Anda di halaman 1dari 25

NOTA PEPERIKSAAN

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR.
Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga
dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi perhatian kepada perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin,
tanah liat, tepung dan paper mache.

Pengenalan
Objek 3D bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas bawah.
Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek
maujud.
Mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, keras, lembut dan lain-lain.
Alat dan Bahan

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya
Membentuk dan Membuat Binaan.
Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk,
serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya.
Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan.
Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,pembungkusan, guntingan, luakan
dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Teknik Picitan
Teknik Lipatan
Teknik Potongan
Teknik Cantuman
Teknik Pembungkusan
Teknik Guntingan
Teknik Luakan

Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan
Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama,
boneka, topeng dan origami.
Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada
menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema
tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

asemblaj
origami

mobail

Membentuk
dan
Membuat
Binaan

topeng

boneka

stabail

model
diorama

Arca Timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat
keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan,
tampalan, binaan atau asemblaj.

Arca Mobail
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan
objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca
mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.

Arca Stabail
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang
stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan,
acuan atau binaan.

Asemblaj
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek
membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan,
cantuman skru/paku atau gam.

Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buahbuahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.

Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau
peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam
dan kimpalan.

Boneka
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik
untuk penghasilan boneka adalah jahitan, gam, kimpalan dan skru.

Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula
kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau
kimpalan.

Origami
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah
lipatan dan guntingan.

BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Definisi

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses, dan teknik membuat, alat dan bahan,
motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang
dinyatakan .
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita.

tembikar

alat
dom
estik

alat
permainan
alat
pertahanan diri

anyaman
kraf
tradisional

tenunan

perhiasan diri

ukiran

batik

tekat

Alat Domestik
Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat
domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika
tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. Alat domestik merupakan
barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan
seharian.
CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK

Alat Permainan
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:
Congkak
Wau
Batu seremban
Sepak raga
Gasing
a. Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

b. Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak
perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak
lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
c. Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau
masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.

d. Sepak Raga
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud
sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia
bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau
melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan
dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh
jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga
telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai
menimang bola dalam.
e. Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.
Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali
gasing.

Alat Pertahanan Diri


Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada
serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam
majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan
melayu.
Contoh-contoh alat pertahanan diri.
a) Keris
b) Perisai
c) Tombak

Alat Perhiasan Diri


Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu
lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan
masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam
majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri
telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
Jenis-jenis alat perhiasan diri
a) Dokoh
Perhiasan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada
timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya.

b) Pending
Perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas
dan tembaga).

c) Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih
menarik.

d) Anting-anting
Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum wanita.

Batik
Batik ialah sejebis barangan kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain
Batik terkenal dinegeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura,
Brunei, dan Malaysia.
a) Motif Batik
- Kebanyakan ragam hias yang terdapat pada batik Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh
ragam batik Indonesia
- Terdapat dua gaya bentuk motif di Malaysia iaitu gaya organik dan gaya geometri
- Motif batik gaya organik biasanya berdasarkan:
Sumber alam
Unsur fauna
Unsur benda buatan manusia
- Motif batik bergaya geometri merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, bentuk s,
swastika, parang rosak, segi empat, dan susunan rupa geometri lain.

Tekat
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga tekat.

JENIS-JENIS TEKAT
a) Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur
ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas
akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

b) Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.
Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah
adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih,
kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu,
pakaian diraja dan sebagainya.

PROSES MENEKAT
1. Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
2. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas
dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.

3. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik.
Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak
dangai atau catur.

4. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan
berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna
gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam.
5. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang
bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
6. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke
bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang.

7. Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang
sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang
pada kain dasar.
8. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah
ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat
supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas.
9. Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

Tenunan
Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri
kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai
keunikan tersendiri dan ekslusif.
MOTIF
Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula
terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif
yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buahbuahan.
Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bungabungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam
corak geometrik.
Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak.Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

TENUNAN BUNGA PENUH


corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun
memenuhi keseluruhan kain.

SUSUNAN BUNGA TABUR


Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain.
Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak
dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala
dan kaki kain.

SUSUNAN BERCORAK
Susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

Ukiran Kayu
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi
dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan
masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah
tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti
ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada
memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat
dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

a. Ukiran Bunga timbul


-Tidak tembus seperti terdapat pada perabot, mimbar masjid dan panel.

b. Ukiran Larik
- Berbentuk bulat
- Terdapat pada tiang rumah dan tiang pemegang tangga rumah tradisional.

c. Ukiran Tebuk Tembus


- Dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga tembus.
- Terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat.
- Berfungsi sebagai hiasan dan pengalir udara tradisional , seperti terdapat pada selasar(
serambi) dan bahagian atas dinding rumah.

d. Ukiran arca
- Berbentuk tiga dimensi.
- Terdapat pada kepala keris, hulu senjata, senduk, kukur kelapa dan congkak.

e. Ukiran Layang
- Ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaan
- Terdapat pada perabot almari, katil, bermotif ringkas dan menggunakan teknik guris di
permukaan kayu.

Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam
ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut.
ALAT DAN BAHAN
1. ROTAN
Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang
jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan
mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagaibagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.
2. POHON MENGKUANG
Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak
belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang
lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang
yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan
hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.
3. BULUH
Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan
buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur
asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama
soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap
dianggap lebih cantik dan menarik.

TEMBIKAR
Ciri-ciri Tembikar
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)


Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.
Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka. Dibuat dari tanah liat terpilih.
Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.
Ragam hias ringkas dan bermotif flora
Tidak menggunakan warna pada tembikar.
Tembikar Sayong (Labu Sayong)

1.
2.
3.
4.

Dikenali juga sebagai labu sayong.


Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.
Tidak bersepuh (Poros).
Perusahaan tembikar ini banyak dijalankan di Kg.Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Labu Sayong
5. Jenis-jenis Labu:

Labu Tanah atau labu tela

Labu gombol atau labu air

Labu pucung atau kepayang

Labu gelugor

Labu panai

Labu bocong atau labu leper

Labu tela

Labu lepap

Labu belalai gajah

7.

Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .


Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampr sama dengan dengan membuat labu sayong.
Perbezaannya hanya dari segi pembakaran.
- Labu Pulau tiga perlu dibakar selama 6 jam sehingga warnanya bertukar kepada coklat tua
kemerahan. Selepas itu barulah dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan
700 - 800 darjah celcius.
- Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.
-

Jenis Tanah Liat Untuk Membuat Tembikar


- Kg. Sayong mempunyai tanah liat yang baik untuk pembuatan tembikar.
- Mengikut pengusaha labu sayong, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu
kaki daripada permukaan bumi.
- Jenis-jenis tanah liat yang biasa digunakan ialah :

Tanah liat dari kawasan busut

Tanah liat di kawasan sawah

Tanah liat kelabu perang

Tanah liat perang kemerahan

Tanah liat di kawasan sungai

Alat dan Bahan


Alatan yang digunakan untuk membuat tembikar seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pengayak
Baldi
Besen
Papan lapis bulat
Roda pembentuk tembikar
Pelarik tapak tembikar
Dawai tajam
Rip
Span berkatu

10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Span
Dawai pemotong
Angkup
Penggelek
Kayu (6mm)
Penyembur gerlis
Pengukir besi
Penepik kayu berukir
Pengukir dawai

Teknik-teknik Membuat Tembikar


1. Teknik picit
- dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
- merupakan teknik yang paling mudah
2. Teknik lingkaran

bahagian tapak disediakan terlebih dahulu

kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder
dan dilingkar membentuk sebuah tembikar
3. Teknik kepingan

dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu

bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan
penyambungan

bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi
sebagai pelekat / gam )
4. Teknik lempar alin/ putaran

menggunakan mesin pemutar / roda pemutar

5.

tembikar dibentuk semasa melakukan putaran


bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja
Teknik acuan
dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam

bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan

digunakan untuk perusahaan komersial

Teknik lempar alin

Proses meluru - melicinkan


permukaan tembikar dengan
batu sungai.

Motif Labu Sayong

Mengukir corak hiasan pada badan labu.

Membentuk 'hiasan panai' pada labu panai.

Teknik Pembakaran Labu Sayong


Terdapat 2 kaedah pembakaran labu sayong :
1. Kaedah pembkaran Tradisional - tanur dedah sayong.
2. Kaedah pembkaran moden - tanur elektrik.

Proses menyalai
1.
Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional - bahan untuk pembakaran ialah sabut
kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.Proses pembakaran
terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar
dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam
sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan.

Menyediakan kayu api untuk proses pembakaran dedah.

Pembakaran dedah.

2. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran dedah dengan menutupi bahan-bahan
pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900
celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus
menjadi abu.

3. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu
Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian
bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta
tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa menyimpan air.

Pembakaran Tembikar Kaedah Moden

Pembakaran tembikar cara moden


Tanur elektrik dengan kepanasan 800 - 900 darjah Celcius.
2. Tembikar Mambong

Terkenal di Kelantan.

Dihasilkan untuk kegunaan harian

Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya.

Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi
kemerahan-merahan.

Mempunyai ragam hias yang ringkas seperti tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang.

Tembikar Mambong

Pasu Sarawak
1.
Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi
Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap
tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari.
2.
Tembikar yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis
tempayan besar), takar dan perkakas memasak.
3.
Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah
perkahwinan oleh pengantin.
4.
Di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua
mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.

Pasu Sarawak

Motif Pasu Sarawak

1.
Corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur
daripada sistem kepercayaan mereka.
2.
Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu
perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu.
3.
Ragam hias pada tembikar Cina mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang
dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan.
4.
Walaupun dipengaruhi oleh motif tembikar Cina, corak hiasan pada tembikar Sarawak
juga banyak menampilkan unsur-unsur kepercayaan mereka.
5.
Pasu Sarawak terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik
menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi
Kenyalang.
Cara Membuat Pasu Sarawak
Lain-lain Tembikar Yang Terdapat Di Malaysia
Bekas Bara/Perasapan
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian.
Jambangan
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak
bunga hiasan.
Terenang
Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat. Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang. Bahan
utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah
tanah dan batu. Hasil terenang berwarna coklat kekuningan.
Geluk
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas.

Kemasan & Persembahan


1. bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh
2. muncung tembikar halus dan tidak serpih
3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
5. ragam hias

garisan dan lorek terang dan tersusun

ukiran jelas

kesan tekanan nyata dan teratur

panai dibentuk sekata dan kemas

Pemeliharaan & Penjagaan Tembikar


-

pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan


tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah

Tokoh-tokoh Tembikar
1. Pn. Hasnah Adnan (perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)

Tembikar Dimensi Baru

ARCA
Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari
pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses
mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Jenis Jenis Arca :
Arca bersifat realisme atau abstrak. Arca realisme menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual
dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca
tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam
kehidupan melalui luahan perasaan ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca Asemblaj
-

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik atau cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan
pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga
dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah
penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan
bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951
Arca Timbulan
-

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian
ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi dan arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan
arca.
Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat
yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse Back, IV,

Jacques Lipchitz

Arca Mobail
-

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya
bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak
atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau
berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung
mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas
bergerak.

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Arca Stabail
-

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana
kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang
pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan
atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahanbahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.

Calder, Alexander
Stabile, Paris-La-Dfense (1976)
Diorama
-

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam
satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan
atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Boneka
-

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macammacam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah
satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja
boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali
antara dulu dan sekarang.

Stylized Martial Arts Sculpture Doll


Wearing Orange Gi

Origami
-

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia
merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula
diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang
bernama Tsai Lun.

Topeng
-

Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi
musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sembahan
atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada yang
mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan ada yang menggambarkan
kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat moden pada masa ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk
karya seni tinggi. Tidak hanya kerana keindahan estetika yang dimilikinya, tetapi misteri yang
tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magik yang sukar untuk
dijelaskan.

Mask (opharo edjo)


Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private Collection, Belgium

Anda mungkin juga menyukai