Anda di halaman 1dari 15

Senarai Kandungan

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan dan Ciri-ciri Undang-undang
2.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral
3.0 Proses-proses Pembentukan Undang-undang
3.1 Proses-proses Individu
3.2 Proses-proses Kumpulan
3.3 Proses-proses Sosial
3.4 Proses-proses Politik
4.0 Proses Pembentukan Undang-undang Jenayah
4.1 Pentadbiran Undang-undang Jenayah
4.2 Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia
4.3 Faktor yang Meringankan Hukuman Undang-undang Islam
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan

Muka Surat
1-2
3-4
5-7

8-11

12
13

1.0 Pengenalan
Undang-undang ialah satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang
dibentuk untuk mengawal kelakuan bermasyarakat. Peraturan-peraturan ini diterbitkan
secara meluas diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan. Peraturan yang dibentuk
oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli masyarakat tersebut berkaitan
sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat.
Terdapat pertindihan antara standard moral dan tuntutan perundangan dalam masyarakat.
Sebagai contoh, undang-undang persekutuan terhadap rompakan bank dan standard moral
terhadap perbuatan mencuri. Beberapa perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai
ahli yang masyarakat akhirnya akan digambarkan melalui perubahan pada undangundang seperti akta amalan rasuah antarabangsa dan akta pengawalan pencemaran udara
persekutuan.
1.1 Pengenalan dan Ciri-ciri Undang-undang
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan
menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.
Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli
masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan,
bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam erti kata lain, undangundang adalah apa yang mesti kita lakukan. Undang-undang juga didefinisikan sebagai
set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.
Undang-undang bersifat secara konsisten. Tuntutan sama ada boleh atau tidak
boleh dilakukan harus konsisten untuk membolehkan diterima sebagai sebahagian
daripada undang-undang. Sekiranya terdapat dua tuntutan yang saling bertentangan,
kedua-duanya tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana jelas orang ramai tidak
mungkin dapat mematuhi kedua-duanya serentak. Undang-undang dilaksanakan secara
menyeluruh. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, harus menyeluruh atau
boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama atau berhadapan
dengan set suasana yang sama.

Undang-undang diterbitkan bermakna tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh
dilakukan, haruslah diterbit dan dicetak menjadikan ia boleh diterima oleh masyarakat.
Sudah pasti tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan memahami semua
yang diterbitkan itu. Bagaimanapun, ahli-ahli professional terlatih seperti peguam, boleh
menginterpretasi

dan

menerangkan

tentang

undang-undang

kerana

itu

tidak

mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Undangundang haruslah diterima oleh masyarakat. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh
dilakukan harus dipatuhi sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi
undang-undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.
Undang-undang bersifat dikuatkuasakan. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh
dilakukan harus dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan
dipaksa untuk mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya
secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi
undang-undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan
keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam
undang-undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyay tentang apa yang akan berlaku
sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang.
Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau
sempadan negara yang lebih tetap dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk
mengadakan undang-undang yang boleh diterima. Undang-undang seterusnya terjalin
dari budaya dan adat resam yang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan masyarakat serta negara yang telah ditubuhkan. Undang-undang juga boleh
ditentukan dari sumber hukum agama yang diturunkan Allah melalui para nabi dan rasul
ataupun melalui kepercayaan yang dijuruskan melalui pegangan falsafah atau
kepercayaan masyarakat berkenaan.

