Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN

PMR 2002

Pendahuluan

Merujuk kepada pencapaian semasa pelajar dalam peperiksaan akhir tahun di


Tingkatan 2 dan 4 tahun 2001 , didapati ramai pelajar berpotensi untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang; dan pelajar yang lemah masih ada harapan untuk
dipertingkatkan pencapaian mereka. Oleh itu di atas kesedaran ini pihak sekolah
terutama guru-guru telah bersetuju untuk menyumbangkan tenaga mereka bagi
mencapai matlamat tersebut, disamping adanya permintaan dari PIBG. Dengan ini
diharapkan program-program yang dirancang ini dapat membantu pelajar mengetahui
kekuatan dan kelemahan mereka supaya matlamat peningkatan kecemerlangan
akademik akan tercapai. Pihak guru dan PIBG sedar bahawa para pelajar perlu diberi
kesedaran dan bimbingan bagi mengubah sikap mereka terhadap pelajaran supaya
ingin memperbaiki diri dan inginkan kejayaan demi masa depan mereka.

Objektif

 Berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam pencapaian akademik


(PMR &SPM).
 Meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan PMR & SPM dari segi kualiti dan
kuantiti.
 Berusaha meningkatkan kualiti kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran
terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
 Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif pelajar untuk berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik melalui bimbingan,
ujian dan peperiksaan.
 Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan.
 Untuk mengesan dan membuat penilaian keberkesanan program peningkatan
kecemerlangan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
 Supaya pelajar mengetahui segala bentuk potensi yang ada pada diri mereka dan
sedar bahawa mereka berpontesi menjadi pelajar yang cemerlang.

Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tingkatan tiga yang tinggal di Changkat Jong, Ayer Hitam dan
Langkap.

Pelaksanaan Program

Tarikh : 12, 13 dan 14 April 2002


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah

Kaedah Pelaksanaan

 Ceramah
 Bengkel
 Riadah/rekreasi

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad


(Pengetua SMAT)

Pengerusi : En. Mohamad. Ramli B. Mokiat


(Guru Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj. Elias B. Abd. Hamid


(Guru Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd. Mudasir B. Yunos


(Guru Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Kewangan

Sumber
Yuran Penyertaan 80 x RM10.00 RM 800.00
Sumbangan Penghulu Mukim RM1500.00
--------------
JUMLAH RM2300.00
---------------
Perbelanjaan
Makanan & Minuman 80 x RM6.00 x 2 hari RM 960.00
Penginapan RM 160.00
Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) RM180.00
Tambang bas (pergi-balik) RM600.00
Bayaran penceramah 4 org x RM100.00 RM400.00
---------------
JUMLAH RM2300.00
---------------

JADUAL PROGRAM MOTIVASI SPM 2002

Masa/Hari Jumaat Sabtu Ahad


5.30pg-6.00pg P e r s i a p a n D i r i
6.00pg.-7.00pg. Solat Subuh/ Kuliah Subuh
7.00pg.-8.00pg. R I A D A H
8.00pg.-8.30pg. S a r a p a n P a g i
8.30pg.-10.00pg. Matematik Moden Bahasa Inggeris
10.00pg.-10.30pg. Kudapan Pagi
10.30pg.-12.30tgh. Motivasi Diri Pelan Tindakan
12.30tgh.-2.15ptg. Makan Tengahari / Solat Zohor/Penutup
2.15ptg.-3.45ptg. Bahasa Malaysia
3.45ptg.-5.15ptg. PENDAFTARAN Sejarah
5.15ptg.-5.45ptg. PESERTA Solat Asar/Minum
5.45ptg.-6.45ptg. Riadah
6.45ptg.-7.15mlm. Persiapan Diri/ Makan Malam
7.15mlm.-9.15mlm. S o l a t M a g h r i b / Tazkirah/Solat Isyak
9.15mlm.-10.45mlm. Dinamika Kumpulan Strategi Peperiksaan
10.45mlm.-11.00mlm. M i n u m M a l a m
11.00mlm.-5.30pg. R E H A T / T I D U R

Penutup

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan
kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk
membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai