Anda di halaman 1dari 44

PENGURUSAN

STRES
Cynthia.Ignatia.Laura.Stephanie.Elizabeth

DEFINISI STRES

DEFINISI STRES
The Oxford Advanced Learners Dictionary
(International Students Edition)
mendefinisikan stres seperti yang berikut :
A noun that carries the meaning mental
pressure, which is pressure or worry caused by
the problems in somebodys life.

DEFINISI STRES
Cox T, 1978 pula mendefinisikan stres seperti
berikut :
Satu stimulus, respons atau natijah daripada
sesuatu interaksi antara dua individu di mana
dalam interaksi itu terdapat
ketidakseimbangan antara individu itu dan
persekitarannya.

Perkataan stres sebenarnya berasal daripada


perkataan eustres yang membawa maksud
dapat menyesuaikan diri atau stres yang
membina.
Ia juga berasal daripada perkataan distres
yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan
diri ataupun dapat merosakkan diri.
Oleh itu, stres adalah situasi yang
mengganggu ataupun membina kehidupan
seharian.

Stres pada umumnya dapat ditakrifkan


sebagai tindak balas minda dan fizikal yang
terhasil daripada permintaan ataupun cabaran
mengikut keadaan dan tempat.
Stres melibatkan perasaan subjektif di mana
pada peringkat awal dapat diterima dengan
baik dalam diri individu tetapi lama-kelamaan
menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit
jiwa.

Secara keseluruhannya stres adalah:


Ketidakupayaan memenuhi tuntutan
persekitaran
Gangguan fungsi kehidupan
Perubahan dinamik yang menyebabkan
individu berdepan dengan masalah, kekangan
dan desakan hidup
Peristiwa atau keadaan persekitaran yang
mendatangkan akibat yang negatif

Tekanan yang mengakibatkan kebimbangan,


keletihan dan ketegangan kepada individu .
Tindak balas luaran yang mengganggu mental
dan fizikal atau tindak balas kimia dalam
tubuh .
Hakikatnya stres itu normal dan berlaku kepada
setiap insan. Kita memerlukan stres sebagai
perangsang. Namun apabila stres itu tidak
boleh dikendalikan ia akan membebankan
kita.

JENIS JENIS
STRES

EUSTRES
Eustres adalah tekanan yang baik yang
mendorong seseorang untuk melakukan
sesuatu lebih baik. Tekanan ini diadaptasi
dengan baik oleh tubuh sebagai suatu respons
yang normal.

Ciri-ciri eustres :
Menghadapi sesuatu dengan penuh harapan
untuk melawan rasa takut dalam diri.
Memiliki jadual yang sangat padat, tetapi
didalam celah-celah jadual yang padat itu
ada aktiviti yang sangat diharapkan dan
sangat dinikmati.
Memiliki komitmen yang lebih terhadap apa
yang anda sayangi. Misalnya: pernikahan,
menjadi seorang ayah/ibu, menjadi pekerja,
atau menjadi pegawai negeri.

Bekerja dengan tujuan tertentu dan anda


tahu kecepatan anda saat bergerak akan
berkurang saat tujuan itu tercapai atau
bahkan saat baru akan tercapai.
Merasa tabah, bersedia dan bersemangat
untuk menerima dan menyelesaikan tugas
yang akan anda hadapi.
Merasakan keadaan badan yang cukup lelah
namun akhirnya akan menikmati tidur yang
lelap dan nyaman.

DISTRES
Distres adalah tekanan yang negatif sehingga
menyebabkan manusia tidak tenteram dan
resah gelisah. Perkara ini berpunca daripada
respons yang tidak baik.

Ciri-ciri distres :
Menghadapi segala sesuatu dengan perasaan
takut, resah, gelisah dan khuatir.
Memiliki jadual yang sangat padat, tetapi
tidak ada satu pun yang dapat anda nikmati
dan mahu tidak mahu, harus anda penuhi
kewajipan itu.
Merasa bahawa semua yang anda lakukan
tidaklah penting, tidak memenuhi seluruh
keperluan anda, dan tak sebanding dengan
tenaga, fikiran dan waktu yang anda
curahkan.

Merasa tidak tenang dan selalu merasa panik


seakan-akan tidak ada jalan keluar untuk
menyelesaikan tugas, merasa tidak ada
selesainya, dan merasa tidak ada yang
membantu menyelesaikannya.
Merasa lebih baik bekerja daripada
berhenti/istirahat sejenak saat jam kerja.
Memiliki tidur yang tidak lelap dan tidur yang
resah.

PUNCA-PUNCA
STRES

Terdapat banyak punca stres yang mungkin


berpunca daripada individu itu sendiri ataupun
melibatkan kelompok manusia dan alam
sekeliling.
Punca stres berubah-ubah mengikut tahap umur
dan kematangan seseorang.
Stres boleh berpunca daripada faktor bagaimana
seseorang itu berfikir, perwatakannya dan
bagaimana seseorang itu menyelesaikan masalah
silam.
Stres juga boleh berpunca daripada faktor
kekecewaan, konflik, kehilangan, masalah
hubungan sesama manusia serta perubahan
peranan dan tanggungjawab.

Penyebab kepada stres berbeza-beza di antara


satu individu dengan individu yang lain. Antara
lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:
a) Individu berpunca dari segi kepercayaan,
perasan, cara berfikir dan cara kita bertindak
b) Interpersonal mempunyai hubungkait dengan
orang yang kita temui.
c) Organisasi institusi di mana kita bekerja
d) Masyarakat tempat kita tinggal dan bekerja
e) Lain-lain budaya, negara, antarabangsa, atau
sejagat

PUNCA STRES
MENGIKUT
KATEGORI

STRES DALAM KALANGAN


REMAJA

Ibu bapa dan keluarga


Kemalangan dan penyakit
Seksualiti, jatuh cinta, putus cinta, mengandung luar nikah
Menyertai kumpulan baru/ jauh dari keluarga
Melanggar undang-undang
Perpindahan/tukar sekolah
Keresahan
Timbulnya jerawat
Berfikir mahu membunuh diri
Pencapaian akademik tidak memberangsangkan
Tambah berat badan

STRES DALAM KALANGAN


WANITA BEKERJA
Terikat dengan pekerjaan tradisi seperti
jururawat, setiausaha, keguruan.
Gaji yang rendah berbanding lelaki yang
bekerja di tempat dan jawatan yang sama.
Bekerja luar dan dalam rumah.
Gangguan seksual.

STRES DALAM KALANGAN


KELUARGA

Kewangan
Suami isteri bekerja
Penjagaan anak
Keputusan kehamilan
Berpisah daripada keluarga ataupun ibu bapa
Pasangan
Penderaan

SIMPTOM DAN
PETANDA STRES

TANDA-TANDA FIZIKAL
Sakit kepala
Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan
banyak berpeluh
Berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas
seolah-olah sakit jantung
Cirit-birit, kerap buang air dan mudah
mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit
jantung, darah tinggi dan diabetes
Penyakit kulit dan kanser.

TANDA-TANDA
PSIKOLOGIKAL
Tertekan, tidak tenang, risau, resah,
murung,cepat marah dan cepat bosan.

TANDA-TANDA SOSIAL
Hubungan antara suami isteri, jiran dan rakan
sekerja yang terjejas.
Menyalahgunakan dadah
Menghisap rokok secara berlebihan
Kemalangan
Selalu ponteng kerja
Produktiviti merosot.

PETANDA WUJUDNYA
STRES
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur,
sakit-sakit badan terutamanya di kawasan
bahu dan belakang, degupan jantung yang
kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk
tangan dan berpeluh.
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah
untuk membuat keputusan, tidak boleh
berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh
berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah,


mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah
hilang sabar dan panas baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti
menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki,
makan yang berlebihan, merokok, minum
arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkitungkit dan menyalahkan orang lain serta
bertindak agresif.

KESAN-KESAN
STRES

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke).


Insomnia atau susah tidur.
Kencing manis.
Gastrik dan ulser.
Infeksi atau jangkitan kuman.
Asthma.

Kesan-kesan stres yang lain adalah seperti berikut


:
Terlalu runsing fikiran terganggu
Tidak boleh santai
Rambut keguguran
Sukar tidur
Enggan kerjasama
Tindakan mengambil dadah
Emosi tidak stabil
Takut menghadapi masalah
Pernafasan kencang

Anda mungkin juga menyukai