2.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral


Undang-undang mungkin dilihat sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan
konsisten yang mengatur kelakuan menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili
pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya. Sekiranya kita boleh
menerimanya, maka kita ada ukuran tertentu untuk dijadikan panduan dalam tindakan
dan keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima
sahaja. Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian
moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai
dengan ukuran kita.
Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat,
tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Contohnya, seseorang yang melanggar undangundang dengan melakukan rompakan juga melanggar ukuran moral kerana mencuri.
Begitu juga, adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-undang berkaitan
perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan mematuhi kontrak
adalah saam dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakkan orang
dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa masyarakat demokratik, tuntutan
undang-undang menggambarkan banyak nilai-nilai asas yang dipegang oleh masyarkat
dan memang terdapat pertindihan yang wujud antara undang-undang dan morality, seperti
yang ditunjukkan di bawah:

Ukuran
Moral

Ukuran
undangundang

Rajah 1: Persamaan antara Ukuran Moral dan Ukuran Undang-undang


Tetapi kawasan pertindihan ini tidak lengkap. Terdapat sesetengah undang-undang
tidak betul dan tanpa ada konteks etika dari segi moralnya. Tuntutan untuk kita memandu
di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya benar atau salah; apa yang penting

kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita pandu
kenderaan kita. Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang
sama sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak
dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah
ataupun dalam keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau jualan harta.
Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral
biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang merosak atau
mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya dituntut untuk
menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim sekalipun. Tiada undang-undang
yang menyatakan bahawa kita mesti menolong kanak-kanak yang lemas. Sudah pasti
99.9% warga dewasa di mana-mana negara akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak
yang lemas bergantung kepada kemampuan mereka.
Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan di belakang kehendak moral
masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi
diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh
dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh perundangan.
Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana kelambatan yang wujud
antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang tidak menunjukkan hubungan
lemah antara tuntuan undang dan ukuran moral. Mereka akan mendakwa undang-undang
berkaitan pengawalan diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan
atau diluluskan juga.

3.0 Proses-Proses Pembentukan Undang-Undang


3.1 Proses Individu
Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan sentiasa berubahubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud dalam undangundang yang menguruskan pekerjaan, kita akan mendapati bahawa memang wujud
kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan undang-undang.
Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu
(seperti diskriminasi bangsa atau sex dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa
kimia ke tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang.
Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini datang dari perubahanperubahan dalam standard (ukuran) moral majority rakyat melalui proses sosial dan
poltik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita
secara keseluruhannya. Proses-proses sosial dan politik melalui perubah ukuran moral
manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk masyarakat
adalah proses yang panjang dan kompleks tapi boleh diringkaskan.
Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan
membentuk ukuran moralnya yang tersendiri. Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah
bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak atau berkelakuan bila
berhadapan dengan sesuatu situasi tertentu. Berdasarkan bentuk ukuran moral,
kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan
orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu. Contohnya, Saya percaya pada
demokrasi penglibatan dan saya berharap orang lain akan menghargai konsep tersebut
dan menerima sebagai satu bentuk kerajaan.
Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan tindakan. Ia
adalah satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong norma-norma seseorang. Nilai,
bentuk ketiga dalam corak kriteria peribadi, juga membentuk ukuran moral seseorang. Ia
adalah peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap normanorma dan kepercayaan-kepercayaannya. Semua orang yang menganggap bahawa semua
norma dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan yang sama. Secara

umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang lain. Norma dan kepercayaan yang
penting adalah apa yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang itu.
3.2 Proses-proses Kumpulan
Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui
pendekatan terhadap konteks budaya atau agama, konteks politik atau sosial dan konteks
ekonomi atau teknologi. Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau
persekitaran sesuatu suasana. Setiap masyarakat mempunyai latar belakang atau
persekitaran yang tergabungjalin hasil daripada ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan
ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan proses politik. Jalinan antara
konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma, kepercayaan dan
nilai dibentuk bagi memastikan semua faktor saling berhubungkait dan berinteraksi.
Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam
pentadbiran,

yang

berterusan

menyebabkan

perubahan

ekonomi

dalam corak

perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya
dalam gaya hidup.
Teknologi

Politik

Ekonomi

Budaya

Rajah 2: Proses-proses Kumpulan


Hubungan antara faktor-faktor ekonomi, teknologi , sosial, politik, budaya dan agama
tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang, ianya
tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi hubungkait dan kesan itu memang akan
wujud. Perubahan status kaum wanita contohnya yang telah berubah dengan nyata sejak
dshulu iaitu dari era pembuatan atau perkilangan berat dan perlombongan kepada era
industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat dalam perkembangan teknologi kaedah
pengawalan kelahiran dan pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.
3.3 Proses-proses Sosial
Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial,
politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari

kedudukan individu, unit keluarga, rakan sebaya dan organisasi rasmi. Dalam masyarakat
demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu-individu dalam
masyarakat lambat laun akan memberikan kesan ke atas undang-undang. Kesan-kesan ini
adalah hasil dari proses-proses sosial dan politik. Proses-proses sosial pada asalnya
melibatkan pertumbuhan dan perkembangan kuasa.
Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk
bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah untuk menyertai orang-orang
lain yang mempunyai pandangan yang sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya
adalah sebahagian dari organisasi yang lebih besar seperti firma-firma perniagaan,
pertubuhan atau kesatuan sekerja, parti politik, agensi-agensi kebajikkan dan pertubuhanpertubuhan veteran. Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan
terhadap norma, kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-organisasi yang
lebih kecil untuk mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga teori-teori alternatif sebagai
cara untuk membentuk kesepakatan ini seperti keputusan ortokratik, penyelarasan
birokratik dan gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.
3.4 Proses-proses Politik
Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh
organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi undangundang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik.
Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah pasti mempunyai
pandangan yang berbeza terhadap kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan
kongres dan tekanan dari pengundi. Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat
dipertanggungjawabkan ke atas pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan.
Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi
menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk
meluluskan undang-undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka
terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal
undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan
melalui media.

4.0 Proses Pembentukan Undang-undang Jenayah


Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal
kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Undang-undang jenayah perlu dibezakan
dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mencuri, maka
undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri
itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah.
Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri
tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat. Berbeza pula dengan keadaan
apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang
kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang
mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Undang-undang jenayah tidak
akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana
urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu. Sumber utama undangundang jenayah di Malaysia ialah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara
Jenayah (Criminal Procedure Code). Kedua-dua undang-undang ini adalah Akta
Parlimen.

Perbezaan Di Antara Kesalahan Jenayah Dan Kesalahan Sivil

Kesalahan Jenayah

Kesalahan Sivil

Kesalahanan serius.

Kesalahan kurang serius.

Libatkan kepentingan dan keselamatan

Libatkan kepentingan individu.

awam.
Pendakwaan dibuat oleh Peguam

Tuntutan ke mahkamah dibawa oleh

Persekutuan.

individu yang terlibat.

Tujuan pendakwaan untuk menghukum

Tujuan tuntutan untuk dapatkan ganti rugi.

penjenayah.

Tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga

Tiada anggapan semikian.

dibukti sebaliknya.
Tiada penyelesaian di luar mahkamah.

Penyelesaian di luar mahkamah


digalakkan.

4.1

Pentadbiran Undang-undang Jenayah

Pentadbiran undang-undang jenayah boleh dilihat dari dua aspek utama iaitu Undangundang Substantive dan Undang-undang Prosidur. Undang-undang Substantive berkaitan
dengan perilaku yang dikanunkan sebagai kesalahan jenayah dan dinyatakan hukumnya
sebagai Kanun Keseksaan (KK) manakala Undang-undang prosidur pula berkaitan
dengan tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah yang dikenali sebagai Kanun
Acara Jenayah (KAJ). Jenayah menurut Kanun Keseksaan meliputi kesalahan terhadap
individu, harta benda dan negara. Terdapat beberapa akta lain yang relevan dengan
jenayah seperti Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Teori Pelaksanaan
Hukuman
Balasan

Halangan

Pemulihan

Pencegahan

Rajah 3: Teori Pelaksanaan Hukuman


Balasan atau Retribution merupakan hukuman berdasarkan andaian etika dan
moral bahawa penjenayah sewajarnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang
dialami oleh mangsa. Hampir sama dengan konsep Qisas dalam undang-undang Islam.
Halangan atau Deterrence pula merupakan hukuman berat dijatuhkan dengan tujuan
untuk menghalang berlakunya jenayah. Penjenayah yang dijatuhkan hukuman menjadi
contoh amalan tegas kerajaan dan amaran kepada ahli masyarakat. Pemulihan atau
Rehabilitation mengatakan bahawa hukuman adalah untuk memulihkan penjenayah.
Individu menjadi penjenayah kerana pengaruh faktor persekitaran dalam masyarakat
seperti kemiskinan, tidak mengalami proses sosialisasi sewajarnya dan pengaruh rakan

sebaya. Tujuan hukuman adalah untuk memberi kesedaran bahawa jenayah tidak
berfaedah dan membawa kesusahan. Pencegahan atau Prevention adalah hukuman untuk
mencegah masyarakat daripada melakukan jenayah. Penjenayah dihukum penjara yang
lama bagi tujuan pengasingan supaya sifat jahatnya tidak mempengaruhi ahli masyarakat
yang lain. Penjenayah dipenjarakan supaya hak dan keselamatan masyarakat dilindungi.
4.2

Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia

Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai bidang kuasa yang terhad. Mahkamah
tidak boleh membicarakan kes jenayah hudud. Namun ada Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah

Negeri

yang

memperlihatkan

kesungguhan

pihak

berwajib

untuk

menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam dengan memasukkan kesalahan hudud


di bawah kesalahan takzir. Kebanyakan Mahkamah Syariah negeri lebih mengutamakan
hukuman denda daripada penjara atau sebat walaupun hukuman tersebut diperuntukkan.
Akta Mahkamah Syariah 1994 mensyorkan bahawa hakim boleh denda maksimum
RM5000, penjara 3 tahun, sebat enam kali. Hanya Kelantan yang telah menyediakan
garis panduan mengenai bagaimana cara hukuman sebat dijalankan. Berikut merupakan
Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997:

Sumbang mahram.
Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.
Mempersenda atau menghina ayat Al Quran atau hadis.
Makan, minum, menghisap rokok di bulan ramadan.
Berjudi atau berada di rumah judi.
Lelaki yang berlagak seperti perempuan.
Menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam.
4.3

Faktor yang Meringankan Hukuman Undang-undang Islam

Antara faktor yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah


kemaafan daripada wali darah. Penjenayah yang telah disabitkan kesalahannya
mengikut undang-undang qisas, maka kes si penjenayah tidak dijatuhkan hukuman
tersebut apabila mendapat kemaafab daripada wali darah si mati. Faktor kedua yang
boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah wanita hamil dan
menyusukan anak. Hukuman rejam atau qisas ke atas perempuan yang hamil dan

menyusukan anak hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan tersebut melahirkan


anak dan tamat tempoh menyusukan anak. Dalam sesetengah riwayat berpendapat
hukuman sebatan tetap dilaksanakan tetapi menggunakan alat yang lebih ringan. Faktor
ketiga yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah mencuri berulang
kali. Untuk kesalahan mencuri kali pertama dan kali kedua dipotong tangan kanan dan
kaki kiri, tetapi ulama berbahas mengenai kesalahan mencuri kali ketiga dan keempat.
Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat tidak dikenakan hukuman potong tangan
maupun kaki tetapi dikenakan hukuman ta'zir sahaja seperti di penjara sehingga bertaubat
atau sehingga mati. Faktor keempat yang boleh meringankan hukuman undang-undang
Islam ialah orang sakit atau lemah. Sekiranya penjenayah dikenakan hukuman rejam
dalam keadaan sakit, hukumannya ditangguhkan sehingga ia sembuh. Faktor kelima
yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah hilang anggota untuk
dikenakan qisas. Seseorang penjenayah yang hilang anggota yang akan dikenakan
hukuman qisas, setengah ulama berpendapat hukumannya diringankan dengan membayar
diat.

Faktor keenam yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah

keraguan. Dalam kes hudud apabila timbul keraguan yang tidak dapat disabitkan
kesalahannya, hukuman terhadap penjenayah akan dipertimbangkan. Contoh kes zina
yang tidak cukup saksi, maka akan dijatuhkan hukuman ta'zir. Faktor terakhir yang boleh
meringankan hukuman undang-undang Islam ialah status hamba. Hukuman ke atas
hamba separuh daripada hukuman orang biasa. Contoh hukuman orang minum arak
adalah sebanyak 80 kali sebatan tetapi sekiranya pesalah itu hamba, hanya dikenakan 40
kali sebatan.

5.0 Rumusan
Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan
definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang didefinisikan
oleh Websters Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku
yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Undang-undang bukan sesuatu
yang mudah untuk ditakrifkan. Apa yang pasti setiap hari dalam kehidupan kita, kita pasti
bertembung dengan undang-undang. Namun begitu undang-undang bukanlah hanya
sesuatu senarai atau peraturan yang perlu dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat
pengawalan sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu.
Undang-undang ialah peraturan yang digubal secara rasmi oleh pihak yang berkuasa
untuk mengawal kelakuan dan tindakan anggota sesuatu komuniti. Undang-undang
dicetak untuk tatapan dan kajian anggota komuniti. Undang-undang mestilah diketuai dan
dipatuhi. Sesiapa yang melanggar undang-undang dikatakan telah melakukan kesalahan,
dia boleh dan patut didenda oleh pihak yang berwajib. Seseorang itu tidak boleh memberi
sebarang alasan"saya tidak tahu" tentang sesuatu undang-undang untuk terlepas daripada
melakukan kesalahan. Di negara kita, terdapat banyak undang-undang. Misalnya untuk
kepentingan golongan remaja yang belum matang, kerajaan mewujudkan pelbagai
undang-undang seperti Akta Mahkamah Juvarna, Akta Perlindungan Kanak-kanak, Akta
Penjara dan lain-lain. Sesungguhnya, manusia tidak boleh atau tidak mampu hidup
bersendirian. Seseorang individu memerlukan orang lain untuk pelbagai tujuan dan
kepentingan. Tanpa norma komuniti, peraturan dan undang-undang ini, kehidupan
bermasyarakat pasti akan menjadi kucar-kacir, tidak tenang, tidak aman dan tidak
sejahtera. Justeru, kita seharusnya mematuhi norma komuniti, peraturan dan undangundang demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6.0

Rujukan

Amirrash. (2009). Proses Membuat Undang-Undang: Satu Penerangan Ringkas. Diambil


daripada http://rencahmalaysia.blogspot.my/2009/09/proses-membuat-undangundang-satu.html
Abdul Aziz Hussin. (1995). Memperkenalkan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Hussin. (2010). Panduan Umum Undang-undang jenayah Di Malaysia (Edisi
Ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Ghani Azmi b. Idris. (1997). Undang-undang Jenayah Islam, Mengenal Qanun

Jenayah Islam. Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur.


Ismail. (2011, September 29). Undang-undang Jenayah Di Malaysia. Diambil daripada
http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-jenayah-dimalaysia
Mahani Abu Bakar. (2008). Jenayah Dan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Pustaka
Buana.
Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Petaling Jaya, Selangor D.E.: Dewan Pustaka Islam, 1991.
Undang-undang Malaysia. (1976). Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan Dan
Perluasan). Diambil daripada
http://www.dmpm.nre.gov.my/files/akta_kanun_acara_jenayah_1976.pdf
Wikipedia. (2014). Mahkamah Malaysia. Diambil daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Malaysia#Mahkamah_Persekutuan

Anda mungkin juga menyukai