Anda di halaman 1dari 3

Ketika Zaid di dalam Umno, kami semua bekerja keras dan akan turun ke Kota Bharu saban minggu

untuk
memastikan Umno merampas kembali kerusi Parlimen Kota Bharu yang sudah hampir 14 tahun di bawah
bendera Pas dan kemudiannya Keadilan.

Pengorbanan tersebut berbaloi. Pada pilihan raya umum 2004, Zaid yang pada mulanya hendak
diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Kota Bharu tetapi kemudiannya ditukarkan
semula ke kerusi Parlimen setelah ramai orang Umno memprotes keputusan tersebut bertanding untuk
pertama kalinya dan menang.

Malah beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket Umno dengan kesemua tiga DUN di
dalam parlimen berkenaan jatuh ke tangan PAS. Tetapi senario tersebut tidaklah luar biasa bagi Kota
Bharu kerana sejarah telah membuktikan Tengku Ahmad Rithauddeen pernah menang dalam situasi
yang sama di tahun-tahun 1980-an.

Namun apa pun, Zaid tetap catat sejarah. Selepas berbelas tahun Kota Bharu di tangan Pas dan
kemudian PKR, Zaid boleh menang. Di sebalik sikapnya yang liberal dan urban itu dia diterima oleh orang
Kota Bharu tanpa sebarang masalah.

Sebabnya kerana Zaid dilihat sebagai anak tempatan dari keluarga yang miskin tetapi berjaya dalam
hidup atas daya usahanya sendiri. Dia juga membawa lambang anak Kelantan yang boleh diteladani
dalam kejayaan hidup dan kerjaya juga atas kerja-kerja kebajikan yang diusahakannya.

Pada masa yang sama seorang lagi peguam yang turut berkhidmat di firma Zaid iaitu Datuk Seri Azalina
Osman Said juga bertanding di Penggerang, Johor turut menang. Ini bermakna ZICO berjaya melahirkan
dua orang ahli Parlimen serentak.

Tetapi malangnya, selepas itu dalam pembentukan kabinet Pak Lah, Azalina dan bukannya Zahid yang
terpilih sebagai menteri. Ini sedikit sebanyak merencatkan kemajuan politik Zaid dalam Umno.

Hendak dijadikan cerita, lebih kurang dua tahun kemudian, berlaku pergolakan dalam Umno Bahagian
Kota Bharu yang akhirnya menyaksikan Zaid digantung daripada jawatannya sebagai ketua Umno Kota
Bharu dan timbalannya Datuk Fatmi Che Salleh dilantik untuk memangku jawatan ketua.
Dan apabila hukuman ke atas Zaid tamat, malangnya beliau tidak dikembalikan ke jawatan lamanya itu
tetapi sebaliknya Fatmi terus kekal memegang jawatan tersebut.

Kemudian pada pilihan raya umum Mac 2008, atas pergolakan yang berlaku dalam Umno Kota Bharu,
Zaid tidak terpilih semula sebagai calon dan tempatnya diganti oleh Fatmi. Fatmi bertanding tetapi tewas
di tangan calon Pas. Akhirnya kerusi Kota Bharu kembali ke tangan Pas hanya selepas sepenggal dirampas
oleh Umno.

Walaupun Zaid tidak bertanding tetapi Pak Lah tanpa diduga membuat kejutan dengan melantik Zaid
dalam barisan kabinetnya. Ironinya semasa beliau menang pada tahun 2004 beliau tidak diberi apa-apa
jawatan tetapi bila tak bertanding pula diberi jawatan. Beliau dipertanggungjawabkan potfolio undang-
undang - iaitu untuk membuat reform dalam sistem perundangan negara.

Sekali lagi, Zaid berhadapan dengan halangan dan cabaran. Tidak semua idea yang dilontarkannya di
dalam kabinet diterima oleh jemaah menteri walaupun PakLah banyak memberi lampu hijau kepadanya
untuk menjalankan reform dalam sistem perundangan negara.

Tetapi tak tahulah apa yang tidak kena, mungkin gayanya ke atau pembaharuan yang hendak dibawanya
ke yang tidak sesuai dengan majoriti jemaah menteri dan orang Umno, akhirnya Zaid ‘memberontak’.
Tidak sampai beberapa bulan, beliau melepaskan jawatannya dalam kabinet. Penahanan seorang
wartawan dan ahli parlimen dari DAP di bawah ISA mendorong Zaid untuk melepaskan jawatan menteri.
Mungkin sifat tidak sabarnya dalam bekerja telah menyebabkan beliau merasakan segala apa yang
hendak diusahakannya diperlahankan oleh pelbagai halangan.

Zaid yang mempunyai pemikirannya sendiri bukanlah seorang yang mudah untuk dikawal. Tidak lama
kemudian beliau muncul dalam majlis-majlis pembangkang. Umno akhirnya memecat Zaid dan PKR
membuka pintu.

Dan di dalam PKR pun, beliau tidak terlepas daripada masalah dan pada waktu-waktu tertentu dilihat
sebagai pembuat masalah oleh kepimpinan PKR sendiri. Walaupun Zaid diberi peranan penting iaitu
untuk merangka pelan induk yang dapat menyatukan PR sebagai sebuah entiti yang lebih kukuh,
tersusun dan mampu menjadi alternatif kepada BN tetapi gerakan beliau tidak disenangi oleh fraksi
tertentu di dalam PKR.

Ketika penulis menemui Zaid sewaktu pelancaran bukunya “Saya Juga Melayu...” beberapa bulan lalu,
Zaid dengan mimik mukanya yang tipikal menyatakan rasa kecewanya apabila Anwar Ibrahim tidak
membenarkannya berkunjung ke Sabah untuk menghadiri undangan Dr Jefrey Kittingan yang sedang
bermasalah dengan Naib Presiden, Azmin Ali.

Anda mungkin juga menyukai