Anda di halaman 1dari 6

MULTAQA PERKHEMAHAN GENERASI HARAPAN UMMAH, 2016

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON,


JALAN HOSPITAL, IPOH.

Tema : Warga berilmu penyambung warisan ummah

1. Pendahuluan

Tidak dapat disangkal lagi bahawa aras keyakinan dan motivasi


diri banyak bergantung kepada harga diri (self-esteem) seseorang
pelajar. Namun hakikatnya kemahiran juga menjadi penentu kejayaan
tersebut. Multaqa Perkhemahan pelajar ini adalah merupakan strategi
untuk memotivasikan diri pelajar yang boleh dilakukannya sendiri
untuk membantu mereka meningkatkan aras harga diri, dorongan dan
kemahiran belajar.

2. Rasional

Setiap pembelajaran akan menghadapi cabaran. Cabaran dalam


satu definisi adalah ;

a situation or difficulty that tests ones ability to do something

yang membawa maksud satu situasi atau kesukaran yang menguji


kebolehan kita membuat sesuatu.

Setiap kesukaran pula adalah bertujuan untuk menguji kebolehan


berfikir, kebolehan bersabar dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Kebolehan yang diuji memerlukan kita melakukan sesuatu tindakan.
Tanpa tindakan setiap cabaran akan berakhir dengan kegagalan tetapi
jika disusuli dengan tindakan maka cabaran akan bertukar kepada
kejayaan.

Menyedari hakikat tersebut seminar ini di rangka khas untuk


sekumpulan seorang pelajar yang telah sedia cemerlang tetapi perlu
bijak mengharungi setiap cabaran yang diterima dengan hati yang
terbuka, sabar dan mengambil inisiatif menyelesaikannya.

3. Matlamat

Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan


insan yang seimbang daripada segui jasmani, emosi, rohani dan intelek
iaitu dengan meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu pelajar
agar dapat menyediakan mereka menjadi warga yang cemerlang dan
bertaraf dunia.

-1-
4. Objektif

(a) Peserta-peserta akan dapat membina keyakinan diri dengan


mengenal pasti kehendak mereka sebenarnya dan dapat membebaskan
diri daripada sifat teragak-agak atau dikongkong dengan persoalan
bolehkah saya?.

(b) Peserta-peserta sedar akan kelebihan dan kelemahan diri dan


akan dengan itu akan menetapkan matlamat dan objektif mereka dalam
sesuatu situasi pembelajaran.

(c) Peserta-peserta akan dapat pengetahuan, kemahiran, teknik


pembelajaran yang berkesan melalui percambahan idea daripada
pelbagai tingkatan.

(d) Peserta-peserta akan dapat mempraktikan pelbagai bentuk


kemahiran dan teknik belajar melalui sesi perbengkelan dan
persembahan kumpulan.

5. Sasaran

50 orang pelajar Muslim yang terdiri daripada ;

Tingkatan 5 15 orang pelajar

Tingkatan 4- 15 orang pelajar

dan Tingkatan 3 10 orang pelajar.

6. Tarikh, Masa dan Tempat

11, 12 dan 13 Mac 2016

AMIR CHALET,

KG. BAHARU, AIR TAWAR, PERAK.

-2-
7. Modus Operandi

INPUT TAJUK BIL. JAM

Ceramah 1 2

Ceramah 2 2

Perbengkelan 2

Persembahan Kumpulan
2

Plan Tindakan Kendiri 2

Qiamulail 2

JUMLAH 12

-3-
Lampiran
Jadual Kursus

JUMAAT SABTU AHAD


MASA
11.03.2016 12.03.2016 13.03.2016

3.30 Qiamulail

05.45 Solat, Kuliah Subuh Solat, Kuliah Subuh

07.00 Riadah

08.00 Sarapan Pagi

08.30 Ceramah 1

10.30 Minum pagi

Rumusan Kursus
11.00 Ceramah 2
Majlis Penutup

01.00 Makan Tengahari Makan Tengahari

02.30 LDK 1 Bersurai

04.30 Minum Petang Minum Petang

06.30 Taklimat Kursus Riadah

07.00 Makan Malam Makan Malam

Solat, Kuliah
Solat, Kuliah
07.30 Maghrib/Isya/Bacaan
Maghrib
Yasin

09.15 Ice Breaking LDK 2

11.15 Minum Malam Minum Malam

-4-
9. Organisasi

09.1 Jawatankuasa Induk


(a) Pengerusi : Pengetua
(b) Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(c) Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran
(d) Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Tingkatan 6
(d) Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Petang
(e) Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan Kokurikulum

09.2 Jawatankuasa Kerja


(a) Setiausaha : Kaunselor I
(b) Penolong Setiausaha : Kaunselor II
(c) Ahli Jawatankuasa : Panitia Pendidikan Agama Islam
: AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling

10. Kewangan

Punca Pendapatan

(i) Wang BKK BK - Motivasi RM

Anggaran Perbelanjaan

i) Penempatan Makanan dan minuman untuk


RM
50 orang pelajar X RM 26 X 2 hari

JUMLAH RM

-5-
10. Penutup

Matlamat ke arah kecemerlangan dan kegemilangan tidak akan sia-sia


jika ada sokongan, galakkan dan tindakan yang bersungguh-sungguh.
Sesuatu yang baik tidak boleh dilengahkan jika diketahui
keuntunganya. Menyemai benih biarlah pada tanah yang subur tanpa
mengira keringat yang mencurah.

Disediakan Disokong untuk


dilaksanakan

(Rozlan bin Redzuan)

Diluluskan

_____________________________________

-6-

Anda mungkin juga menyukai