Anda di halaman 1dari 6

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

KERTAS KERJA DASAR


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
BRIGED MUSLIMAT KELANTAN

TARIKH
26 JAN 2019 (SABTU)

TEMPAT
PUTIK

ANJURAN
BRIGED MUSLIMAT KELANTAN
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

KERTAS KERJA
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BRIGED MUSLIMAT KELANTAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

1.0 TUJUAN

Kertas ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan


kelulusan peruntukan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan
NGO Kerajaan Negeri Kelantan.

2.0 PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, yang menganugerahkan ilham kepada
sesiapa jua yang Dia kehendaki. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SalallahuA’laihiWasallam, pembawa obor perjuangan suci umat ini.
Seterusnya kepada keluarga baginda, para sahabat, kaum muslimin dan muslimat.
Islam sangat menggalakkan umat bersatu menyebarkan agama Islam
dengan keadaan yang berstrategik, ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa
potong ayat al Qur’an dalam surah (as-saff ) dan ayat 4 berikut: “Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang
teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh (As-saff: 4)

Muslimat telah bergerak maju kehadapan dan mendapat kepercayaan


masyarakat untuk menjadi pimpinan dan terlibat secara proaktif dalam gerakan
politik Malaysia sehingga telah terpilih sebagai wakil rakyat. Oleh itu, Mereka
sentiasa menjalankan aktiviti bersama masyarakat dan terlibat secara langsung
menyebarkan dakwah Islam.

Justeru itu, bagi memperlengkapkan kekuatan muslimat yang


berkemahiran bagi menghadapi menguruskan organisasi, Jabatan Briged
Muslimat mengatur program untuk mempersiapkan latihan khususnya di
kawasan masing-masing seterusnya melahirkan ahli Briged Muslimat yang
berilmu, berkemahiran, dan bersedia mencari pelapis di masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Melahirkan ahli Briged Muslimat yang terlatih dalam pengurusan
organisasi

3.2 Memberi latihan kepada ahli Briged yang akan melatih petugas briged
muslimat dalam menyusun perancangan di negeri masing-masing

3.3 Membentuk pasukan kerja yang berilmu, berkredibiliti, terlatih,


mempunyai nilai-nilai murni, dan berkemahiran dalam pelbagai situasi.

3.4 Mewujudkan semangat kesukarelawan dan saling membantu dalam


kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan komuniti yang aman dan
sejahtera berlandaskan syariat.
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini diadakan sebagaimana tarikh dan lokasi berikut :

4.1 Program : Bengkel Pengurusan Organisasi


4.2 Tarikh : 26 Januari 2019 (sabtu)
4.3 Tempat : Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK)
4.4 Sasaran : 40 orang (AJK Negeri, Ketua dan Setiausaha Kawasan)

5.0 ORGANISASI PELAKSANA

5.1 Rujuk lampiran I

6.0 TENTATIF PROGRAM

6.1 Rujuk lampiran II

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Rujuk lampiran III

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar kursus pengurusan organisasi ini dapat


membuahkan hasil serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerjasama
dan komitmen semua pihak amat diharapkan bagi menjayakan program ini.
Sekian, Wassalam.

Disediakan oleh,

…………………………………….
( SAMIAH BINTI ABDULLAH )
Pengarah
Kursus Pengurusan Organisasi
Briged Muslimat Kelantan

Disemak oleh,

…………………………………….
( NORSHAM BINTI SHAMSUDIN )
Pengarah
Briged Muslimat Kelantan
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Lampiran I

ORGANISASI PELAKSANA

PENASIHAT : Norsham binti Shamsuddin


PENGARAH : Samiah binti Abdullah
SETIAUSAHA : Noor Hidayu binti Abd. Ghani
BENDAHARI : Wan Nazihah binti Wan Mamat Ramli

1. UNIT PENGISIAN
Ketua : Wan Qurratu Aini Wan Mamat Ramli
Ajk : NurBahirah Hazirah bt Shaari

2. UNIT CENDERAHATI DAN SIJIl


Ketua : Khairiah Idris
Ajk : Siti Yang Norasyikin Mohs Radzi

3. UNIT PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL

Ketua : Siti Hazuana Mhd Yusoff


Ajk : Wan Siti Nur Nazihah Wan Yusoff

4. UNIT PUBLISITI DAN PENDAFTARAN


Ketua : Nur Sachwani Kahar
Ajk : Afaf Fatihah Yahaya

5. UNIT KEBAJIKAN DAN PERSEGARAN


Ketua : Norma Mohammed Salleh
Ajk : Nurul Saadah Daud

6. UNIT PENGANGKUTAN, KESELAMATAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS


Ketua : Siti Nurhayati Husna Ghazali
Ajk : Wan Syafikah Wan Rosdi
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Lampiran II

TENTATIF PROGRAM

26 JANUARI 2018 (SABTU)

08.00 pagi Pendaftaran dan sarapan pagi

09.00 pagi Taklimat Pogram

09.15 pagi Slot 1


Tajuk : Ciri-ciri kepimpinan berkesan

11.15 pagi Slot 2


Tajuk : Sistem Pengurusan Fail

12.30 t/ hari Makan tengah hari/ solat zohor

2.00 petang Slot 3


Tajuk : Pembangunan Organisasi

3.30 petang Slot 4


Tajuk : Pengurusan Organisasi Berkesan

5.00 petang Majlis Penutup

5.30 petang Bersurai

Lampiran III
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

IMPLIKASI KEWANGAN

PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH / KUANTITI JUMLAH


2 Sumbangan ADUN RM 900.00
3 Sumbangan Exco/YB RM 2000.00
4 Sumbangan individu RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM3100.00

PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH / KUANTITI JUMLAH


CENDERAHATI
1 Cenderahati Jemputan RM 300 X 4 orang RM 1200.00
2 Sijil Peserta RM 2 X 40 keping RM 80.00
JUMLAH RM 1280.00

MAKANAN
3 Sarapan RM 5 X 40 orang RM 200.00
4 Makan Tengahari RM 10 X 40 orang RM 400.00
5 Makan Petang RM 3 X 40 orang RM 120.00
JUMLAH RM720.00

TEMPAT
6 Sewa Tempat RM 150 X 1 hari RM 150.00
JUMLAH RM 150.00

PENGISIAN
7 Nota dan keperluan RM 20 X 40 orang RM 800.00
JUMLAH RM 800.00

LAIN-LAIN
8 Kontigensi RM 150.00 RM 150.00
JUMLAH RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM3100.00

Anda mungkin juga menyukai