Anda di halaman 1dari 44

MEMBENTUK

DAN
MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang


yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR.
Bidang inimengandungi aktiviti untuk menghasilkan
karya berbentuk tiga dimensi.
Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai
mengikut aktiviti yang dipilih.
Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini
anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

EKNIK-TEKNIK MEMBUA
DAN
MEMBENTUK BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan


bentuk atau membuat binaan.
Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,
pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya.
Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian
bahan yang digunakan.
A)Teknik Picitan
B)Teknik Lipatan
C)Teknik Potongan
D)Teknik Cantuman
E)Teknik Pembungkusan
F)Teknik Guntingan
G)Teknik Luakan

NIS AKTIVITI MEMBENT


DAN
MEMBUAT BINAAN

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid.
Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah dalam proses penghasilan.
Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana
tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat
Binaan adalah sepertim

-ARCA TIMBUL
-ARCA MOBAIL
-ARCA STABAIL
-ASEMBLAJ
-MODEL
-DIORAMA
-BONEKA
-TOPENG
-ORIGAMI

Arca Timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari
permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar
yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia
boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau
asemblaj.

ELEMEN SENI DALAM ARCA


TIMBUL
Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai
jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan
dalam seni visual dan boleh diperhatikan dalam arca timbul ada unsur-unsur
garisan .
Rupa
Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi
melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Rupa geometri lebih kepada rupa
yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai
rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak
berjisim). Dalam arca timbul tersebut ada rupa geometri dan rupa organik .
Arca timbul juga merupakan rupa 3D .

Arca Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk


membentuk satu kesatuan. Digantung
untuk menjadikan objek bergerak,
berputar atau berombak. Teknik yang
biasa digunakan untuk menghasilkan
arca mobail adalah kimpalan, gam, skru
dan lipatan.

ELEMEN SENI DALAM ARCA MOBAIL


Irama dan Pergerakan merupakan prinsip rekaan. Irama dan
pergerakan berfungsi untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar,
bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya.
pergerakan boleh dilihat pada arca mobail yang digantung dengan tali.
Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan. Kepelbagaian
wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza
dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga dapat memberi gaya,
variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti
garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian boleh dilihat pada arca mobail di atas .

Arca Stabail
Bahan
kutipan
dicantumkan
untuk membentuk satu kesatuan
objek dan dipasang tapak yang
stabail. Teknik yang bersesuaian
untuk menghasilkan arca ini
adalah kimpalan, skru, ikatan,
acuan atau binaan.

Assemblaj
Bahagian
atau
komponen
yang
berlainan
yang
dicantumkan
menjadi
satu
kesatuan
objek
membentuk satu konsep
yang bermakna. Teknik
penghasilannya adalah
kimpalan,
binaan,
cantuman
skru/paku
atau gam.

Model

Bentuk yang digubah untuk


tujuan membuat sesuatu objek
konkrit. Contohnya model buahbuahan. Antara teknik yang
digunakan
adalah
gam,
kimpalan, skru dan acuan

Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit
yang bertemakan sesuatu cerita,
maklumat,
fenomena
atau
peristiwa. Teknik yang lazimnya
digunakan dalam penghasilan
diorama adalah cantuman, gam
dan kimpalan.

Boneka
Model
yang
mewatakkan
figura
manusia,
binatang,
buah-buahan, serangga dan
lain-lain.
Teknik
untuk
penghasilan boneka adalah
jalitan, gam, kimpalan dan
skru.

Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau
unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka
yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan
adalah gam, cantuman atau kimpalan.
Terdapat 3 jenis topeng iaitu:

1. Topeng muka

2. Topeng mata

3. Topeng serkup

Origami
Objek konkrit yang dibentuk
melalui lipatan atau konsep
topologi. Teknik yang
digunakan adalah teknik
lipatan.

ENGENAL KRAF TRADISIONA

PENGENALAN
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di
sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1.ALAT DOMESTIK
2.ALAT PERMAINAN
3.ALAT PERTAHANAN DIRI
4.PERHIASAN DIRI (ORNAMENT)
5. BATIK
6. TEKAT
7. UKIRAN
8.TENUNAN
9. ANYAMAN
10. TEMBIKAR

ALAT DOMESTIK
Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam
kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik
dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi
negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat
domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.
DEFINISI ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan barangan keperluan harian
seperti perkakasan dapuryang digunakanbagi
memudahkan urusan seharian.

Tudung saji

Batu Pengisar

Lesung batu

Cerek tembaga

ELEMEN SENI DALAM KRAF


TRADISIONAL
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan
boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan
pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia
mempunyai kesan tampak yang berbeza. Setiap jalinan mempunyai
fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang
terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan
kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan
terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak.
Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui
sentuhan.Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat
tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Sebagai contoh , tudung
saji di atas ialah jalinan sentuh .

ALAT PERMAINAN
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

Batu seremban

Sepak raga

congkak

ELEMEN SENI DALAM KRAF


TRADISONAL
Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan.
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya,
nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga,
dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian
dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti
garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan

ALAT PERTAHANAN DIRI


Alat pertahanan diri ialah senjata yang
digunakan untuk mempertahankan diri sendiri
daripada serangan musuh, binatang liar dan
sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi
bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan
semangat
halus
serta
menjadi
lambang
keberanian pahlawan melayu.

ALAT PERHIASAN DIRI


Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada
pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai
beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi
lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya
alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlismajlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada
masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan
selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Cucuk sanggul
Dokoh

Anting-anting

Pending

BATIK
BatikmerupakansatubidangkraftanganyangungguldiMalaysia.Sej
akabadke15Masihilagimanusiatelahmenemuikaedahpembuatan
batiksecaratradisional.
Padamasadahulu,masyarakatMelayumenggunakanubikentangseb
agaialatpengecaptetapikinikainbatiktelahdiusahakandenganme
nggunakanalat-alatmoden.
BatikmuladiperkenalkandinegarakitakhususnyadinegeriKelantan
sejaktahun1910lagi.
BatikberasaldariIndonesiadanterbitdariperkataanJawa'tik'
yangbermaksudmenitikataumenulistitik-titik.

TEKAT
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat
merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain
dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur
sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.

TENUNAN

Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah


melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana
proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif
yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri
dan ekslusif.

UKIRAN KAYU
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan
yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi.Ianya dapat dilihatdalam kehidupanmasyarakat
melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumahrumah tradisional.Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif
bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan
sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih
kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Anda mungkin juga menyukai