Anda di halaman 1dari 7

Bulan Dakwah 2019

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG

KERTAS KERJA
PROGRAM DAKWAH 2019
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG

1.0 Pendahuluan

Murid merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat
sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam
hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang
dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu
dimantapkan untuk melahirkan murid yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi
pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah
situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah Murid,
meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli
jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program Dakwah ini.

2.0 Muqadimah

Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah


dan Syiar Islam dapat dihayati bersama.
3.0 Objektif

3.1 Melahirkan murid yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.
3.2 Memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform
utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri murid.
3.3 Melatih murid dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai
generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan
3.4 Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk
perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JARIS).
3.5 Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akadamik mahupun sosial.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2019

4.0 Tema

“Dakwah Tanggungjawab Bersama”

5.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang bulan Januari-November

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukti Subang

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 1 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
Subang, guru-guru dan kakitangan sekolah.

9.0 Perisian Program

1. Kempen 5S (Senyum,Salam,Sapa,Sayang dan Syukur)


Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Mengucapkan salam dengan sebutan yang betul, senyum dan sapaan mengikut
panduan dari al-Quran dan al-Hadith.
2. Mengamalkan kaedah senyum, salam dan sapaan dalam kehidupan seharian.
3. Memberi laluan kepada orang lain dengan cara yang betul dan bersopan
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan pengucapan salam serta memberikan
laluan dengan betul.
2. Penekanan kepentingan salam setiap kali pertemuan dan memberi salam.
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2019

3. Ceramah
4. Brosur /poster/banting kaedah, adab-adab dan kelebihan salam serta kaedah
bersyukur.

2. Program Tabung Infaq ”Sebutir Benih Di Syurga”


Objektif: Di akhir program , peserta akan dapat:
1. Memberi kefahaman dan keyakinan kepada murid untuk meningkatkan nilai dan
kualiti peradaban dalam kehidupan selari dengan al-Quran dan al-Hadith
2. Mengamalkan budaya berinfaq di dalam dan luar kawasan sekolah.
3. Melatih para guru dan murid untuk membudayakan amalan bersedekah dalam
kehidupan seharian.
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Mengadakan ceramah
2. Mengedar tabung ”sebutir benih di syurga” pada setiap hari Jumaat.
3. Menyalurkan sumbangan kepada murid yang memerlukan.

3. Kuliah/Tazkirah 3 Minit
Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Mengadakan tazkirah selama 3 minit.
2. Lanjutan daripada pelajaran dalam bilik darjah
3. Melatih murid menjadi berani berbicara dihadapan orang ramai
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Aktiviti Pelaksanaan Dai’ Cilik/Ucapan Awam.
2. Melatih murid memberi tazkirah sebelum pdp.

4. Kempen ”Tutupi Auratmu Dengan Sempurna”


Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Mengetahui bahawa tutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim.
2. Menerapkan keyakinan diri terhadap ibadah yang dilakukan kerana Allah.
3. Meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap Allah dan kepada diri sendiri, ibu
bapa, keluarga dan masyarakat.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2019

Antara aktiviti yang dicadangkan:


1. Tazkirah/Ceramah
2. Brosur /poster/banting berkaitan aurat.

10.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program-program ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan oleh badan dakwah
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan Murid yang cemerlang dari semua sudut
sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(__________________) (__________________) (____________________)


Sa’edah Bt Mohamed Mohammad Zulkafli Bin Nor Sulaiman Bin Dat
Setiausaha Panitia Ketua Panitia Penaung
Pendidikan Islam Pendidikan Islam Guru Besar SKTBS
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2019

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2019

Penaung : En. Sulaiman Bin Dat (Guru Besar)


Penasihat : En. Ja’afar Bin Hashim (GPK Kurikulum)
Pengerusi : Pn. Siti Ruhaiza Bt Mohd Siran (GPK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi : Pn. Norsaliana Bt Marican (GPK Ko-kurikulum)
Penyelaras : En. Mohammad Zulkafli Bin Nor (KP Pendidikan Islam)
Setiausaha : Pn. Sa’edah Bt Mohamed
Bendahari : Cik Wan Nordiana Bt Wan Yusoff

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
 Membantu pengerusi
 Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2019

Lampiran B

Cadangan Aktiviti

BI PROGRAM JANGKAMASA KAEDAH TINDAKAN


L PELAKSANAAN
1. Kempen 5S Sepanjang Banting
Bulan
(Senyum,Salam,Sapa,Saya
Januari-
ng dan Syukur) November

-11 10 minit 
sebelum
memulakan Kempen
PdPc GPI

2. Program Tabung Infaq Setiap hari  Edar tabung


Jumaat Penyelaras
”Sebutir Benih Di Syurga”
Tabung Infaq

3. Kuliah/Tazkirah 3 Minit Ceramah En. Syahmi,


En.Mohd Ikhwan
dan En.Mohd.
Sholehhe
4. Kempen ”Tutupi Auratmu Sepanjang Banting
bulan
Dengan Sempurna”
Januari-
GPI
November

Waktu PdP Tazkirah/Cera GPI


Pend. Islam mah

10 minit Kempen GPI


sebelum
memulakan
PdP

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2019

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Peruntukan Panitia RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM
100.00

BIL PERKARA HARGA


1 BANTING RM 100

Dakwah Tanggungjawab Bersama

Anda mungkin juga menyukai