Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN KETUA UNIT BERUNIFORM

PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2022


SMK WIRA PENRISSEN

1.0 TUJUAN
1.1 Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan
berkaitan kepimpinan kepada pemimpin unit beruniform kelab persatuan dan
sukan permainan.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah adalah
para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum
para pelajar ke tahap yang lebih baik.
2.2 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga adalah
pelajar ,mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.
2.3 Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi
dan tunjuk ajar kepada mereka.
2.4 Para ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario
seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas
dasar dan tujuan tersebut kursus Kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.
2.5 Kursus ini akan mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah,
pelajar akan terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi
Pembentangan ) serta penilaian.
2.6 Aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang melibatkan ( peserta ) secara aktif atau disebutkan sebagai "
Pusatan Pelajar " .Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan
pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

1
3.0 OBJEKTIF
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pelajar dapat:
3.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-
kawan.
3.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
3.4 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
3.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
3.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
3.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.

4.0 MATLAMAT
4.1 Matlamat program ini adalah seperti berikut:-
4.1.1 Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan
kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan mengamalkannya.

5.0 KUMPULAN SASAR


Kumpulan sasar untuk program ini adalah seperti berikut:-
5.1 Kumpulan sasar murid
24 orang pelajar terdiri daripada ketua unit beruniform.

Ting.
UNIT BERUNIFORM LELAKI PEREMPUAN
PENGAKAP 6 2 1
PKBM 6 2 1
PUTERI ISLAM 6 1 2
PBSM 6 1 2
KRS 6 2 1
PANDU PUTERI 6 1 2
KADET POLIS 6 2 1
KADET BOMBA 6 2 1
13 11
JUMLAH 24 ORANG

2
5.2 Sasaran guru pemimpin
8 orang guru pemimpin terlibat.

6.0 PROSEDUR PELAKSANAAN


6.1 Menyediakan kertas kerja
6.2 Perbincangan bersama AJK Bina Insan Guru
6.3 Perbincangan bersama Pengetua
6.4 Mesyuarat AJK Induk
6.5 Pembentukan Jawatankuasa Kerja dan agihan tugas
6.6 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
6.7 Pelaksanaan
6.8 Pemantauan
6.9 Post-Mortem/laporan

7.0 STUKTUR JAWATANKUASA


7.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Khalic Bin Abdul Hamid


Pengetua SMK Wira Penrissen
Timbalan Pengerusi : En. Thian
Penyelaras Ko-Kurikulum Tingkatan 6
Setiausaha : Encik Mohamad Bakri bin Jamil
Bendahari : Puan Ana Loran King

7.2 Ahli Jawatankuasa Kerja


J/K Laporan dan Seranta : Encik AMohd Fazli Bin Jaafar
J/K Kerohanian dan Moral : Encik Zahrol Bahri Bin Salim
J/K Peralatan : Puan Norhayati Binti Mohamed
J/K Makanan : Puan Normala Binti Mohd Ambiah
J/K Aktiviti : Puan Noor Liza Binti Akuan
J/K Kebajikan dan Keselamatan : Encik Mohd Nazri Bin Baharuddin

3
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan
Unit Kokurikulum
2012
8.0 TEMPAT / LOKASI
Padang Sekolah SK Ulu Tiram

9.0 TARIKH PROGRAM


Tarikh : 14 September 2012 hingga 15 September 2012
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Masa : 2:00 petang (Jumaat) hingga 6:00 petang (Sabtu)

10.0 TARIKH PERASMIAN


Perasmian Pembukaan
Tarikh : 14 September 2012
Hari : Jumaat
Masa : 3:00 petang

Perasmian Penutupan
Tarikh : 15 September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 5:00 petang

