-ciri ekstrovert di rumah tetapi sekiranya
dia tidak didedahkan dengan lingkungan sosial di luar, dia tidak mungkin
dapat menzahirkan ciri-ciri semulajadi tersebut apabila berada di kalangan
masyarakat malah berkemungkinan sukar untuk bergaul dan berkomunikasi
dengan orang lain. Faktor keluarga, tempat tinggal dan masyarakat sekeliling
amat mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mereka. Perbincangan
ini dapat menyimpulkan bahawa pertumbuhan dan perkembangan manusia
adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang saling berinteraksi bagi
mencapai had maksimun perkembangan manusia dan membentuk personaliti
yang terbaik dari masa ke semasa.

5.0

Rujukan

Baharom, H. N. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor Darul Ehsan:


Percetakan Dewan Bahasa dan Pusaka.
Hamid, H. A. (2011). Psikologi Perkembangan. Available:
http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/psikologi-perkembangan.html.
KANAK-KANAK, P. (2007). PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK
KOGNITIF. [Online]. Available:
http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanakkanak-dari-aspek_23.html.
Razali, M. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Open
University Malaysia (OUM).
Yunus, K. R. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor
Doc. Sdn. Bhd.
Zawawi, S. (2007). Psikologi Perkembangan. [Online]. Available:
http://shukreyahz.blogspot.com/2007/02/perkembanganfizikal_09.html.

6.0

Lampiran

Maklumat Data Peribadi


Nama
Jantina
Umur
Status Bumiputra
Kewarganegaraa

Nurul Husna binti Hussin


Lelaki ( ) / Perempuan ( )
10
*Bumiputra ( )
*Bukan Bumiputra (
Malaysian

n
Ketinggian
142.8 cm
Berat Badan
36.5 kg
Tempat Lahir
Bandar
Arahan: Sila isikan maklumat data peribadi anda di ruangan yang telah
disediakan dalam jadual di atas dan tandakan () jika berkenaan.

Maklumat Data Peribadi


Nama
Jantina
Umur
Status Bumiputra
Kewarganegaraa

Asyraf bin Ahmad


Lelaki ( ) / Perempuan ( )
10
*Bumiputra ( )
*Bukan Bumiputra (
Malaysian

n
Ketinggian
140.2 cm
Berat Badan
35.2 kg
Tempat Lahir
Luar Bandar
Arahan: Sila isikan maklumat data peribadi anda di ruangan yang telah
disediakan dalam jadual di atas dan tandakan () jika berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai