Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KEM MOTIVASI

PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN


BERKESAN 2002

1. Pendahuluan

Merujuk kepada pencapaian semasa pelajar dalam peperiksaan pertengahan


tahun 2002 , didapati ramai pelajar tingkatan empat berpotensi untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang; dan pelajar yang lemah masih ada harapan untuk
dipertingkatkan pencapaian mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan laporan beberapa orang guru didapati pelajar
tingkatan empat masih belum dapat mengurus masa mereka dengan baik dan
berkesan. Oleh itu, satu program dirancang untuk membantu pelajar ini dalam
pengurusan diri dan masa secara berkesan seterusnya mengenalpasti mengetahui
kekuatan dan kelemahan mereka supaya matlamat peningkatan kecemerlangan
akademik akan tercapai.
Unit ini menyedari bahawa pelajar ini perlu diberi kesedaran dan bimbingan
bagi mengubah sikap mereka terhadap pelajaran supaya ingin memperbaiki diri dan
inginkan kejayaan demi masa depan mereka yang lebih gemilang.

2. Objektif

 Berusaha meningkatkan kecemerlangan tingkatan empat dalam pencapaian


akademik (SPM 2003).
 Meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan SPM dari segi kualiti dan
kuantiti.
 Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif pelajar untuk berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan
kemahiran mengurus masa dengan berkesan;
 Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan.
 Supaya pelajar tingkatan empat mengetahui segala bentuk potensi yang ada
pada diri mereka dan sedar bahawa mereka berpontesi menjadi pelajar yang
cemerlang.

3. Kumpulan Sasaran

Tiga puluh enam (36) pelajar tingkatan empat yang terpilih.

4. Pelaksanaan Program

Tarikh : 11, 12 dan 13 Oktober 2002


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Kem Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak

5. Kaedah Pelaksanaan

 Ceramah
 Bengkel
 Riadah/rekreasi
 Lawatan

6. Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad


(Pengetua SMAT)

Pengerusi : Tn. Hj. Zawi Bin Yahaya


(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi : Pn. Noraini Bt. Jaafar


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

7. Kewangan

Pendapatan
Kutipan dari pelajar 36 X 15.00 RM540.00
Wang Peruntukan Aktiviti Motivasi RM230.00
Wang Peruntukan Bimbingan &Kaunseling RM367.00
-------------
JUMLAH RM1137.00
---------------

Perbelanjaan
Makan/Minum 36 pelajar + 3 guru @RM11.00 RM 429.00
Penginapan RM 100.00
Barangan Runcit (fail, kad manila, filem,dll) RM 108.00
Tambang bas (pergi-balik) RM 500.00
---------------
JUMLAH RM1137.00
---------------

8. Jadual Program

Masa/Hari Jumaat Sabtu Ahad


5.30pg-6.00pg P e r s i a p a n D i r i
6.00pg.-7.00pg. Solat Subuh/ Kuliah Subuh
7.00pg.-8.00pg. R I A D A H
8.00pg.-8.30pg. S a r a p a n P a g i
8.30pg.-10.00pg. Kemahiran Belajar 1 Gotong-royong
10.00pg.-10.30pg. Minum Pagi Lawatan
10.30pg.-12.30tgh. Motivasi Diri Ilmiah
12.30tgh.-2.15ptg. Makan Tengahari / Makan Tengahari
2.15ptg.-3.45ptg. Kemahiran Belajar 2 PULANG
3.45ptg.-5.15ptg. PENDAFTARAN Treasure-Hunt
5.15ptg.-5.45ptg. PESERTA Solat Asar/Minum
5.45ptg.-6.45ptg. Riadah
6.45ptg.-7.15mlm. Persiapan Diri/ Makan Malam
7.15mlm.-9.15mlm. S o l a t M a g h r i b / Tazkirah/Solat Isyak
9.15mlm.-10.45mlm. Ice-Breaking Pengurusan Masa
10.45mlm.-11.00mlm. M i n u m M a l a m
11.00mlm.-5.30pg. R E H A T / T I D U R

9. Penutup

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan
kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk
membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai