Anda di halaman 1dari 8

KRAF TRADISIONAL

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1) Alat domestik ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti
senduk di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa diperbuat daripada
besi dan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah luakan, assemble
dan ukir.
2) Alat permainan yang lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau
dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina rangka,
menampal kertas dan corak.

3) Alat pertahanan diri pula seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing,
dan sumpit.
4) Perhiasan diri (ornamen) seperti manic, rantai atau hiasan kepala.
5) Batik merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis,batik lukis
atau batik canting . Ia melibatkan proses dimana
membuang kanji seterusnya

kain akan dibasuh untuk

dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses

melakar motif dan corak menggunakan pensil. Setelah bahan campuran lilin
dipanaskan, proses

melakar diatas fabrik dibuat menggunakan

canting

seterusnya bahan warna disapu pada motif.


6) Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas
kain dasar dari jenis baldu. Proses

adalah penciptaan motif, persiapan

pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya menyulam.


7) Ukiran kayu adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada
bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik mengukir sepertI
bunga timbul atau papan tebuk adalah yang paling digemari .
8) Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus
dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun.

9) Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun


buluh, rotan, lidi, bertam,atau paku pakis ribu ribu dengan menggunakan cara
serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain.
Prosesnya agak rumit dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka
digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. Daun akan di lurut supaya
mudah di anyam seterusnya di rendam dalam

pewarna. Proses anyaman

dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Kelarai adalah
corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak bercorak kelerai dipanggil
ghadas.

10) Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada


dibentuk

kemudian dibakar. Alat yg digunakan

tanah liat. Ia

adalah pisau, pengayak,

pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk dan papan gelek.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam
proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan
pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan,
kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau
membuat

binaan.

Antaranya

ialah

melalui

teknik

picitan,

lipatan,

potongan,

cantuman,pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik


tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan,
Lipatan

,Potongan,

Cantuman,

pembungkusan,

guntingan

dan

luakan.

MAKSUD ARCA
Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada
perkataan sculpture yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.
Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya
dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh
dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik
atau bentuk abstrak.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa
bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yang
dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam
untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh
ditekankan melalui penggunaan perkataan.
Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca
berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori
arca boleh dibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan
menepati tema dan tajuk yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya
pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin
diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma,
cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada
pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui
hasilan pengkarya.
Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam
pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai
penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai
penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan
menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.

REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan
tugasan amali ini bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Tugasan amali kali ini
ialah mengenai penghasilan arca gabungan kraf tradisional. Tema yang di ketengahkan
bagi menghasilkan arca ini ialah bertemakan kraf tradisional. Tema yang di
ketengahkan sangat menarik dan bertepatan dengan zaman semasa.
Bagi penghasilan arca pada kali ini, saya telah memilih peralatan domestik
sebagai sumber idea untuk saya olah menjadikan arca. Warna yang di pilih pula ialah,
kayu dan emas. Warna ini merupakan warna yang boleh dianggap sebagai warna yang
tradisional. Dari segi bentuk atau motif pula ialah berbentuk organik.
Seterusnya, dari segi prinsip-prinsip seni yang terdapat pada arca yang telah
saya hasilkan ini ialah unsur harmoni pada warna yang di pilih, bentuk dan corak pada
arca. Selain itu, adanya unsur semetri ata keseimbangan pada arca dari segi bentuk kiri
kanan yang sama saiz dan nampak keseimbangannya. Justeru, karya arca ini
memberikan satu kegembiraan bagi sesiapa yang melihatnya.
Oleh itu, berdasarkan karya arca gabungan kraf tradisional ini, saya dapat
menimba ilmu-ilmu yang baru terutama ilmu tentang teknik yang boleh digunakan
dalam penghasilan karya arca gabungan kraf tradisional ini. Selain itu, saya juga dapat
mengeratkan silaturahim antara rakan-rakan melalui interaksi dengan rakan-rakan
apabila berkongsi idea dalam penghasilan arca ini.

Pada masa yang sama, saya

juga berpeluang dalam mengkaji jenis-jenis arca seperti arca luakan, asemblaj, arca
binaan, arca dinding dan sebagainya.
Namun begitu, di sebalik sesuatu kejayaan pasti ada halangan dan dugaan yang
terpaksa di lalui. Dugaan dan halangan yang menimpa tidak sedikit pun mematahkan
semangat saya untuk meneruskan tugasan yang telah di amanahkan. Antara halangan
yang saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan amali kali ini iaitu penghasilan arca
gabungan kraf tradisional dan folio ini ialah apabila talian internet maktab mengalami
masalah. Hal ini, amat menyulitkan saya untuk mengumpul serta mendapatkan

maklumat kerana mklumat di internet mudah di dapati berbanding dengan mencari


maklumat di perpustakaan. Justeru, masalah ini dapat diselesikan dengan bantuan
rakan-rakan unit PSV yang sudi meminjamkan broadband mereka kepada saya.
Selain itu, saya juga mengalami masalah dalam pemilihan tema kerana terkeliru
dengan kraf tradisional yang ingin dipilih. Hasil bantuan para pensyarah PSV
terutamanya Encik Zakarai Bin Awang, dapat juga saya menyelesaikan kekeliruan
tersebut serta dapat memilih idea untuk dijadikan lakaran idea. Beberapa lakaran idea
telah dibuat sebelum memindahkannya ke atas bahan yang digunakan untuk
menghasilkan arca gabungan kraf tradisional.
Sepanjang menyiapkan tugasan amali ini, masalah yang paling besar adalah
kekangan masa. Di sebabkan masa yang agak suntuk, tugasan ini dilakukan dengan
cepat serta kurang memuaskan. Tetapi dengan bantuan rakan.rakan dan para
pensyarah pendidikan seni visual, masalah ini dapat diatasi dengan sedikit perubahan
dilakukan bagi kemasan arca yang dihasilkan.
Tuntasnya, walaupun pelbagai masalah yang berlaku sepanjang proses
menjalankan tugasan ini. Saya berjaya menyelesaikan dengan jayanya. Walaupun.
tugasan kali agak menguji kesabaran saya sebagai seorang guru pelatih, namun dapat
jua saya lalui dengan jayanya. Sehubungan itu, kita sebagai bakal guru perlu
mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang akan kita
hadapi suatu masa nanti. Hal ini kerana, kitalah yang bakal mencorak anak bangsa kita
suatu hari nanti.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawasanya karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan :........
Nama

: FARHANA BINTI RASHID

No. I/C

: 930301-03-5030

Tarikh

: 12 Mac 2014

BIODATA DIRI

NAMA

: FARHANA BINTI RASHID

UNIT

: 3PISMP-PENDIDIKAN SENI VISUAL (UNIT 1) AMBILAN JANUARI 2013

NO. I/C

: 930301-03-5030

NO. TEL.

: 019-9786214

ALAMAT

: NO.6 BLOCK A PERUMAHAN JPN LATI, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.

Anda mungkin juga menyukai