Anda di halaman 1dari 6

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN


KARAOKE
PESTA PSKPP
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
KALI KE-35, TAHUN 2015

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PSKPP CAWANGAN MIRI

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA


SOLO (LELAKI / PEREMPUAN)
PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-35
TAHUN 2015
1. PENDAFTARAN PESERTA
1.1
1.2

1.3

Pertandingan dibahagikan kepada 1 kategori sahaja iaitu


kategori solo lelaki dan wanita.
Setiap bahagian dibenarkan menghantar tidak lebih daripada
2 orang
(1 Kategori solo lelaki dan 1 lagi bagi kategori
solo perempuan).
Pendaftaran peserta mestilah menggunakan borang yang
telah disertakan bersama-sama peraturan pertandingan ini
dan jika tidak mencukupi boleh difotostat.

2. SYARAT PERTANDINGAN
2.1 PERINGKAT PERTANDINGAN
2.1.1 Peserta akan melalui 3 peringkat untuk memenangi
pertandingan karaoke ini iaitu peringkat saringan,
peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.
2.1.2 Untuk peringkat saringan, peserta akan dibahagikan
kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D.
2.1.3 Setiap kumpulan akan disertai oleh seramai 3 orang
peserta.
2.1.4 Setiap peserta di dalam kumpulan tersebut akan bersaing
sesama sendiri.
2.1.5 Pemenang bagi setiap kumpulan tersebut akan masuk ke
peringkat separuh akhir.
2.1.6 Semasa peringkat separuh akhir pemenang kumpulan A
akan bersaing dengan pemenang kumpulan C, manakala
pemenang kumpulan B akan bersaing dengan pemenang
kumpulan D.
2.1.7 Bagi peringkat akhir pula hanya dua orang peserta sahaja
yang akan pergi ke peringkat seterusnya.
2.1.8 Semasa peringkat akhir kedua-dua orang peserta ini akan
bertanding untuk mendapatkan gelaran juara karaoke.

2.2 TAJUK LAGU


2.2.1 Semasa peringkat saringan semua peserta akan
mempersembahkan dua buah lagu yang telah dipilh oleh

PSKPP CAWANGAN MIRI

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

peserta iaitu satu ada lagu Melayu asli dan satu lagu
Melayu Retro sahaja.
2.2.2 Peserta yang dapat masuk ke peringkat separuh akhir atau
akhir, akan mempersembahkan lagu yang telah dipilih
sendiri.
2.2.3 Lagu yang telah dinyanyikan semasa peringkat saringan
dan separuh akhir tidak akan dinyanyikan lagi dalam manamana peringkat.
2.3 PERSEMBAHAN
2.3.1 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari
VCD/DVD original secara, Minus One.
2.3.2 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta
dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku
kerosakan teknikal pada pemain VCD/DVD atau sebaliknya.
2.3.3 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dan tidak mencolok
mata.
2.3.4 Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari
atau bantuan prop.
2.4

MASA
Setiap persembahan nyanyian lagu tidak melebihi 7 minit.

2.5 VCD/DVD LAGU


2.5.1 Peserta perlu menyediakan VCD/DVD sendiri. Pihak urus
setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan
pada
VCD/DVD
yang
dimainkan
(Dinasihatkan
menyediakan Back up Copy).
2.5.2 Semua VCD/DVD perlu diserahkan kepada Urus setia
Pertandingan
selewat-lewatnya
1
jam
sebelum
pertandingan bermula.
Sebarang perubahan tajuk
nyanyian tidak akan dilayan selepas tempoh berkenaan.
2.5.3 VCD/DVD yang diserahkan kepada urus setia hendaklah
dilabelkan dengan jelas Nama Bahagian, Kategori dan Tajuk
Lagu.
3. ASPEK PEMARKAHAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Pic
30%
Ton (Mutu Suara)
15%
Dinamik (Ansur Kuat / Perlahan)
15%
Tempo (Ketetapan Mengikut Rentak)
15%
Attack / Release ( Mula dan Akhiri Rangkai Lagu)
15%
Sebutan ( Suara dan Senikata Jelas)
5%
Keterampilan ( Keyakinan dan Penguasaan Pentas)
5%
JUMLAH
--100%
PSKPP CAWANGAN MIRI

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

4. PERTUKARAN
Pertukaran peserta boleh dilakukan sehingga mesyuarat
Pengurus pasukan diadakan.
5. PEMBATALAN
5.1.1 Tiap-tiap peserta mestilah berada di tempat pertandingan
setengah jam sebelum masa yang ditetapkan untuk
pertandingan.
5.1.2 Peserta yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan
tanpa sebab yang munasabah akan dianggap tidak
menyertai pertandingan ini.
6. PANEL HAKIM
6.1.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan melantik para Panel
Hakim.
6.1.2 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
7. BANTAHAN
7.1.1 Bantahan bertulis yang telah ditandatangani oleh pengurus
pasukan
hendaklah
diserahkan
kepada
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola tidak lebih daripada 30 minit
selepas pertandingan berakhir.
7.1.2 Tiap-tiap bantahan disertakan dengan wang tunai
RM200.00 dan tidak akan dikembalikan jika sekiranya
didapati bantahan itu tidak berasas dan keputusan juri
adalah muktamad.
8. PERKARA-PERKARA LAIN
8.1.1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mempunyai hak
untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sebarang
kemusykilan dalam pertandingan ini yang tidak dinyatakan
dalam peraturan pertandingan ini dan berhak meminda
sebarang undang-undang pertandingan jika didapati perlu.
8.1.2 Tiap-tiap pertandingan akan dijalankan mengikut masa
yang telah ditetapkan dan pihak Jawatankuasa Pengelola
berhak meminda susunan pertandingan jika perlu dan akan
diberitahu kepada pengurus pasukan masing-masing
dengan kadar segera.
8.1.3 Disiplin dan kebajikan peserta adalah tanggungjawab
pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua
pengurus pasukan akan memberi kerjasama dan sokongan
PSKPP CAWANGAN MIRI

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

kepada pihak Pengelola pertandingan ini boleh berjalan


dengan lancar dan berjaya.

Lampiran
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN KARAOKE PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2013
PSKPP CAWANGAN MIRI

PESTA PSKPP SARAWAK KE-35

2015

PESERTA LELAKI
NAMA

NO. KAD PENGENALAN:


UMUR

JANTINA

DAERAH/BAHAGIAN

NO. TELEFON (H/P)

TAJUK LAGU
TRACK VCD/CD

:
:

PESERTA WANITA
NAMA

NO. KAD PENGENALAN:


UMUR

JANTINA

DAERAH /BAHAGIAN

NO. TELEFON (H/P)

TAJUK LAGU
TRACK VCD/CD

:
:

Saya mengesahkan bahawa segala butiran yang diberikan adalah benar. Saya berjanji akan mengikut etika dan syarat
pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
_______________________

COP DAN TANDATANGAN

NAMA PENGURUS : _________________________

SETIAUSAHA PSKPP BAHAGIAN

PEJABAT/ SEKOLAH : __________________________________________


FAKS NO. 085-428310 / 414340
EMEL : unitsukanppdmiri@gmail.com

PSKPP CAWANGAN MIRI

Anda mungkin juga menyukai