Anda di halaman 1dari 8

MASJID TANAH MERAH

TANAH MERAH, KELANTAN


2011

KERTAS KERJA
PROGRAM TADAH KITAB UNTUK PELAJAR SEKOLAH

ANJURAN
MASJID TANAH MERAH

DENGAN KERJASAMA
SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR TANAH MERAH

TARIKH

13 - 17 / 3 / 2011

TEMPAT

MASJID TANAH MERAH

KERTAS KERJA
KERTAS KERJA PROGRAM TADAH KITAB HIDAYAH SALIKIN
2011
1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
daripada Yang Berusaha Tuan Imam, Masjid Tanah Merah, bagi mengadakan program tadah
kitab Hidayah Salikin dengan menggunakan paparan di skrin (menggunakan kemudahan
teknologi ict) dalam penyampaian tsaqafah ilmiyah dalam bentuk terkini. Kertas kerja ini
juga dikemukakan untuk memohon penyediaan tempat dan sedikit peruntukan kewangan dari
pihak masjid bagi pelaksanaan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Tradisi menadah kitab adalah tradisi ilmu Islam sejak turun menurun dan telah melahirkan
ramai para ulamak. Sistem tadahan kitab sebenarnya sistem yang memastikan tiada maklumat
ilmu yang penting tertinggal dalam penyampaian ilmu agama. Sistem ini kian pupus di telan
zaman dengan kesibukan kehidupan kini. Sistem ini sepatutnya diteruskan lagi dengan
penggunaan teknologi ict seperti kuliah-kuliah syarahan kitab yang telah direkodkan
dipersembahkan kembali kepada mereka yang belum mengikuti kuliah tersebut dengan
bentuk program jangka pendek intensif. Ia adalah alternatif dan bukanlah bermaksud untuk
terus meninggalkan sistem asal iaitu guru benar-benar berada didepan kita. Alangkah ruginya
kita tidak mahu memanfaatkan dalam ruangan teknologi yang ada untuk mempercepatkan
lagi penyebaran ilmu agama dan dakwah disamping dengan cara inilah teknologi ini boleh
digunakan kepada perkara kebaikan yang menggantikan penggunaan teknologi dalam perkara
yang salah.

2.0 RASIONAL

Pelajar kita semasa cuti ada kelapangan masa yang sepatutnya di isi dengan program yang
membina syakhsiah dan ilmu. Bukan sahaja program tadah kitab ini menyampaikan ilmu
tersebut tetapi disebaliknya mengajar pelajar teknik-teknik atau sistem pengurusan dalam
pengendalian program keilmuan berteraskan penggunaan teknologi ict.

3.0 MATLAMAT

Pelajar-pelajar dapat mendapatkan sumber ilmu yang padat dengan perbincangan tentang
akidah, ibadah, tasawuf dan akhlak dari pembentangan kuliah syarah kitab hidayah salikin
yang disampaikan oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman musyrif Pondok Sungai Durian yang
juga pensyarah KIAS. Syarahannya ringkas, padat, ilmiah, tidak berjela-jela dan mudah
difahami sehingga ia sangat sesuai untuk pembelajaran kitab sehingga habis. Hadis-hadis
sahih atau lemah di tahrijkannya dan juga perbezaan dan khilaf di terangkannya mana hujah
yang kuat atau lemah.

4.0 OBJEKTIF

Pelajar-pelajar tertentu dan terpilih yang ada minat mendalam dapat membetulkan akidah,
ibadah dan akhlak dengan ilmu yang benar dan sederhana serta dapat memahirkan diri dalam
perolehan ilmu melalui penggunaan teknologi ict dan membina kreativiti dalam penyampaian
dakwah. Ilmu yang diterima melalui menyelesaikan syarah satu-satu kitab sangat penting dan
lebih menyeluruh penguasaan terhadap ilmu tersebut berbanding dengan cara universiti yang
ambil sekerat-sekerat di beberapa tempat tertentu sahaja. Begitu juga pelajar-pelajar dapat
belajar sistem pengurusan dan penggunaan ict yang lebih baru dalam bentuk penyampaian
dakwah dan ilmu masa kini yang seterusnya dapat menghasilkan inovasi yang lebih baik dari
yang ada sekarang apabila mereka menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

1
5.0 TEMA

”TADAH KITAB TRADISI ILMU YANG HEBAT MELALUI PENGGUNAAN ICT”

6.0 PELAKSANAAN

SEKOLAH TARIKH TEMPAT HARI


SEKOLAH SABTU SELEPAS ISYAK –
MENENGAH MASJID PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT.
SEKITAR 13 - 17 / 03 / 2011 (GUNA LCD AHAD – RABU (TADAH KITAB) KHAMIS
TANAH PROJEKTOR) (PEPERIKSAAN) – PETANGNYA
MERAH (PEMBAHAGIAN SIJIL PENYERTAAN)

7.0 PENGANJUR

MASJID TANAH MERAH bersama dengan SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH


SEKITAR TANAH MERAH

8.0 PENYERTAAN (Rujuk Senarai Nama Pelajar yang dilampirkan) – Lampiran 2

8.0 PENSYARAH & FASILITATOR

Pensyarah kitab : Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Musyrif Pondok Sungai Durian yang juga
Pensyarah Kias. Dia adalah lepas PhD dari Universiti Madinah yang agak
sukar untuk rakyat Malaysia mendapatkannya)

Fasilitator : Cikgu Aznan bin Hamat

9.0 FORMAT PENYAMPAIAN PROGRAM:

i) Pendaftaran hanya RM10.00 setiap pelajar


ii) Dan ini termasuk dengan harga buku Hidayah Salikin (RM 3.50)
iii) Penyampai Kuliah – Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pensyarah Kias dan juga
Musyrif Pondok Sungai Durian)
iv) Pelajar juga diwajibkan menyediakan nota
v) Pelajar melihat syarahan di skrin sambil mencatat nota sama ada di dobitkan di
tepi kitab atau di buku nota masing-masing
vi) Selepas habis kesemua kuliah pelajar di minta menjawab 100 soalan objektif
pada hari berikutnya.
vii) Pelajar akan diberikan sijil penyertaan dengan disebutkan markah peperiksaan
dan juga % kehadiran

2
10.0 TENTATIF PROGRAM INTENSIF 5 HARI

SABTU (12 MAC 2011)

9.00 – 10.00 mlm : Pendaftaran dan Taklimat Program

AHAD (13 MAC 2011)

8.00 – 10.00 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 1 – 3


10.00 – 10.30 pagi : Rehat dan mesti Tidur
10.30 – 12.30 tgh : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 4 – 6
12.30 tgh – 3.00 ptg : Solat Zohor, Makan dan WAJIB TIDUR
3.00 – 4.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 7 – 8
5.30 – 6.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 9
9.00 – 11.00 mlm : Tayangan Kuliah Dr Basit 10 – 12

ISNIN (14 MAC 2011)

8.00 – 10.15 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 13 – 15


10.15 – 10.45 pagi : Rehat dan mesti Tidur
10.45 – 1.00 tgh : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 16 – 18
1.00 tgh – 3.00 ptg : Solat Zohor, Makan dan WAJIB TIDUR
3.00 – 4.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 19 – 20
5.30 – 6.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 21
9.00 – 11.00 mlm : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 22 – 24

SELASA (15 MAC 2011)

8.00 – 10.30 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 25 – 27


10.30 – 11.00 pagi : Rehat dan mesti Tidur
11.00 – 1.00 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 28 – 30
1.00 tgh – 3.00 ptg : Solat Zohor, Makan dan WAJIB TIDUR
3.00 – 4.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 31 – 32
5.30 – 6.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 33
8.00 – 10.00 mlm : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 34 – 36

RABU (16 MAC 2011)

