Anda di halaman 1dari 3

SMK TAMAN WIDURI 14200 SG.

JAWI SPS

KERTAS KERJA

AMALAN GURU PENYAYANG:

PROGRAM SAYANGI DAKU

2016

1.0 Pendahuluan

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan amalan
penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti
dan masyarakat.

2.0 Rasional

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah agar menjadi role model kepada pelajar .

3.0 Matlamat

Membantu ibu bapa umumnya dan membantu pelajar kursusnya pelajar miskin dan yatim piatu
dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

4.0 Objektif

3.1 Untuk melahirkan warga SMK Taman Widuri yang perihatin dan mempunyai sikap tolong
menolong sesama manusia.

3.2 Untuk melahirkan warga SMK Taman Widuri yang cemerlang dalam bidang akademik dan
sahsiah.

3.3 Untuk melahirkan warga SMK Taman Widuri yang menghormati serta menyayangi satu sama
lain dalam hidup bermasyarakat.

5.0 Tentatif Program

AMALAN GURU PENYAYANG


PROGRAM SAYANGI DAKU 2016
TARIKH : 23 JUN 2016 DAN 29 JUN 2016
MASA : 7.30 - 8.10
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP
SASARAN: PENERIMA SUMBANGAN DAN WARIS

ATURCARA : 7.30 : Ketibaan Jemputan


: Bacaan Doa
: Ucapan Pengetua
: Ucapan PIBG/Ucapan Pegawai MSU
: Penyampaian Sumbangan
6.0 Ahli JawatanKuasa Kerja

PENGERUSI
Pn. Mariyani Bt. Malek (PENGETUA)

NAIB PENGERUSI
Pn Siti Sara Bt. Arsyad (PK HEM)
En Bujang B Sayem (PK PENTADBIRAN)
Cik Sazni Bt Ibrahim (PK KOKU)
PENYELARAS
Pn. Fazlina Bt. Muhamad Ali (GBK)
SETIAUSAHA
Pn. Zurina Bt. Ismail

AJK SIARAYA - Menyediakan PA system di Dewan Tertutup


En. Zulkifli B. Ahmad Saibi
AJK PERSIAPAN TEMPAT
En. Mohamad Daud B. Ahmed - Menyusun kerusi dan sofa vip
En. Mohamad Putera B. Idris
AJK PENYAMBUT TETAMU & PERHUBUNGAN - Menjemput YDP PIBG ke majlis.
En. Hassan B. Nayan
AJK PENYEDIAAN SUMBANGAN - Membuat promosi sumbangan dan mendapatkan
sumbangan
Pn. Fazlina Bt. Muhamad Ali
- Menyediakan bahan sumbangan untuk disampaikan
Pn. Che Norizum Bt. Che Yaakob kepada penerima sumbangan
- Menyusun bahan sumbangan untuk disampaikan
Pn. Saniza Bt. Ibrahim
dalam majlis
AJK PENGACARA MAJLIS
Pn Nurul Sakinah Bt. Isa - Mengendalikan majlis mengikut aturcara
AJK PENGURUS PENERIMA SUMBANGAN - Menyusun penerima sumbangan
Pn. Rasitah Bt. Ibrahim
Pn. Rohana Bt. Jaafar
AJK BACAAN DOA
En. Helmi B. Shafie - Membaca Doa
AJK DOKUMENTASI
- Menyediakan laporan
Pn. Zurina Bt. Ismail
Cik. Salwati Bt. Salleh - Mengambil gambar

7.0 Kos

Perbelanjaan : Kutipan Wang Sumbangan : RM 2755.00

Wang Sumbangan MSU : RM 1000.00

Sumbangan diserahkan kepada 38 orang waris pelajar berupa wang RM 50.00 dan beras
sebanyak 10 kilogram setiap seorang.

8.0 Penutup

Diharap program ini akan mencapai matlamat dan objektif seperti yang diharapkan. Pihak sekolah
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG, para waris dan semua warga SMK Taman Widuri
kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan hasrat murni ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………… ……………….

FAZLINA BT. MUHAMAD ALI PN MARIYANI BT MALEK

Guru Bimbingan & Kaunseling SMKTW Pengetua SMK Taman Widuri, SPS

Anda mungkin juga menyukai