Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN YOUNG COLUMBAN TAHUN 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA, MIRI.
1.

Rasional:
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di

sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur - unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands on dengan penerapan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong,
berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang
secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak
langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor masing masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para
pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan
kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup
dalam keadaan terdesak serta mencabar
2.

Latar Belakang :

Selaras dengan rasional di atas, Sekolah Kebangsaan Saint Columba, Miri akan menganjurkan
Perkhemahan YOUNG COLUMBAN 2014 di bawah UNIT KOKURIKULUM dengan hasrat memberi
peluang kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita cita
melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani,
emosi , rohani dan intelek.
Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan
memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang
berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai
kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.
Berdasarkan pada pengalaman yang lepas,sekolah ini telah berjaya menjalankan aktiviti
perkhemahan Young Columban ini dan ia juga dapat menarik minat murid dalam melaksanakan
aktiviti tersebut.Para peserta juga berpeluang menimba ilmu seberapa banyak yang boleh dapat
dalam peerkhemahan ini.
3.

Matlamat:

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan

pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri

sendiri, masyarakat, bangsa,

negara dan agama.


Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini
adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri
positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan
pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan
kefahaman perlunya mengamalkan prinsip prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri
dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang
tinggi, menghargai dan mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan
semasa.

4.

Objektif:
4.1

Mendedahkan para peserta kepada aspek aspek asas perkhemahan.

4.2

Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3

Melatih para peserta melaksanakan aktiviti aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin

4.4

Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

4.5

Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan latihan lasak


dan mencabar.

4.6

Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing


dalam bidang kesenian dan kebudayaan

5.

Konsep Pelaksanaan:
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran Melalui Aktiviti.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan
menggabungkan unsur-unsur seperti yang berikut:5.1

Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

5.2

Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan.

5.3

Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi.

5.4

Pengukuhan disiplin kendiri.

5.5

Pengukuhan disiplin berpasukan.

5.6

Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi.

5.7

Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa.

5.8

Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis.

5.9

Memupuk cita - cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

6.

7.

Maklumat Pelaksanaan Perkhemahan

Bil

Tarikh

Tempat

Sasaran

Penyelaras Program

17 19 Oktober 2014

Sk Saint Columba
Miri.

Tahun 4, 5
&6

Unit Kokurikulum

Cara Pelaksanaan
7.1
7.2
7.3

8.

9.

Ceramah / Taklimat
Bengkel
Perbincangan /Sumbangsaran

Personalia
8.1

Guru Penasihat Badan Beruniform Sekolah

8.2

Guru Penasihat Kelab / Persatuan dan Permainan

8.3

Guru dan kakitangan sekolah

8.4

Ibu Bapa / Penjaga

Aktiviti - Aktiviti
Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 kategori.
9.1

Aktiviti Tanpa Pertandingan

9.2

10.1.1 Ice Breaking


10.1.2 Senaman Pagi
10.1.3 Latihan Kawad Kaki
10.1.4 Gotong Royong
Aktiviti Yang Dipertandingkan
10.2.1
10.2.2
10.2.3
10.2.4
10.2.5

10.

Young Columban Talentime Night


Pertandingan Pertolongan Cemas
Masakan Ala Rimba
Pertandingan Ikatan
Explorace (Orientering)

Kumpulan Sasaran

murid Tahun 4, 5 dan 6 ( Unit Beruniform )

( Hanya murid yang ada melengkap dan menghantar balik Borang Deklarasi
dibenarkan
menyertai perkhemahan ini )

11.

Peraturan-Peraturan Perkhemahan:
11.1

Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran


bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

11.2

Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan


semasa menyertai perkhemahan.

11.3
ditetapkan.

Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah/dormitri yang telah


Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan

dilayani.
11.4
kebenaran

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan tempat perkhemahan, kecuali dengan


Kem Komandan.

boleh

11.5

Dilarang membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang
digunakan sebagai senjata.

barang

11.6
judi.

Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang
lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik atau bahan-bahan berunsur

11.7

Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan kawasan larangan
yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana
termasuklah kawasan
penginapan jurulatih atau pegawai yang bertugas dan kawasan perkhemahan
peserta
berlainan jantina.
11.8

Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan arahan yang dikeluarkan


dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti

aktiviti.
11.9 Pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan
dan membuang sampah di merata-rata tempat.
11.10

Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

11.11 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
11.12 Peraturan-peraturan lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan
perlu.
12.

Jawatankuasa Pengelola
Penasihat

Cikgu James Anak Nibong


Guru Besar, SK St. Columba, Miri.

Pengerusi

Cikgu Ismadol Bin Masoot


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

Cikgu Nurul Husna Bte Ideris


Setiausaha Kokurikulum

Bendahari

Cikgu Muhammad Adi Asyraf Bin Mohd Sabhi


Bendahari Unit Kokurikulum

Penyelaras Program

Ust.Mohd Fadzillah Bin Mostapa ( Setiausaha Sukan )

Ahli Ahli Exco

Cikgu Haimisah Bte Sherbini (GK Pentadbiran)

Cikgu Saga Anak Jenang (GPK HEM)

Cikgu Masnah Bte Sulong (GPK Penyelia Petang)

Cikgu Samsani Anak Teruki (Penyelaras Sukan & Permainan)

Cikgu Siti Sara Bte Usang (Penyelaras Kelab & Persatuan)

:
:

Cikgu Foo Be Noi ( Penyelaras Badan Beruniform )


Semua Guru Penasihat Badan Beruniform

Kem Komandan

:
:

Cikgu Samsani Anak Teruki ( Ketua Kem Komandan)


Ust.Mohd Fadzillah Bin Mostapa ( Pen .ketua Kem Komandan)

Urusetia

:
:

Cikgu Tengku Mohd Fadzli Tengku Maidin


Cikgu Aina Syarina Bte Roslan

Ahli Ahli

13.

Jawatankuasa Pelaksana

13.1
fasilitator.
perlu)

13.

13.2

Setiap kumpulan / sesi akan diketuai oleh seorang ketua dan penolong ketua (jika

13.3

Kumpulan akan berbincang dan mengenalpasti kaedah/cara penyampaian serta


intipati/kehendak sesi bagi mencapai objektif sesuatu sesi/slot.

13.4

Semua fasilitator akan bertanggungjawab dan melibatkan diri secara aktif


- membantu dari mula hingga tamat sesuatu sesi/slot yang ditetapkan.

13.5

Aspek keselamatan, kebersihan, pengawalan dan penyeliaan disiplin peserta perlu


dititikberatkan sepanjang sesi/slot yang dikendalikan.

13.6

Sebarang kejadian mestilah dilaporkan kepada Kem Komandan dengan segera.

13.7

Laporan bertulis dengan disertakan gambar-gambar aktiviti hendaklah dimajukan


kepada GPK KK 14 hari selepas aktiviti dilaksanakan. Cadangan penambahbaikan
amatlah
dialu-alukan.

Sumber Kewangan
13.1
13.2

14.

Setiap sesi dikendalikan oleh beberapa orang guru yang telah dilantik sebagai

Bantuan Kokurikulum (BKK) rujuk lampiran


Sumbangan Murid/Peserta - ( Rm 20 bagi setiap peserta )

Anggaran Kos Perbelanjaan


14.1 Peralatan
-

tali

14.2

15.

tag nama
kompas
hadiah pertandingan masakan rimba
telentime night
ikatan
explorace
buluh

Makanan
- air mineral
ayam
Bahan masakan
-

Harapan:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung
turut menyumbang kepada kejayaan itu.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Mohd Fadzillah Bin Mostapa


Setiausaha Sukan Unit Kokurikulum
SK St. Columba, Miri.

Ismadol Bin Masoot


GPK Kokurikulum
SK St. Columba, Miri

.
Disahkan oleh

James Anak Nibong


Guru Besar
SK St.Columba
.

Tarikh

: 3 Ogos 2014

Cop Sekolah :

Anda mungkin juga menyukai