8.00 – 9.45 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 37 – 39


9.45 – 10.15 pagi : Rehat dan mesti Tidur
10.15 – 12.45 pagi : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 40 – 42
12.45 tgh – 3.00 ptg : Solat Zohor, Makan dan WAJIB TIDUR
3.00 – 4.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 43 – 44
5.30 – 6.30 ptg : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 45
8.00 – 10.00 mlm : Tayangan Kuliah Dr Basit Siri 46 – 48

KHAMIS (17 MAC 2011)


9.00 – 11.00 pagi – EXAM
2.00 - 4.30 petang – Sesi Soal Jawab, Ucapan Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan
oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman
Untuk Jadual masa kuliah yang detail sila rujuk Lampiran 1

3
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Pendapatan:

i) Yuran (100 orang X RM 10) RM 1000.00


ii) Masjid (makanan)(100 orang X RM 10) RM 3000.00
Semua kos perbelanjaan makanan sebanyak RM 3000 dipohon daripada peruntukan Masjid
Tanah Merah Kelantan.

11.2 Perbelanjaan:

BIL Butir-Butir Perbelanjaan Kuantiti Harga Jumlah Harga


1 Sijil 100 RM 100.00 RM 100.00
2 Makanan 100 orang RM 30 RM 3000.00
3 Kitab 100 orang RM 3.50 RM 350.00
4 Derma Pondok Sg Durian - RM 450.00 RM 450.00
5 Kontigensi (lain-lain) RM 150.00 RM 100.00
RM 4000.00

13.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

i) Pengarah : Cg. Aznan bin Hamat (Pengarah Program)


ii) Timbalan Pengarah :
iii) Setiausaha :
iv) Penolong Setiausaha :
v) Bendahari :
vi) Penolong Bendahari :
vii) AJK :

4
14.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja KERTAS KERJA PROGRAM TADAH KITAB


HIDAYAH SALIKIN 2011 ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak
Yang Berusaha Tuan Imam Masjid Tanah Merah. Segala kerjasama daripada pihak Yang
Berusaha Tuan Imam amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Kami juga sangat berharap agar PROGRAM TADAH KITAB HIDAYAH SALIKIN 2011 ini akan
berjaya mencapai matlamat dan objektifnya dan seterusnya memberikan pengalaman serta
pendedahan yang bernilai kepada para pelajar yang terlibat dan seterusnya mereka pula dapat
mengaplikasikan pengalaman ini di masa hadapan mereka untuk masa depan dakwah dan
umat Islam.

Disediakan oleh:

t.t..................................................
(nama: Aznan bin Hamat)
Pengarah PROGRAM TADAH KITAB HIDAYAH SALIKIN 2011
MTS Tanah Merah, Kelantan

5
15.0 SOKONGAN IMAM MUDA MASJID TANAH MERAH PROGRAM TADAH
KITAB HDAYAH SALIKIN 2011

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong ** PROGRAM TADAH KITAB


SELEPAS HIDAYAH SALIKIN 2011 anjuran Masjid Tanah Merah, dengan
kerjasama Sekolah-sekolah menengah sekitarTanah Merah Kelantan pada tempat dan
tarikh tersebut

Ulasan:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

............................................. ......................................................
Tandatangan Imam Muda (Nama dan Cop Jawatan)
Masjid Tanah Merah
Kelantan

Tarikh :

6
16.0 KELULUSAN IMAM TUA MASJID TANAH MERAH

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan ** PROGRAM TADAH KITAB


SELEPAS HIDAYAH SALIKIN 2011 anjuran Masjid Tanah Merah, dengan
kerjasama Sekolah-sekolah menengah sekitar Tanah Merah Kelantan pada tempat dan
tarikh tersebut. Saya juga meluluskan kos makanan dari wang masjid kepada peserta
sebanyak ___________.

Ulasan:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

............................................. ......................................................
Tandatangan Imam Tua (Nama dan Cop Jawatan)
Masjid Tanah Merah
Kelantan

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai