Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA


DI
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
&
POLITEKNIK PERMATANG PAUH PULAU PINANG

Disediakan oleh:
PN. FAZLINA BT. MUHAMAD ALI
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN WIDURI
SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG
PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA 2017
DI KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA &
POLITEKNIK PERMATANG PAUH PULAU PINANG

1.0. PENGENALAN
Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya
boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah . Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh
murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-
murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya
atau dapat mengambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju
kecemerlangan diri. Murid-murid juga akan dibawa melawat ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Awam di Pulau Pinang iaitu Kolej Komuniti Seberang Jaya dan Politeknik Seberang Perai bagi
mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi selepas selesai persekolahan nanti.

2.0. MATLAMAT

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan menanam minat untuk belajar
hingga ke menara gading.

3.0. OBJEKTIF

3.1. Murid-murid dapat pendedahan tentang suasana pembelajaran di Intitut Pengajian Tinggi
3.2. Menanam minat belajar pelajar terhadap bidang Sains & Teknologi.

4.0. SASARAN

Pelajar dari setiap tingkatan yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam
pelajaran seramai 40 orang dan 4 orang guru.

5.0. JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 6 November 2017 (ISNIN) dan 14 November 2017
(SELASA)

6.0. KAEDAH PELAKSANAAN

6.1. Lawatan
6.2. Dialog
6.3. Taklimat Kemasukan Ke IPTA
6.4. Demonstrasi

7.0. JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Mariyani Bt. Malek
Naib Pengerusi : Pn. Siti Sara Bt. Arsyad
Setiausaha : Pn. Fazlina Bt. Muhamad Ali
AJK : En. As B. Hassan
: En.Zulkifli Bin Saibi
: Pn.Siti Zaleha Bt.Jidin

8.0. KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan
Sewa Bas ke Kolej Komuniti Seberang Jaya RM 350.00
Sewa Bas ke Politeknik Seberang Perai RM 350.00
Makan & Minum @ 40 orang x RM6.50 x 2 hari RM 520.00
-------------------
JUMLAH RM 1220.00
-------------------
Peruntukan Wang menggunakan Wang Sekolah Transformasi.

9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI

6/11/2017 7.00 pagi Bertolak Ke Kolej Komuniti Seberang Jaya


Isnin 8.00.pagi Tiba
8.15 pagi Taklimat Kemasukan Fasa 1
9.30 pagi Lawatan Sekitar
10.30pagi Makan Pagi
11.00pagi Demonstrasi Multimedia
1.00 petang Makan Tengahari dan Solat
2.30 petang Taklimat Kemasukan Fasa 2
3.30 petang Demonstrasi Pendawaian Elektrik
5.00 petang Tiba di SMK Taman Widuri

14 /11/2017 7.00 pagi Bertolak Ke Politeknik


Selasa 8.00.pagi Tiba
8.15 pagi Taklimat Kemasukan Fasa 1
9.30 pagi Lawatan Sekitar
10.30pagi Makan Pagi
11.00pagi Demonstrasi Robotik
1.00 petang Makan Tengahari dan Solat
2.30 petang Taklimat Kemasukan Fasa 2
3.30 petang Demonstrasi Elekronik
5.00 petang Tiba di SMK Taman Widuri
10.0. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMK Taman
Widuri sekolah yag berprestasi cemerlang . Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak
yang dengan ikhlas memberikan sumbangan dan kerjasama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… …………………………………
( FAZLINA BT. MUHAMAD ALI ) (MARIYANI BT. MALEK )
Setiausaha Pengetua,
SMK TAMAN WIDURI SMK TAMAN WIDURI
.

Anda mungkin juga menyukai