Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

JOHN (1)
JALAN BUKIT NANAS,
50 250 KUALA LUMPUR

PELAN TINDAKAN
LEMBAGA DISIPLIN MURID DAN PENGAWAS
SEKOLAH 2012

PELAN TINDAKAN JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN MURID DAN PENGAWAS


SEKOLAH 2012
ISI KANDUNGAN :1. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN MURID DAN
PENGAWAS
2. PELAN TINDAKAN

Pendahuluan
Objektif
Sasaran
Stretegi Pelaksanaan
Salah Laku Yang Diutamakan
Perancangan Aktiviti
Kesimpulan
Takwim Tahunan
Carta Gantt Aktiviti Tahunan

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)


CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN MURID DAN PENGAWAS SEKOLAH
PENASIHAT
ENCIK POOI CHENG FATT
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PUAN HALIJAH BT NIK COOB
(GPK HEM)

SETIAUSAHA
ENCIK ADERUS BIN SARDINI
(KETUA GURU DISIPLIN)

NAIB SETIAUSAHA 1
PUAN NORAAINI BT HJ. ZAINAL ABIDIN
(SETIAUSAHA GURU DISIPLIN)

NAIB SETIAUSAHA 2
ENCIK MOHD NASIR B. OTHMAN
(PEN. SETIAUSAHA GURU DISIPLIN)

AJK
ENCIK ADI B. HASSIM
HASHIM

ENCIK ROSLI B.

PUAN WAN LAI LING


TENG CHO

ENCIK

ENCIK BADRUDDIN B. ABU BAKAR

FONG

PENDAHULUAN
Lembaga Disiplin Murid dan Pengawas Sekolah St John (1) adalah badan yang
bertanggungjawab untuk memastikan identiti dan perjalanan disiplin murid berada
dalam keadaan baik.Lazimnya peningkatan dan tahap disiplin murid yang tinggi
akan membantu kearah melahirkan murid yang memiliki tahap pencapaian dan
kecemerlangan prestasi akademik yang
lebih gemilang.

OBJEKTIF
1. Memastikan keberkesanan aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dalam
usaha untuk mengatasi dan meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan
murid-murid.
2. Sentiasa mengamalkan prinsip untuk mendidik dan membimbing muridmurid bagi mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan ke arah salah laku sifar.
3. Sentiasa membantu murid-murid dalam menentukan imej serta sifat
kepimpinan yang baik dab berkualiti, berinovasi dan mempunyai dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menuju ke era globalisasi
yang semakin mencabar.

PENGLIBATAN DAN SASARAN


Semua guru dan juga murid-murid Sekolah Kebangsaan St. John (1).

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin Murid dan Pengawas
Sekolah untuk membincangkan tentang perjalanan disiplin sekolah secara
terperinci.
2. Menjalankan pemilihan dan perlantikan ketua pengawas, penolong ketua
pengawas dan pengawas-pengawas sekolah.
3. Membuat jadual agihan tugasan dan menetapkan tugasan kepada semua
pengawas.
4. Menganjurkan aktiviti kursus motivasi kepimpinan pengawas sekolah.
5. Menjalankan aktiviti pemeriksaan mengejut (spot check) ke atas setiap murid
apabila perlu.
6. Memastikan agar semua murid memiliki buku peraturan sekolah yang
dikeluarkan oleh JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

7. Memastikan agar setiap murid juga akan sentiasa memahami dan mematuhi
peraturan sekolah seperti yang terkandung di dalam buku tersebut..
8. Mengadakan sati sesi taklimat atau
ceramah yang berkaitan dengan
permasalahan disiplin dalam kalangan murid dari masa kesemasa.
SALAHLAKU YANG MENJADI PERHATIAN UTAMA.
1.
2.
3.
4.

Datang lewat ke sekolah.


Kebersihan dan juga kekemasan diri.
Disiplin ketika berada di dalam kawasan sekolah.
Sikap dan adab murid yang negatif.

PERANCANGAN AKTIVITI
1. Mengadakan kursus kepimpinan pengawas.
2. Menganjurkan satu sesi ceramah tentang permasalahan disiplin murid ketika
Mesyuarat Agong PIBG.
3. Memberikan penerangan secara ringkas tentang disiplin kepada murid-murid
semasa perhimpunan mingguan.
4. Memastikan agar setiap murid memiliki buku peraturan sekolah sepetimana
yang telah ditetapkan.
5. Memastikan setiap tindakan disiplin yang diambil adalah berpandukan
peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam buku pengurusan
SSDM.
6. Menjalankan pemeriksaan mengejut secara berkala.

KESIMPULAN
Pihak sekolah khasnya Jawatankuasa Lembaga Disiplin Murid dan Pengawas Sekolah
sangat mengharapkan agar setiap aktiviti yang dirancang akan dapat meningkatkan
tahap disiplin murid dari masa kesemasa.Selain itu setiap tindakan yang diambil
adalah bertujuan untuk melahirkan generasi cemerlang yang sentiasa berpegang
kepada Agama, mendukung cita-cita Bangsa Malaysia dan sangup berputih tulang
untuk mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta.

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN (1)


JALAN BUKIT NANAS, 50 250 KUALA
LUMPUR.
TEL : 03-20781643
SURAT AKU JANJI MURID
Saya, ..
No Sijil Lahir . Dari kelas telah membaca
dan memahami semua peraturan disiplin yang terkandung di dalam Buku
Peraturan Disiplin Murid.Saya dengan ini berjanji akan sentiasa mematuhi
setiap Peraturan Sekolah seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Disiplin
Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Kementerian
Pelajaran

Malaysia.Saya

juga

dengan

rela

hati

dan

penuh

rasa

tanggungjawab akan menerima sebarang tindakan atau denda yang


dikenakan ke atas saya berasaskan kesalahan yang saya lakukan.

..
oleh,

Disahkan

Tandatangan murid

(Tandatangan Ibu bapa)

Tarikh : ..
.
(Nama
penjaga)

ibu

bapa/

Anda mungkin juga menyukai