Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

KURSUS ASAS SUKARELAWAN PENDIDIK


GURU PEWARIS NEGARA PUTRAJAYA

TARIKH:

13 – 14 SEPTEMBER 2022

LOKASI:

GOLD COAST MORIB

TEMA:

#IkhlasDiHati

ANJURAN:

PERSATUAN PENDIDIK PUTRAJAYA

BRIGED NEGARAKU
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan Persatuan Pendidik Putrajaya
untuk:

1.1 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan bagi menjalankan aktiviti


serta memohon peruntukan kewangan bagi menjayakan program ini.

1.2 Memohon kerjasama daripada mana-mana agensi di seluruh negara dan pihak
media untuk turut serta dalam program ini.

2.0 PENDAHULUAN
KURSUS ASAS SUKARELAWAN PENDIDIK GURU PEWARIS NEGARA ini merupakan
satu program anjuran Persatuan Pendidik Putrajaya bersama Jabatan Pendidikan
Putrajaya.

Program ini dilaksanakan ini khusus bagi meningkatkan lagi interaksi, integrasi dan ilmu
kepimpinan sukarelawan dalam kalangan pendidik yang sentiasa menghadapi cabaran
selari dengan perkembangan dan kepesatan kemodenan di negara ini.

Selain itu, tanggungjawab dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat harus
dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua pihak terutamanya
dalam kalangan warga pendidik kerana mereka akan menjadi contoh kepada sesebuah
komuniti masyarakat. Semua tenaga harus digembelingkan dan disatukan bagi
mencapai hasrat tersebut. Untuk mencapai hasrat ini sukarelawan perlu diberi
pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi menyedarkan mereka tentang
tanggungjawab sosial yang harus dimainkan oleh semua pihak.

Keseluruhan ciri dan nilai peribadi unggul harus diterap dalam kalangan sukarelawan
seperti berjiwa besar, beretika, kasih sayang, bertolak ansur, bersatu padu, saintifik,
dinamik dan sebagainya merupakan intipati bagi menentukan kecemerlangan negara
ke tahap yang terbilang.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengisian sukarelawan yang
berkesan serta memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.
3.2 Membuka ruang dan memberikan peluang kepada peserta untuk melontarkan
idea dan pandangan terhadap pelan tindakan komuniti pendidikan semasa misi
bantuan bencana dijalankan khususnya bencana banjir.
3.3 Peserta akan mengimplimentasikan idea yang telah dibincangkan melalui misi
khidmat masyarakat di kawasan sekitar seperti surau dan kawasan perkuburan.
3.4 Meningkatkan budaya positif dalam diri setiap peserta berdasarkan aspek
kepimpinan, ketepatan waktu, dan dapat berfikiran secara kritis dalam
menyelesaikan segala masalah.

4.0 LOKASI

Gold Coast Morib

5.0 KUMPULAN SASARAN

50 orang guru dari seluruh Putrajaya

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk LAMPIRAN A

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk LAMPIRAN B

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Rujuk LAMPIRAN C
LAMPIRAN A

PENASIHAT

Datuk Zakaria Bin Dullah

PENGERUSI

Encik Khairul Nizam Bin Mohd Sopery

TIMBALAN PENGERUSI 1

Encik Mohd Ammar Bin Sauti

TIMBALAN PENGERUSI 2

Cik Ammielyya Jusnieza Binti Ahmad Jafri

SETIAUSAHA 1

Encik Syed Ridwan Bin Syed Othman

SETIAUSAHA 2

Cik Nurhasleenda Binti Mohd Nazeri

BENDAHARI

Encik Muhamad Zuraidi Bin Samarudin


LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

RM180 seorang x 50
1. Pakej Penginapan Seminar 2 hari 1 orang peserta + 20 orang RM12,600
malam urusetia

RM300 seorang x 5 orang


Bayaran Penceramah RM1,500
2. penceramah

Cetakan

3. - Sijil RM1000 RM1,000


- Bunting
- Backdrop

JUMLAH KESELURUHAN RM 15,100


LAMPIRAN C

KAEDAH PELAKSANAAN

TARIKH
MASA PERKARA
/HARI

8.00 pagi
Ketibaan peserta dan pendaftaran
– 10.30 pagi

10.30 pagi
Ice- breaking
- 12.30 tengah hari

12.30 tengah hari


Rehat dan makan tengah hari
- 2.00 petang

2.00 petang
SLOT 1 – Perkongsian Pengalaman Barisan Hadapan
- 3.30 petang

3.30 petang
Minum petang
- 3.45 petang
13
SEPTEMBER 3.45 petang
2022 SLOT 2 – Bicara Tokoh Sukarelawan
- 5.15 petang
( Selasa )
6.30 petang
Makan malam
- 7.15 malam

7.15 malam Solat magrib berjemaah

- 8.00 malam Tazkirah

8.00 malam
SLOT 3 – LDK
- 9.15 malam

9.15 malam
SLOT 4 – LDK
- 10.30 malam

10.30 malam
Minum malam
- 11.00 malam
LAMPIRAN C

KAEDAH PELAKSANAAN

TARIKH
MASA PERKARA
/HARI

7.00 pagi
Sarapan pagi
– 8.30 pagi

8.30 pagi
SLOT 5 – Motivasi mangsa bencana
- 10.00 pagi

10.00 pagi
14 Minum pagi
SEPTEMBER - 10.30 pagi
2022
10.30 pagi Refleksi
( Rabu )
- 12.00 tengah hari Persediaan ke lapangan

12.15 tenga hari –


Majlis Perasmian Penutup
1.00 petang

1.00 petang
Rehat dan makan tengah hari
- 2.15 petang

2.30 petang Bersurai


13.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif pelaksanaan program yang telah ditetapkan. Selain itu, program ini
sememangnya akan memberi banyak manfaat kepada sukarelawan dari komuniti belia
setempat. Ini kerana pihak urusetia telah menyediakan telah membuka ruang dan
peluang kepada para belia untuk turut serta menyumbang bakti menyalurkan
sumbangan yang disalurkan.

Semoga menerusi usaha murni ini, kita akan dapat memupuk keyakinan dan
membentuk kesihatan jasmani para pelaksana dan peserta agar prihatin, bijak dan mahir
dalam menangani pelbagai masalah secara efektif dan rasional. Bahkan, diharapkan
juga projek yang dirancang ini akan mendatangkan manfaat, faedah dan kebaikan yang
tidak terhingga banyaknya buat golongan sasaran.

Disediakan oleh ;

SIJIL KELULUSAN PERTUBUHAN

Anda mungkin juga menyukai