Anda di halaman 1dari 4

KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN

1. PENDAHULUAN

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak
sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan satu
kursus kepemimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini.
Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian
pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu
mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas dengan berkesan dan
bertanggung jawab.

2. RASIONAL

Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan


supaya mereka:
2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan;
2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai
pengawas;
2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat
menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.

3. MATLAMAT

Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu
pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar.

4. OBJEKTIF

4.1. Meningkatkan pengetahuan tentang aspek kepimpinan dan kepemimpinan


yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pelajar;
4.2. Membina jati diri yang berpaksikan kepada penguasaan pelbagai kemahiran
termasuk kemahiran asertif, komunikasi interpersonal, menangani tekanan
dan pengamalan nilai murni;
4.3. Mengenalpasti aspek-aspek diri untuk membantu menjana perkembangan
konsep kendiri dan meningkatkan harga diri sebagai seorang pemimpin
pelajar;
4.4. Pengetahuan tentang pengurusan masa, organisasi dan pengurusan sumber
manusia yang ada hubungkait dengan kepemimpinan Badan Pengawas
sekolah;
4.5. Menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam usaha memahami fenomena
konsep kendiri yang rendah dan perlakuan agresif rakan remaja yang
dipimpin;
4.6. Kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi denga rakan sebaya agar
mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berguna dari
aspek kepemimpinan.
5. KUMPULAN SASARAN

Semua pengawas sekolah yang dilantik.

6. PELAKSANAAN PROGRAM

6.1. Tarikh : 17, 18 & 19 Februari 2006


6.2. Hari : Jumaat hingga Ahad
6.3. Tempat : SMK. Abdul Rahman Talib, Teluk Intan

7. KAEDAH PELAKSANAAN

7.1. Ceramah
7.2. Bengkel
7.3. LDK
7.4. Riadah

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat


(Pengetua SMART)

Pengerusi : Pn. Samsiah Bt. Raji


(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd. Radzi Bin Ismail


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Amin Zaki Bin Mohamad Yusuf


(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En. Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Pn. Raja Sarina Bt. Raja Seman


(Guru Badan Pengawas Sekolah)

AJK-AJK

Encik Mohd. Khuzaimi Bin Nordin


En. Roshaimmi Bin Mohamad
En. Ahmad Puad Bin Esa
En. Ahmad Hilmi Bin Sabuki
En. Za’aimuddin Bin Hussain
Cik Nor Izzah Bt. Md. Nadzar
Pn. Zunairah Bt. Zakaria
Cik Tengku Roshafizan Bt. Raja Omar
En. Zainal Abidin Bin Abu Yamin
9. KEWANGAN

Bil. Sumber Kewangan Jumlah (RM)


1 Yuran Penyertaan Peserta 70 orang @ RM5.00 RM350.00
2 Wang SUWA RM 400.00
3
4 Sumbangan PIBG RM 1000.00
JUMLAH BESAR RM3200.00
Perbelanjaan
1 Makan & Minum RM 2200.00
2 Tambang bas Pergi & Balik (2 bas) RM 800.00
3 Peralatan Kursus (ubat-ubatan, fotografi,) RM 200.00
JUMLAH BESAR
RM3200.00

10. Jadual /Tentatif Program

Hari/Tarikh Masa Aktiviti


Hari Pertama 4.00ptg- Pendaftaran/Penempatan & Taklimat
(Jumaat) 5.00ptg

5.00ptg- Solat Asar


5.30ptg
6.15ptg- Bersih diri/ Makan Malam
7.15mlm.
7.15mlm.- Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak
9.15mlm.
9.15mlm.- Ucapan PIBG:
11.15mlm. Harapan PIBG Terhadap Pengawas
11.15mlm- Minum Malam
11.30mlm
11.30mlm- Light Off
5.30pg.
Hari Kedua 5.30pg.- Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah
Sabtu 7.00pg.

7.00pg.- Senaman pagi


7.50pg.
7.50pg.- Sarapan pagi/Bersih diri
9.00pg.
9.00pg.- Ceramah 1 – Kepimpinan/Definisi
10.30pg.
10.30pg.- Minum pagi
10.45pg.
10.45pg.- Ceramah 2 – Gaya Kepimpinan dan Komunikasi
12.30tgh.

12.30tgh.- Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor


2.00ptg
2.00ptg. – Ceramah 3 - Teknik Membuat Keputusan/Asertif
3.00ptg.
3.00ptg.- Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
4.45ptg.
4.45ptg.- Minum petang
5.00ptg.
5.00ptg. Solat Asar
5.30ptg.
5.30ptg.- Penilaian LDK
6.30ptg.
6.30ptg.- Makan Malam
7.15mlm.
7.15mlm.- Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak
9.15mlm.
9.15mlm.- Ceramah 4 – Sistem BP
11.15mlm.
11.15mlm- Minum Malam
11.30mlm
11.30mlm- Light Off
5.30pg.
Hari Ketiga 5.30pg.- Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah
(Ahad) 7.00pg.
7.00pg.- Senaman pagi
7.50pg.
7.50pg.- Sarapan pagi/Bersih diri
9.00pg.
9.00pg.- Bengkel Pengurusan & Tindakan
10.00pg.
10.00pg.- Minum pagi
10.15pg.
10.15pg.- Bengkel Peraturan Sekolah/Tugasan
11.15tgh.
11.15tgh.- Gotong Royong
12.00tgh
12.00tgh. – Makan Tengahari
12.30ptg.
12.30ptg.- Penilaian/PerasmianPenutup/ Penyampaian Sijil/Solat
2.00ptg. Zohor/Pulang

11. PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi
harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri
pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah
sehingga dapat melahirkan insan yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan

Anda mungkin juga menyukai