Anda di halaman 1dari 8

SK TAN SRI GHAZALI JAWI

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
SEKOLAH SKTSGJ
TAHUN 2022

TARIKH : 18 FEBRUARI 2023


HARI : SABTU
TEMPAT : SKTSGJ
MASA : 5.00 PAGI – 12.00 MALAM

Anjuran Bersama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan

1
Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K)
VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan ke
tahap optima dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .

Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan


kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

2
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Kursus Kepimpinan


Pengawas-Pengawas Sekolah atau dikenali dengan Kem Khalifah Muda

2.0 PENDAHULUAN

Kursus ini diadakan bagi menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan pemimpin-
peminpin sekolah SKBM Kursus ini dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Badan Disiplin dan Pengawas, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Unit Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pemimpin murid di sekolah haruslah mempunyai daya kepimpinan yang baik agar
pemimpin yang bakal lahir ini adalah bermatlamat, berwawasan dan berintergriti.
Pemimpin murid harus mempunyai jati diri yang kukuh, mengenali kemampuan diri sendiri
secara menyeluruh dan bersedia menerima perubahan persekitaran yang akan dihadapi
oleh mereka.

Secara keseluruhan kursus ini dapat memberikan satu pengalaman, perkongsian dan
pengetahuan yang baharu mengenai keperibadian unggul seorang pemimpin yang disegani
oleh semua warga sekolah. Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai satu panduan yang
boleh digunakan pada masa akan datang.

3.0 RASIONAL

Murid yang terpilih sebagai pemimpin perlu diberi ilmu yang bersesuaian dengan bidang
mereka. Mereka perlu dibentuk sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani
oleh semua. Seorang bakal pemimpin pelajar, perlu mengenali, menganalisis kekuatan dan
potensi diri mereka. Ini membolehkan mereka terus mengekalkan kecemerlangan dalam
bidang akademik dan kokurikulum. Di samping itu mereka dapat menyumbang tenaga dan

3
idea kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk iklim sekolah yang sihat, harmoni dan
bertoleransi, ceria dan penuh kasih sayang serta cemerlang dalam semua bidang.
4.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat memberikan satu pengalaman dari aspek kepimpinan dalam
kalangan pemimpin sekolah, Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat
Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Pemimpin diharap dapat memupuk sikap
bertanggungjawab, berdedikasi dan dapat menjadi pemimpin yang berkebolehan dalam
memimpin organisasi di sekolah dan seterusnya di peringkat yang lebih mencabar pada
masa hadapan. Program ini juga dapat memupuk nilai-nilai murni jiwa pemimpin yang
berakhlak mulia dan berketerampilan tinggi.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menanamkan sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama,
bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di
sekolah.
5.2 Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama,
bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan
mempunyai wawasan yang baik.
5.3 Mengetahui limitasi peranan dan tugas yang dimainkan sebagai pengawas,
pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan pemimpin unit-unit
yang lain.
5.4 Meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam
menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah
atau asrama.

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 27 Februari – 1 Mac 2015


Hari : Jumaat - Ahad
Tempoh Masa : 3 hari 2 malam
Tempat : SK Batu Muda, Kuala Lumpur

4
7.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 200 orang murid terdiri daripada Pengawas Sekolah,
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas PSS dan Pengawas SPBT, agihan seperti
berikut :
7.1 Pengawas Sekolah : 70 murid
7.2 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) : 50 murid
7.3 Pengawas PSS : 50 murid
7.4 Pengawas SPBT : 30 murid
JUMLAH : 200 murid

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Tuan Kamariah Binti Nik Sin (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En Mohd Razif Bin Mohd Tahir (GPK TK)
Naib Pengerusi 1 : Pn Hashafa Binti Husin (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Abdullah Bin Shuib (GPK KOKO)
Setiausaha : Pn Sharifah Maizatul Zuraida (GBKSM)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program ini adalah seperti di Lampiran 1

5
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH (RM)
1 Makanan dan 200 murid X RM30.00 RM 6,000.00
Minuman
(RM30 utk makan 3 hari 2 malam
(11 kali makan dan minum)
2 Bayaran Profesional RM 1,500.00
Konsultan

3 Alat Tulis 200 murid X RM2.00 RM 400.00


4 Hadiah 10 hamper X RM35.00 RM 350.00
5 Banner 1 banner X RM100.00 RM 100.00
6 Runcit dan Pelbagai RM 100.00
Jumlah Keseluruhan RM 8,450.00

10.2 Sumber Kewangan


1) Peruntukan PCG Kaunseling
- Alat Tulis RM 400.00
- Banner RM 100.00
Jumlah RM 500.00
2) Sumbangan PIBG dan lain-lain
- Sumbangan Profesional Konsltan RM1,500.00
- Hadiah RM 350.00
- Runcit dan Pelbagai RM 100.00
Jumlah RM1,950.00

3) Kutipan para peserta


- Makanan dan Minuman
(RM30.00 x 200 murid) RM 6,000.00

JUMLAH BESAR RM 8,450.00

6
11.0 TENTATIF KEM KHALIFAH MUDA

Sila rujuk Modul Kepimpinan Kem Khalifah Muda yang dikepilkan bersama.

TARIKH/ MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA

Solat Subuh Solat Subuh


5.30 - 7.00 pagi
& Santapan Jiwa & Santapan Jiwa

7.00 - 8.00 pagi Kendiri & Sarapan Kendiri & Sarapan


Aktiviti 4
Aktiviti 8
8.00 – 10.00 pagi Ceramah
Bengkel
(Aku Khalifah Hebat)

10.00 - 10.30 pagi Minum pagi Minum pagi

Penilaian dan Majlis


Aktiviti 5
Penutup
10.30 – 12.30 tgh ”Ya Tuan..Tidak Tuan..”
Kendiri
12.30-2.00 ptg Makan & Solat Zohor

Pendaftaran
Aktiviti 6
&
2.30 - 4.30 petang “Kembara Minda”
Taklimat

Solat Asar Solat Asar


4.30 - 5.00 petang Minum Petang Minum Petang

Aktiviti 1
Sukaneka / Riadah
5.00 - 6.30 petang Pecah Bendungan &
Pembinaan Kumpulan

Makan malam & Solat & Makan malam & Solat &
6.30 - 9.00 malam Kuliah Maghrib / Isya’ Kuliah Maghrib / Isya’

Aktiviti 7
Aktiviti 2
9.00 - 10.30 malam “Ranjau Sepanjang
Dari Hati Ke Hati
Jalan”

Minum malam dan


10.30 - 11.00 malam istirahat
Minum malam dan
istirahat
Aktiviti 3
12.30 malam Jejak Bertapak

 Aktiviti 3 – Jejak Bertapak : Aktiviti ini dirahsiakan daripada peserta dan tidak dinyatakan di dalam buku
program. Dijalankan sebagai kejutan kepada peserta.

7
12.0 PENUTUP

Program ini banyak membantu murid khasnya pemimpin-pemimpin murid menjalankan


tugas dan memainkan peranannya dengan berkesan di sekolah. Semangat setia kawan,
kerjasama, dan toleransi semasa menjalankan tanggungjawab masing-masing akan dapat
diterapkan. Sifat beramanah, hormat menghormati dan berkasih sayang juga dapat dipupuk
dengan berkesan. Selain dari itu, pelbagai kemahiran yang membantu perkembangan
potensi diri peserta seperti kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi dapat diberikan
dengan berkesan.

Dengan itu dicadangkan agar pihak sekolah dan PIBG terus berusaha untuk menganjurkan
kursus-kursus yang seumpama ini. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak
khususnya daripada guru-guru sekolah ini dan ibu bapa murid Program seumpama ini
dapat dijayakan dengan berkesan dan dengan kos yang minima. Adalah diharapkan
Kursus Kepimpinan Pelajar atau Kem Khalifah Muda ini akan dapat membantu murid
merealisasikan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang
dan melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang,

Disediakan oleh,

(SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA BT SYED MUSTAPHANIN)


Penyelaras, ,
Kem Khalifah Muda 2015

Diluluskan oleh,

(TUAN KAMARIAH BT NIK SIN)


Guru Besar
SK Batu Muda ,

Anda mungkin juga menyukai