Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CEMERLANG

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
2020

TARIKH
10-12 JULAI 2020

TEMPAT
xxxxxxx

TEMA
“xxxxxxx”
1.0 Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, kepimpinan pelajar di sekolah merupakan tonggak utama
yang membantu dan memainkan peranan yang utama untuk menjayakan visi dan misi sekolah
iaitu melahirkan generasi rabbani. Oleh itu, program ini merupakan satu usaha untuk
mempersiapkan dan menyediakan barisan kepimpinan hadapan yang berketerampilan, amanah
dan berdedikasi. Potensi yang ada dalam diri peserta akan dikembangkan sama ada daripada
sudut minda, rohani, emosi serta pembinaan jasad.

Perhimpunan ini akan mengumpulkan kepimpinan pelajar tingkatan 4 yang akan menjadi
barisan pemimpin negara akan datang. Mereka adalah dalam kalangan pelajar yang
berjawatan utama di dalam badan pengawas, ketua unit pakaian seragam, badan Dakwah dan
tarbiah sekolah.

Oleh itu, program ini diharapkan akan mendapat sokongan padu daripada seluruh warga
sekolah berpotensi untuk menjayakan program ini. Semoga kepimpinan yang baik akan
melahirkan warga sekolah yang baik pada masa akan datang.

2.0 Objektif Program

i) Merapatkan Ukhuwwah Islamiah Dalam Kalangan Kepimpinan Pelajar


Budaya perkongsian dan pembelajaran melalui orang lain masih lagi kurang dan mungkin
tidak wujud dalam kalangan barisan pemimpin sekolah. Mereka kurang terbuka dalam
mengambil kebaikan dan manfaat daripada orang lain. Dengan wujudnya program yang
mengumpulkan semua kepimpinan sekolah, maka diharapkan ia menjadi titik tolak kepada
budaya perkongsian dan pembelajaran. Selain itu, ukhuwwah dalam satu pasukan
kepimpinan juga akan dipupuk agar segala gerak kerja dapat disinergikan demi
menjayakan misi dan visi sekolah.
ii) Mempersiapkan Barisan Pelapis Yang Bertanggungjawab Untuk
Menggerakkan Dan Membantu Dalam Menjayakan Misi Dan Visi Sekolah
Kesedaran merupakan satu elemen penting dalam apa jua tanggungjawab yang
diberikan. Barisan kepimpinan perlu diberikan kefahaman yang betul, motivasi dan
penyegaran agar memiliki momentum untuk bekerja dan beraksi di medan masing-masing
dengan memanfaatkan jawatan yang diberikan dengan sebaiknya.

iii) Mempelajari Kepimpinan Menerusi Tauladan


Seorang pemimpin dalam kalangan umat Islam perlu memimpin melalui qudwah
hasanah dan mampu membina nilai Islam dalam kalangan masyarakat tanpa mendapat
tentangan dan bencian masyarakat. Dengan mengkaji ciri-ciri kepimpinan, peserta akan
dapat mempelajari beberapa pengajaran, teknik, dan sebagainya dalam pelbagai situasi
yang dihadapi sebagai bekal dalam mengemudi kepimpinan sekolah agar ia selari dan
sejajar dengan ajaran Islam di samping dapat menambahkan baik kesediaan mengikut
setiap aspek peraturan sekolah dengan kerelaan.

iv) Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Dengan Rakan Sebaya


Seringkali kita dengar dan dapati bahawa masalah utama dalam barisan
kepimpinan pelajar adalah komunikasi. Meskipun ia hanyalah hal teknikal semata-mata,
tetapi kesilapan dan kecuaian dalam komunikasi boleh membawa kepada masalah yang
lebih besar dan merencatkan sedikit sebanyak perancangan untuk mencapai misi dan visi
sekolah. Dengan mempelajari kemahiran komunikasi, diharapkan agar peserta dapat
mengetahui elemen-elemen utama dalam komunikasi yang perlu diambil berat agar ianya
menjadi satu proses yang berkesan, mengetahui halangan atau gangguan komunikasi dan
sebagainya. Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan agar berkomunikasi secara
professional dan efektif.

3.0 Maklumat Program

3.1 Tarikh & Masa


10 – 12 Julai 2020 (Jumaat – Ahad)
8.00AM (Jumaat) – 12.00PM (Ahad)
3.2 Tempat
XXX
3.3 Tema
“XXxxxxxxxxxxxxxxxxxxx”
3.4 Aturcara Program & Aktiviti
Rujuk Lampiran 2
3.5 Sasaran
Peserta : 100 orang
Guru : 10 orang
AJK & Fasi : 15 orang
3.6 Syarat Penyertaan bagi peserta
i. Sedang menjawat jawatan kepimpinan di sekolah
iii. Mengikuti program anjuran sekolah
iv. Barisan kepimpinan yang berada di dalam tingkatan 4 sahaja

3.7 Etika Pemakaian


Semasa Slot
i. Baju berkolar dan berseluar slack
ii. Berstokin
iii. Kasut bertutup
iv. Bertudung bagi pelajar perempuan
v. Pakaian yang menutup aurat dan berkain
vi. T-shirt biasa, T-shirt muslimah, berseluar track suit dan berkasut sukan (Untuk Riadah)

3.8 Yuran
Peserta : RM30.00

3.9 Belanjawan
Rujuk lampiran 3

4.0 Penutup
Diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga dengan
perlaksanaan program ini, semua objektif yang telah disasarkan akan dapat dicapai dan para
peserta akan dapat mempertingkatkan lagi mutu kepemimpinan mereka dan seterusnya
menjadi pemangkin kepada usaha-usaha membina pemimpin negara masa hadapan

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Diluluskan oleh


LAMPIRAN 1
AJK KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2022

Penaung
XXXXXXXXXXXXX

Penasihat
XXXXXXXXXX

Pengarah
XXXXXXXXXXX

Setiausaha
XXXXXXX

Bendahari & Tajaan


XXXXXXXX

Media & Publisiti


XXXXXXX

Program
XXXXXXX

Penempatan & Logistik


XXXXXXXXXX

Pengangkutan & Kebajikan


XXXXXXXXX

Fasilitator
XXXXX
LAMPIRAN 2
Aturcara Kursus Kepimpinan 2020

Hari Pertama: 10 Julai 2020 (Jumaat)

Masa Aktiviti
8.30 am Pendaftaran Penempatan Pembahagian kumpulan
10.30 am Ice Breaking /Taaruf
12.30 pm Khidmat diri/ Makan Tengahari/Solat
2.30 pm Taklimat & Mind setting
Perasmian
4.30 pm Solat, Khidmat diri, Rehat
5.15 pm Riadah/Games
6.15 pm Makan malam
7.00 pm Ma’thurat, solat & Tazkirah
9.00 pm Slot 1
10.30 pm LDK Slot 1
11.00 pm Berehat & Tidur

Hari Kedua: 11 Julai 2020 (Sabtu)

Masa Aktiviti
4.30 am Qiyamullail, Solat Subuh & Ma’thurat
6.15 am Tazkirah/ Riadhah/Games
7.00 am Khidmat diri & sarapan pagi
8.00 am Slot 2
9.15 am Rehat Dhuha
9.45 am Slot 3
11.00 am LDK
12.30 pm Qailulah, Solat & Makan Tengahari
2.15 pm Aktiviti 1 Explore Race
5.45 pm Rehat, Riadah & Makan
7.00 pm Solat, Mathurat & Tazkirah
9.00 pm Slot 4
10.30 pm LDK
11.00 pm Rehat & Tidur

Hari ketiga: 12 Julai 2020 (Ahad)

Masa Aktiviti
4.30 am Qiyamullail, Subuh & Ma’thurat
6.15 am Tazkirah/Akhbar Islami & Games
8.00 am Perbincangan Gerak Kerja Sekolah
9.30 am Pembentangan
11.00 am Perasmian Penutup & Resolusi
12.00 pm Sesi Bergambar & Bersurai
LAMPIRAN 3
BELANJAWAN KURSUS KEPIMPINAN MUSLEH 2022

Kewangan

Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah


Pendapatan
1 Yuran peserta RM 30.00 100 RM 3,000.00
3 Sumbangan Sekolah RM 1,000.00 1 RM 3,000.00
4 Tajaan RM 1,000.00 1 RM 4,000.00
JUMLAH RM 10,000.00
Perbelanjaan
1 Makan RM 60.00 100 RM 6,000.00
2 Kit peserta RM 7.00 100 RM 700.00
3 Penginapan guru dan AJK RM 50.00 30 RM 1,500.00
4 Hadiah:
Saguhati Penceramah
- Slot 1 RM 150.00 1 RM 150.00
- Slot 2 RM 150.00 1 RM 150.00
- Slot 3 RM 150.00 1 RM 150.00
- Slot 4 RM 150.00 1 RM 150.00
Perasmi RM 50.00 2 RM 100.00
5 Saguhati Fasilitator RM 40.00 10 RM 400.00
6 Logistik Dan Peralatan RM 1,000.00 1 RM 300.00
7 Pengangkutan
- Kereta & Van RM 200.0
0
8 Rencam RM 200.00 1 RM 200.00
JUMLAH RM 10,000.00

Anda mungkin juga menyukai