11.0 CADANGAN PERASMI PENUTUPAN


11.1 YDP PIBG SK Ulu Tiram
11.2 Guru Besar SK Ulu Tiram
11.3 GPK Ko-Kurikulum SK Ulu Tiram

12.0 PENCERAMAH
Penceramah Jemputan dari SMK Desa Cemerlang, Encik Anuar Bin Ahmad.

13.0 PROGRAM YANG DIRANCANG


Hari pertama : 14 September 2012
2:00 - 3:00 petang : Pendaftaran / Pembahagian Kumpulan
3:00 - 4:15 petang : Taklimat Perkhemahan
4:15 - 5:00 petang : Minum petang / Solat Asar
5:00 - 6:00 petang : Mendirikan Khemah
4
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan
Unit Kokurikulum
2012
6:00 - 7:00 malam : Bersihkan diri / Makan Malam
7:00 - 8:30 malam : Solat Maghrib / Solat Isyak’
8:30 - 10:00 malam : Ceramah 1- “ Kepimpinan Pelajar dan Cabarannya”
10:00 malam : Tidur

Hari kedua : 15 September 2012


6:00 - 7:00 pagi :
Bangun / Bersihkan Diri / Solat Subuh
7:00 - 7:30 pagi :
Senaman Pagi
7:30 - 8:30 pagi :
Sarapan Pagi
8:30 - 10:00 pagi :
Aktiviti “Jungle Tracking”
10:00 - 10:30 pagi :
Kudapan
10:30 - 12:00 t.hari :
Teknik Pertolongan Cemas
12:00 - 1:00 petang :
Makan Tengah Hari
1:00 - 2:00 petang :
Solat Zuhur
2:00 - 3:30 petang :
Latihan Dalam Kumpulan
3:30 - 4:30 petang :
Membuka khemah dan gotong-royong membersihkan
kawasan.
4:30 - 5:00 petang :
Solat Asar
5:00 - 6:00 petang :
Penilaian / Perasmian Penutup / Bersurai

14.0ANGGARAN KOS

BIL PERKARA HARGA JUMLAH JUMLAH CATATAN


RM UNIT HARGA
A Peralatan:
 Tali Rafia RM 2.00 5 RM 25.00

 Ubat - ubatan RM 15.00 1 RM 15.00

 Kain rentang RM 50.00 1 RM 50.00

 Kertas A4 RM 9.00 1 rim RM 9.00

B Makanan /
RM 15.00 30 RM 450.00
Minuman
C Cenderahati / Sijil RM 2.00 30 RM 60.00

5
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan
Unit Kokurikulum
2012
Penceramah RM 50 1 RM 50.00

JUMLAH RM 574

15.0 SUMBER KEWANGAN


Cadangan sumber kewangan adalah dari Guru Pemimpin.

16.0 KESELAMATAN DAN KECEMASAN


Untuk langkah keselamatan dan jika berlaku sebarang kecemasan, AJK pengelola
akan memaklumkan dan berhubung dengan agensi - agensi berikut :
16.1Balai Polis Ulu Tiram
16.2Klinik Kesihatan Ulu Tiram
16.3Ketua Kampung berdekatan

17.0 KESAN YANG DIHARAPKAN


17.1 Antara kesan yang diharapkan daripada program ini adalah seperti berikut :-
17.1.1 Pelajar akan dapat mempraktikkan gaya hidup sihat
17.1.2 Pelajar terdidik tentang kepimpinan dari sejak kecil lagi.
17.1.3 Menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar.
17.1.4 Mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan
berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.

18.0 KESIMPULAN
Adalah diharapkan agar program ini akan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan sebagai generasi pewaris akan datang.

6
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan
Unit Kokurikulum
2012
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MOHAMAD NAZRI BIN BAHARUDIN)


Setiausaha Kursus Kepimpinan Pemimpin Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Ko-kurikulum, SK Ulu Tiram
SK Ulu Tiram,
2012

Diluluskan oleh:

(FATIMAH BINTI ABD HAMID)


Guru Besar,
SK Ulu Tiram.

7
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan
Unit Kokurikulum
2012

Anda mungkin juga menyukai