Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU JEMPOL

26400 BANDAR JENGKA,

KERTAS KONSEP

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


TAHUN 2015

PERSATUAN PENGAKAP
SK LUAGAN, KENINGAU

TEMPAT:

TAPAK PERKHEMAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN,
89008, KENINGAU, SABAH.

HARI / TARIKH:

JUMAAT – SABTU
30 Julai dan 1 Ogos 2015

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN,
89008, KENINGAU, SABAH.
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.

Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan
dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat
keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai
objektifnya.

Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada
murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.

Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat


mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN, TAHUN 2015
3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi


pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-masing.

iii. Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila
berhadapan dengan situasi mencabar.

iv. Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah swt, dan melahirkan generasi yang
tahu menghargai masa .

v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Membina generasi yang bersemangat patriotic, cintakan Agama, Bangsa dan


Negara.

ii. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterapilan


diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.

iii. Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa


mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan ko kurikulum.

iv. Menanam sikap bertoleransi, kerjasama,tolong-menolong dan sentiasa


bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki,
mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.

v. Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka


secara proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.
5.0 PENGISIAN PROGRAM
5.1 SENARAI AKTIVITI REKREASI

AKTIVITI PENGENDALI
Ikatan dan gadjet Persatuan Pengakap
Drama Pendek PC (Pertolongan Cemas) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM)
Kawad Kaki Dinamik Tunas Kadet Remaja Sekolah
Masterchef Junior SKL (Masakan) Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
Kembara Orienteering Semua UB

5.2 SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN

AKTIVITI AJK
Ikatan dan gadjet 1. Justina A.Toyou (ketua)
2. Mohd. Fadzly Wasriep (pengadil)
3. Aziz Chin
4. Amini Assin
Drama Pendek PC (Pertolongan Cemas) 1. Jeicholine Jaikol (K)
2. Elsie Darong (Pengadil)
3. Rodzianah Ibrahim
Kawad Kaki Dinamik 4.
1. Norlizah Bolunti(Ketua)
Nazmi Meanus
2. Ibat Kubin (Pengadil)
Masterchef Junior SKL (Masakan) 1. Rosli Loli (Ketua)
2. Alinah Abd Majid (Pengadil)
3. Mohd. Faizul Bahree
Kembara Orienteering 1. Fidelia Gonolon (Ketua)
2. Sarjanie Lamsin
3. Pamella Parimal

NAMA AKTIVITI
Ikatan dan gadjet

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN


1. Simpul manuk
2. Buku sila
3. Ikatan seraya
4. Lilit dua simpul
5. Lilit balak
JENIS GADJET
Bebas

FAEDAH MEMBUAT GAJET

1. Menggalakkan seseorang itu berfikiran lebih kreatif dalam menghasilkan peralatan


yang diperlukan.
2. Menguji keupayaan seseorang atau ahli UB dalam mempraktikkan kemahiran
ikatan dan simpulan yang dipelajari.
3. Menanam semangat berkerjasama dalam sesebuah kumpulan untuk menyiapkan Commented [MDJJ1]:

gajet dalam tempoh masa yang ditetapkan.


4. Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan.

CARA-CARA PEMBINAAN GAJET

1. Setiap kumpulan / unit UB perlu menggunakan semua ikatan dan simpulan yang
disenaraikan.
2. Pembinaan gajet adalah bebas.
3. Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan kreatif.
4. Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas, kukuh,
kuat serta tidak senang dirobohkan.

MAKLUMAT PENYERTAAN
1. Setiap badan beruniform akan diwakili oleh murid tahun 4 dan 5 sahaja.
2. Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 100 orang bagi semua Unit
beruniform.
3. Setiap unit akan diwakili seramai 25 orang murid sahaja.

Bilangan Peserta Perkhemahan :


Tahun 4 Tahun 5 Jumlah
Unit
L P L P L P
Pengakap 5 5 10 5 15 10
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI
En.Samion Amin
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI
Pn. Hjh. Faridah Tawik
(Guru Pen. Kanan Ko-kurikulum)

SETIAUSAHA
Pn. Norhayati Yusof

BENDAHARI
Pn. Rohani Sien

KETUA PENASIHAT PERSATUAN PENGAKAP


Pn. Jeicholine Jaikol

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:


i. Hari : Jumaat hingga Sabtu.
ii. Tarikh : 30 Julai dan 1 Ogos 2015.
iii. Tempat : TAPAK PERKHEMAHAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN

iv. Jurulatih : 1. Guru-guru Unit beeruniform SKL


8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah terbuka kepada 25 orang ahli bagi setiap UB.

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Unit Ko-kurikulum SK Luagan 1. Tali raffia (3 gulung)


Rm 10.00 X 3

JUMLAH RM 30.00

10.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN

(Untuk dua hari sepanjang perkhemahan)

 Disediakan Oleh Jawatankuasa Makanan.

12.0 TENTATIF PROGRAM

( Rujuk Jadual Aktiviti )


13 .0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk


merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku
sebarang kemalangan dan kecederaan.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala
bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH; DISEMAK OLEH;

……………………………………..
( ) ……………………………………….
Ketua Penasihat, ( )
Persatuan Pengakap, GPK Kokurikulum,
SK Luagan, Keningau. SK Luagan, Keningau.

DISAHKAN OLEH;

……………………………………….
( )
Guru Besar
SK Luagan, Keningau.

Anda mungkin juga menyukai