Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR

KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR & SPM 2002

1.0. PENDAHULUAN

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
adalah amat penting dalam menentukan masa depan para pelajar. Setiap pelajar
pastinya inginkan keputusan yang cemerlang. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak
sekolah terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam
peperiksaan tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit
Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah
mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar
kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.

2.0. OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar:


2.1. Pelajar mengetahui cara dan strategi menjawab soalan peperiksaan.
2.2. Pelajar bertambah yakin untuk menghadapi peperiksaan yang bakal
ditempuhi.
2.3. Pelajar dapat menilai sejauh mana persediaannya untuk menghadapi
peperiksaan.
2.4. Pelajar dapat menambah kefahamannya terhadap mata pelajaran yang
dipelajari.

3.0. SASARAN

Anak-anak Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tingkatan 3 dan


Tingkatan 5 SMK. Batu Empat yang tinggal di Mukim Changkat Jong/Langkap.

4.0. PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 26, 27 dan 28 Julai 2002


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : SMK. Batu 4, Teluk Intan, Perak.

5.0. KAEDAH PELAKSANAAN

5.1. Ceramah;
5.2. Bengkel;
5.3. LDK (Latihan Dalam Kumpulan);
5.4. Riadah/rekreasi.

6.0. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad


(Pengetua SMAT)
Penghulu Mukim Changkat Jong/Langkap

Pengerusi : En. Mohamad. Ramli B. Mokiat


(Guru Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj. Elias B. Abd. Hamid


(Guru Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd. Mudasir B. Yunos


(Guru Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

7.0. KEWANGAN

Sumber
Yuran Penyertaan 100 x RM10.00 RM 1000.00
Sumbangan Pembangunan Luar Bandar RM 850.00
Sumbangan PIBG RM 500.00
Wang SUWA RM 350.00
--------------
JUMLAH RM2700.00
---------------
Perbelanjaan
Makanan & Minuman 100 x RM6.00 x 3 hari RM 1800.00
Penginapan RM 200.00
Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) RM 220.00
Saguhati penceramah 6 org x RM80.00 RM 480.00
---------------
JUMLAH
RM2700.00
---------------

8.0 JADUAL PROGRAM MOTIVASI PMR 2002

Masa/Hari Jumaat Sabtu Ahad


5.30pg-6.00pg P e r s i a p a n D i r i
6.00pg.-7.00pg. Solat Subuh/ Kuliah Subuh
7.00pg.-8.00pg. R I A D A H
8.00pg.-8.30pg. S a r a p a n P a g i
8.30pg.-10.00pg. LDK 1 Ceramah 2
10.00pg.-10.30pg. Kudapan Pagi
10.30pg.-12.30tgh. LDK 2 Bengkel/P.Tindakan
12.30tgh.-2.15ptg. Makan Tengahari / Solat Zohor/Penutup
2.15ptg.-3.45ptg. LDK 3
3.45ptg.-5.15ptg. PENDAFTARAN LDK 4
5.15ptg.-5.45ptg. PESERTA Solat Asar/Minum
5.45ptg.-6.45ptg. Riadah
6.45ptg.-7.15mlm. Persiapan Diri/ Makan Malam
7.15mlm.-9.15mlm. S o l a t M a g h r i b / Tazkirah/Solat Isyak
9.15mlm.-10.45mlm. Dinamika Kumpulan Ceramah 1
10.45mlm.-11.00mlm. M i n u m M a l a m
11.00mlm.-5.30pg. R E H A T / T I D U R

9.0. PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan
kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk
membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai