Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH

2016

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT


PORT DICKSON

KERTAS KERJA

KEM BINA SAHSIAH


TAHUN 2016

TEMPAT:

D’KOK ECO CAMP KG. TALANG, KUALA PILAH

TARIKH/HARI

29/4/ -1/5/ 2016 (JUMAAT-AHAD)

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM SK LUKUT

1
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan…………………………………………………………………………………………………… 3-3

2. Matlamat………………………………………………………………………………………………………. 3-3

3. Objektif…………………………………………………………………………………………………………. 4-4

4. Pelaksanaan…………………………………………………………………………………………………. 5-5

5. Kumpulan sasaran…………………………………………………………………………………………. 5-5

6. Anjuran…………………………………………………………………………………………………………. 5-5

7. Bayaran penyertaan……………………………………………………………………………………….. 5-5

8. Modul operasi……………………………………………………………………………………………….. 6-6

9. Pengisian……………………………………………………………………………………………………… 6-6

10. Jawatankuasa……………………………………………………………………………………………… 7

11.Tentatif program…………………………………………………………………………………………. 8-10

12. Penutup………………………………………………………………………………………………………. 11

2
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

1.O PENGENALAN

Aktiviti Kem Transformasi Diri adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum
di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan di pupuk secara “hand
on” dengan para peserta di pupuk dengan sifat mulia serta bertoleransi, bertolak-ansur, tolong
menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan
peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan kepada para peserta kepada cabaran-cabaran
fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri
masing- masing.
Seterusnya kem yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu secara tidak langsung
mewujudkan peluang-peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti “Jungle Tracking” para pelajar
bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal
dan kematangan emosi selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan
terdesak dan mencabar.

2.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:

1.1 Selepas menyertai matlamat ini peserta dapat membuka sebahagian minda bagi
menilai keupayaaan diri serta mengetahui mengetahui kelemahan-kelemahan diri
untuk bergerak ke hadapan.

1.2 Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan antara
manusia dengan alam sekitar dalam penerapan dalam matapelajaran tertentu secara
halus seperti Kajian Tempatan, Sains, Pendidikan Jasmani, Agama Islam dan sebagainya
untuk melahirkan generasi yang tahu.

1.3 Memaparkan, menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan


masa. Di dalam kata lain melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan
masa dengan baik dan bersistematik.

3
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016
1.4 Menyuntik setitik ilmu bagi membentuk satu generasi yang dianggap kebal terhadap
segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju serta
menghargai apa yang ada sekarang dan berusaha untuk mempertahankannya.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program murid dapat :

3.1 Mengetahui, memahami serta mempraktikan cara-cara atau teknik-teknik


perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri.
 
3.2 Memahami dan mempelajari serta melakukan sendiri aktiviti yang dilakukan
untukmemecahkan perasaan rendah diri,tidak yakin dan tidak mengharapkan orang
lain melalui aktiviti yang dirancang.

3.3 Menghormati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan tuhan melalui
konsep perlindungan bersepadu dengan menerusi penerapan aktiviti merentas
berhalangan.

3.4 Mengetahui, menyedari cara dapat bertindak pantas dalam sebarang masa
kecemasan dalam penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.

3.5 Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong-menolong dan sentiasa


bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki,tamak
dan mementingkan diri sendiri dan angkuh sekurang-kurangnya.

3.6 Memupuk semangat jati diri dan berdikari di dalam diri.

3.7 Bersyukur dengan apa yang ada sekarang serta mempertahankan keharmonian dan
keamanan negara.

4
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

4.0 PELAKSANAAN

 Tarikh : 23-25 JANUARI 2015


 Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
 Tempat : D’Kok Eco Camp Kg.Talang ,Kuala Pilah
 
5.0 KUMPULAN SASARAN
 Program ini adalah mensasarkan semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR tidak lama lagi serta disertai beberapa orang murid tahun 5 sebagai perintis di masa
akan datang.
 
6.0 ANJURAN
 Unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lukut

7.0 BAYARAN PENYERTAAN


Setiap peserta dikenakan bayaran RM30(Tiga Puluh Ringgit Sahaja)
Bayaran adalah untuk menampung kos seperti berikut. (Lampiran)

8.0 MODUL OPERASI

1. Ceramah motivasi
i. Sentuhan Rasa
ii. Ice Breaking
iii. Tazkirah subuh
iv. Tazkirah Maghrib

2. Praktikal

i. Flying Fox

ii. Kayaking

iii. River Crossing dan Water Confident

5
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016
iv. Jungle Tracking

3. Riadah

i. Senaman pagi

9.0 PENGISIAN

1. Ceramah motivasi : Sentuhan Rasa

a. Hidup bermatlamat

b. Membina personaliti remaja unggul 

2.  Aktiviti Lasak

a. Jungle Tracking, Flying Fox, River crossing ,water confident dan kayaking.

i. Kecergasan fizikal amat penting dalam membentuk kumpulan yang berjaya

ii. Menguji kemampuan kumpulan serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

iii. Cabaran ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada kesukaran hidup dan keberanian

dalam memajukan diri serta kumpulan.

iv. Melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t serta menghargai kehijauan alam sama ada

flora dan fauna.

V .Dapat mengatasi ketakutan yang membelenggu diri.

3. Riadah

i. Kepentingan menjaga senaman dan kesihatan

6
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

10.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
 
Penasihat : En Mohammad Noh b Abdullah
(Guru Besar Cemerlang SK Lukut)
Pengerusi : En Mohd Aznan b Sahari
(Guru Penolong Kanan Koko)
Naib Pengerusi:  Pn Norlela bt Mohd Jailani
(Guru Penolong Kanan 1)
Pn Haizy bt Mustafar
(Guru Penolong Kanan HEM)
Penyelaras : Pn Nurhidayah bt Aziz
: Pn Geetha a/p Narayanan
Bendahari : Puan Zani bt Hamzah

 JAWATANKUASA PELAKSANA

 Semua guru SK Lukut

7
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

11.0 TENTATIF PROGRAM

11.1 23 JANUARI 2015

MASA PERKARA
2.30 ptg – 3.00 ptg Pendaftaran

3.00 ptg – 4.15 ptg Bertolak ke D’eco Camp Kg.Talang,Kuala Pilah

4.15 ptg – 5.00 ptg Taklimat

5.00 ptg – 5.30 ptg Solat Asar dan minum petang

5.30 ptg – 7.30 ptg Pembahagian kumpulan,Pelantikan penghulu/penghuluwati,Imam dan

Bilal

7.30 ptg – 9.00 mlm Solat Maghrib,makan malam dan Solat Isyak.

9.00 mlm – 10.00 mlm Ice Breaking

10.00 mlm – 11.00 Membina bendera, motto dan sorakan kumpulan

mlm Minum malam

11.00 mlm – 11.30 Pembentangan logo,motto dan sorakan kumpulan

mlm Rehat

11.30 mlm 12.30 mlm

12.30 malam

8
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

24 JANUARI 2015
MASA PERKARA
5.30 pg – 6.00 pg Bersih diri dan solat subuh

6.00 pg – 7.00 pg Tazkirah

7.00 pg – 8.00 pg Riadah

8.00 pg – 8.30 pg Sarapan pagi

8.30 pg – 9.00 pg Taklimat keselamatan

9.00 pg – 11.00 pg Aktiviti lasak ( Jatidiri)

11.00 pg – 1.00 ptg Aktiviti lasak (Daya Tahan)

1.00 ptg – 2.00 ptg Bersih diri dan solat

2.00 ptg – 4.30 ptg Aktiviti (Yakin Diri)

4.30 ptg – 5.00 ptg Bersih diri dan solat Asar

5.00 ptg – 7.00 ptg Team Building (Kerjasama)

7.00 ptg – 9.00 mlm Bersih diri dan solat Maghrib ,makan malam dan solat Isyak

9.00 mlm – 12.00 mlm Ceramah motivasi “Sentuhan Rasa”

12.00 mlm Rehat

9
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

25 JANUARI 2015

MASA PERKARA
5.30 pg – 7.00 pg Bersih diri, solat Subuh dan tazkirah

7.00 pg – 8.00 pg Riadah

8.00 pg – 12.00 tgh Jungle Tracking

12.00 tgh – 1.00 ptg Rumusan

1.00 ptg – 2.00 ptg Majlis penutup

2.00 ptg Bertolak pulang

10
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

 12.0 HARAPAN

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang bakal melahirkan insan yang kental

jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan semangat berdikari. Pihak jawatankuasa

dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merialisasikannya. Apa yang paling penting

adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah

disusun oleh mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ia berjaya dilaksanakan tanpa

berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. Dengan berakhirnya program ini nanti, segala

bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber

rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama

dengan lebih baik.

 
Disediakan oleh:

………………………………………………..
NURHIDAYAH BINTI AZIZ
Setiausaha Kokurikulum
Sk Lukut

Disemak oleh:

…………………………………………………
MOHD AZNAN B SAHARI
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Lukut

Diluluskan oleh:

……………………………………………………
MOHAMED NOH BIN ABDULLAH
Guru Besar Cemerlang
SK lukut

11
KERTAS KERJA KEM BINA SAHSIAH
2016

BELANJAWAN PROGRAM KEM SAHSIAH DIRI 2016.

ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL. KETERANGAN JUMLAH HARGA JUMLAH


1. SEWA TEMPAT + CAJ 120PAX RM98.00 RM11,760.00
MAKAN PELAJAR + CAJ
JURULATIH UNTUK 3
HARI 2 MALAM
2. SEWA BAS KE D’KOK ECO 3 BUAH BAS RM800.00 RM2400.00
CAMP KUALA PILAH.
3. SIJIL KEHADIRAN 120 PCS RM3.00 RM360.00
4. ALAT TULIS DAN FAIL 120 SET RM3.00 RM360.00
5. CENDERAMATA 1 PC. RM50.00 RM50.00
JUMLAH RM14930.00

ANGGARAN PENDAPATAN.

BIL. KETERANGAN JUMLAH


1. PUNGUTAN DARI IBUBAPA 120 X RM30.00 RM3600.00
2. SUMBANGAN DARI PIBG RM1130.00
JUMLAH RM4730.00

PERBELANJAAN RM14930.00 – RM4730.00 = RM10,000.00


(RINGGIT MALAYSIA: SEPULUH RIBU SAHAJA.)

MEMOHON BANTUAN DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN


(BAITULMAL) SEBANYAK: RM10,00.00 SAHAJA.

Besarlah harapan kami pihak BAITULMAL dapat meluluskan permohonan


kami ini supaya kami dapat menjalan aktiviti ini dengan lancarnya
memandangkan program ini memberi kesan yang sangat baik buat anak didik
kami..

Sekian,
Terima Kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai