Anda di halaman 1dari 3

111

DIPLOMA PENDIDIKAN

BAHAGIAN PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

______________________________________________________

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

SGDT 4013

TUGASAN INDIVIDU: KAEDAH DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

PENSYARAH:

Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Shaari

DISEDIAKAN OLEH:

Mohd Yusri Bin Ahmad

202175

TARIKH PENYERAHAN: 30 APRIL 2010


Hasil Pembelajaran:

Para pelajar akan dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai 6 Etika Peperangan Dalam
Islam dan etika-etika yang tidak sepatutnya berlaku dalam peperangan menurut Islam.

Mata Pelajaran: Pendidikan Syariah Islamiah Topik: Peperangan Dalam Islam

Kaedah aplikasi teknologi dalam pengajaran:

Bermula sesi kelas, 5 minit pertama ( set induksi ), guru membawa LCD portable ke kelas
dan sebuah laptop. Mulakan sesi tayangan dengan memainkan video-video yang berkaitan
peperangan. Guru boleh mendapatkan bahan-bahan klip video tersebut dengan membelinya di kedai-
kedai. Contoh-contoh CD yang boleh dimainkan ialah seperti klip video Perang Iraq, Fenomena
Peperangan Di Palestin, Ar-Risalah ( Video Sirah Peperangan Rasulullah S.A.W. ), Airmata Bosnia
dan seumpamanya.

Selepas sesi tayangan ( 5-8 minit ), taburkan soalan kepada pelajar berkaitan etika-etika
peperangan yang dapat disaksikan oleh para pelajar dalam klip-klip video berkenaan. Senaraikan
setiap jawapan pelajar dengan menaip terus ke laptop yang telah sedia ditayangkan dengan menaip di
Microsoft Word. Untuk lebih meraih perhatian pelajar, taip nama pelajar yang memberi jawapan di
sebelah jawapan tersebut. Ini memberi galakan kepada pelajar bersaing untuk menjana idea dan
sekaligus meningkatkan fokus pelajar dalam sesi tersebut. Simpan ( Save ) jawapan-jawapan tersebut
dengan nama penjawab-penjawabnya di dalam laptop guru sebagai tanda penghargaan terdapat
pelajar yang melibatkan diri dalam soal-jawab tersebut.

Untuk menghuraikan 6 Etika Peperangan Dalam Islam sebagaimana yang termaktub dalam
buku teks, gunakan keratan-keratan klip video yang telah diubahsuai melalui tayangan LCD tadi.
Setiap etika peperangan tersebut dapat dijelaskan dengan lebih nyata dengan mengambil beberapa
babak dalam cerita filem ‘The Kingdom Of Heaven’ yang jelas menunjukkan etika peperangan
melalui kehebatan angkatan tentera Islam Salahuddin Al-Ayubi yang menentang tentera Salib dalam
filem tersebut. Terdapat babak yang menerangkan etika larangan membunuh wanita, kanak-kanak
dan orang tua, larangan meruntuhkan rumah-rumah ibadat, larangan membakar manusia ( bunuh
dengan kejam ), larangan membunuh manusia yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan
sebagainya yang dapat disaksikan dalam filem tersebut. Selepas kelas, berikan alamat web yang
memberikan info lanjut mengenai peperangan dalam Islam, contohnya ‘embedded code’ untuk video
tertentu dalam web.

Hasil Pembelajaran:

Para pelajar akan dapat menghafaz satu mukasurat penuh Al-Qur’an iaitu mukasurat 108 surah Al-
Maidah dan memperdengarkan hafazan tersebut di hadapan guru untuk dinilai.

Mata Pelajaran: Tahfiz Al-Qur’an Mukasurat: Ms. 108 - surah Al-Ma’idah - Juzu’ 6

Kaedah aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran:

Tempoh 90 minit untuk sesi tersebut dibuat sepenuhnya di bilik APD ( Alat Pandang
Dengar ). Setiap pelajar mengambil tempat masing-masing di setiap sudut individu yang disediakan.
Guru berada di hadapan iaitu sudut yang dapat dilihat oleh setiap pelajar. Sebagai permulaan, guru
menggunakan komputer data server yang disediakan di hadapan yang telah dilengkapi dengan alat-
alat bantuan seperti speaker dan microphone. Guru memainkan bacaan contoh seorang Qari mengikut
mukasurat yang ditetapkan untuk dihafaz pada sesi itu melalui komputer tersebut yang telah
dilengkapi dengan peelbagai perisian Al-Qur’an dan ratusan bacaan contoh. Gunakan LCD yang
telah sedia disambungkan untuk memaparkan muka surat yang berkenaan.

Setelah contoh bacaan tersebut selesai dibacakan, guru menggunakan ‘remote mouse pointer’
yang menggunakan rangkaian ‘bluetooth’ dari komputer tersebut untuk menerangkan hokum-hukum
tajwid yang perlu diambil berat dari setiap ayat yang akan dihafaz. Guru boleh mengulang dengar
bacaan contoh Qari mengikut kalimah-kalimah yang perlu diteliti cara sebutannya. Kemudian,
pelajar mula menghafaz muka surat tersebut dan boleh menggunakan komputer dan
‘headphone+mic’ di hadapan meja masing-masing untuk mendengar semula bacaan yang tepat dan
merekodkan suara hafazan sendiri dan bandingkan dengan bacaan contoh untuk mencapai persamaan
bacaan yang terbaik. Ini dapat dibuat menggunakan sebuah perisian berbayar yang biasa ada di
sekolah-sekolah tahfiz Al-Quran.

Selepas kelas tamat, pelajar boleh menyimpan ( Save ) rekod suara hafazannya dengan
disaksikan seorang pelajar lain di dalam ‘USB’ dan menyerahkan kepada guru untuk didengar dan
dinilai ( pre-test ) sebelum bacaan hafazan itu dibacakan sendiri oleh pelajar kepada guru dalam sesi
kelas berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai