Anda di halaman 1dari 52

KESIHATAN MENTAL:

PENGURUSAN
TEKANAN
OLEH: DR NOOR ATIQAH BINTI AB RAHIM
PAKAR KLINIKAL PSIKIATRI
JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
HOSPITAL QUEEN ELIZABETH
KANDUNGAN
Kesihatan Mental
- Takrifan
- Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental
- Faktor yang menganggu kesihatan mental

Penyakit Kesihatan Mental


- Takrifan dan statistik ringkas

Tekanan (Stress)
-Takrifan
-Model Stress dan Stress Berkaitan Kerja
-Faktor mempengaruhi tekanan
-Tanda-tanda stress
-Pengurusan stress
KESIHATAN MENTAL
KESIHATAN MENTAL: TAKRIFAN

• Seseorang individu sedar akan kemampuan untuk bertindak balas terhadap stress kehidupan, boleh bekerja
secara produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
• Ia juga merujuk kepada:
- Cara berfikir, rasa dan bertindak
- Cara berhadapan dengan masalah dan mengatasinya
- Cara berinteraksi dengan orang lain

(Petikan daripada WHO)


KESIHATAN MENTAL: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

- cara/asuhan semasa tumbesaran


- Tahap Pendidikan
- Agama dan budaya hidup
- Pengaruh persekitaran (rakan sebaya, media sosial)
- Kesihatan fizikal
- Keistimewaan, kelemahan dan pencapaian individu
KESIHATAN MENTAL: FAKTOR YANG BOLEH MENGGANGGU

• Pengalaman hidup teruk atau trauma seperti sejarah penderaan fizikal atau seksual
• Penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya
• Keturunan
• Penyalahgunaan alkohol dan dadah
• Kurang pendedahan atau interaksi sosial
• Pendedahan kepada stress yang tinggi atau berlarutan
PENYAKIT KESIHATAN
MENTAL
PENYAKIT KESIHATAN MENTAL:TAKRIFAN

• Merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, emosi dan tingkah laku (atau mana-mana gabungan) hingga
menyebabkan kesukaran untuk menampung tekanan biasa dan rutin kehidupan seharian

(Rujukan dari Buku Panduan Kesihatan Mental, Malaysian Psychiatric Association)


PENYAKIT KESIHATAN
MENTAL: STATISTIK
RINGKAS

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan


Morbiditi 2015 menunjukkan 4.2 juta rakyat Malaysia
yang berumur 16 tahun ke atas (29.2%) bergelut
dengan masalah kesihatan mental.
TEKANAN (STRESS)
TEKANAN (STRESS):TAKRIFAN

• Keadaan seseorang yang berada dalam keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan
mental dan fizikal yang berlaku ke atasnya (Kamus Dewan)

• Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku terhadap mereka

• Dimanifestasi melalui tindak balas fizikal, emosi dan mental yang di alami apabila kemahuan atau keperluan
tidak dipenuhi
TEKANAN(STRESS): TEORI STRESS

• Teori stress diasaskan oleh Hans Selye


(1907-1982):
‘ Reaksi fisiologi dan psikologi tubuh badan
terhadap bebanan yang dialami sama ada
dalam bentuk cabaran, ancaman atau
perubahan’
TEKANAN (STRESS): STRESS BERKAITAN KERJA

• Stress berkaitan kerja boleh berlaku apabila


permintaan dalam pekerjaan melebihi keupayaan
seseorang dalam menanganinya
• Jika tidak ditangani secara hemah, stress mampu
mempengaruhi keadaan kesihatan mental individu
dan produktiviti tugasan
TEKANAN (STRESS): STRESS BERKAITAN KERJA

• Yerkes-Dodson Law (1908)


Menghuraikan bahawa terdapat kaitan antara tahap
stress dengan prestasi seseorang ; di mana tahap
prestasi meningkat berkadar arus dengan stress yang
dialami.
Namun, jika stress tersebut melebihi tahap
kemampuan individu menyebabkan prestasi terkesan
TEKANAN (STRESS): MODEL STRESS BERKAITAN KERJA

Berdasarkan kajian dikenali sebagai ‘ Job Demand-


Resources (JD-R)’ oleh Arnold B. Bakker Evangelia
Demeouti (2007)
Setiap pekerjaan berisiko terdedah kepada stress
Stess boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
permintaan pekerjaan (Job demand) dan sumber
pekerjaan (Job resourced)

Berpandukan gambarajah ini, tekanan boleh tercetus akibat


ketidakseimbangan antara keperluan/tuntutan individu dalam
pekerjaan dengan keupayaan atau sumber tenaga bagi memenuhi
Tuntutan tersebut
TEKANAN (STRESS): PUNCA-PUNCA

• Konflik peraturan
• Budaya sesuatu organisasi
• Trauma
• Pengurusan yang lemah
• Kerja lebih masa
• Permintaan pekerjaan
• ‘Deadline’ yang melampau
• Tempat pekerjaan fizikal
• Mikro-pengurusan
• Hubungan sesama pekerja
• Kurangnya peralatan dan sumber
• Kurangnya sokongan
• Kurangnya peluang untuk naik pangkat
• Perubahan dalam polisi pengurusan
• Gangguan
TEKANAN (STRESS): TANDA-TANDA DALAM INDIVIDU

Apabila seseorang tidak tahan berdepan dengan stres, pekerja akan menerima kesannya secara langsung kualiti
kesihatan mental dan fizikal.

Jika berterusan, akan menjurus kepada masalah kesihatan psikologikal


- jiwa tidak tenteram, kemurungan kronik dan masalah mental yang lain.

Stres juga akan mempengaruhi keadaan fizikal badan


- penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan dan banyak lagi.
PERASAAN NEGATIF DAN KEMURUNGAN
• Perasaan negatif boleh terbentuk dalam pelbagai cara. Ia mungkin bersifat sementara seperti perasaan yang
teruk apabila anda gagal melakukan sesuatu tugasan.

• Kemudian ia mula membentuk kepada perasaan ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri dan anda mula
mempersoalkan kebolehan anda.

• Masalah kecil yang berlaku boleh mengakibatkan anda berasa sangat kecewa pada diri.

• Hilangnya keyakinan diri boleh menyebabkan kemurungan dan jiwa tidak tenteram.
TANDA-TANDA ANXIETY/KERISAUAN
TANDA-TANDA KEMURUNGAN
SIFAT AGRESIF

• Anda menjadi marah terhadap semua orang.


• Jenaka anda selalu ketawakan bersama rakan sudah menjadi
penghinaan - rasakan perlu untuk melawan mereka kembali.
• Tindakan biasa oleh rakan sekerja sudah menjadi satu penghinaan
kepada anda.
PERALIHAN MOOD YANG LUAR BIASA

• Ada hari anda datang ke tempat pekerjaan dengan


perasaan gembira,
• Tapi setengah jam kemudian, anda berasa sangat
kecewa dan mula menitiskan air mata.
• Apabila anda selesai melalui mood ‘blue’ itu anda akan
berasa sangat malu dan tidak pasti mengapa mood
anda berubah dengan sekelip mata.
MASALAH TUMPUAN

• Anda cepat lupa mengenai sesuatu.


• Perhatian anda menjadi semakin mengurang.
• Anda tidak boleh fokus pada pekerjaan yang selama ini anda
arif lakukan
• Anda juga akan cepat rasa keliru.
PERUBAHAN TERHADAP GAYA HIDUP

• Stres berkaitan pekerjaan mempengaruhi kehidupan anda di luar tempat kerja.


• Anda mungkin mengalami tidur yang tidak mencukupi, mungkin juga terlebih tidur.
• Begitu juga habit pemakanan anda. Mungkin selera anda bertambah atau berkurang dengan mendadak.
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
MASALAH KETEPATAN
MASA

• Akibat daripada kurangnya motivasi atau


ketakutan pada kerja, anda akan tidak
sengaja datang lewat ke tempat kerja dan
mempunyai keinginan untuk pulang
seawal yang mungkin.
KETIDAKHADIRAN/ABSENTEEISM
Ketidakhadiran, adalah ketiadaan fizikal atau mental tempat kerja.
TANDA-TANDA STRES
BERKAITAN KERJA DI
DALAM KUMPULAN
ATAU ORGANISASI
PERBALAHAN DALAMAN DI ANTARA
KUMPULAN
SEMAKIN RAMAI PEKERJA BERHENTI KERJA
SEMAKIN BANYAK ADUAN
SEMAKIN BANYAK KETIDAKHADIRAN KERJA
AKIBAT CUTI SAKIT
PRESTASI KERJA MENURUN
KEPAYAHAN UNTUK MENGGAJI PEKERJA
BARU
BAGAIMANA MENANGANI STRESS?
1) Jika masalah daripada individu, cuba bersemuka dan cari jalan penyelesaian. Banyak
masalah berpunca dari maklumat orang ketiga sehingga menimbulkan salah faham
yang berpanjangan.

2) Rancang kerja dan masa dengan baik. Senaraikan tugasan mengikut kepentingan dan
tarikh yang perlu disiapkan.

3) Kenal pasti serta ubah jika ada polisi yang tidak fleksibel sehingga menyebabkan stres
berlaku.

4) Cuba kenal pasti tahap kemampuan sendiri dan belajar untuk menjadi lebih asertif.
Seringkali mereka yang boleh buat kerja dibuli dengan beban kerja yang banyak,
sedangkan mereka yang malas tidak diberikan tugasan yang sewajarnya. Ini akan
menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kemudian hari.

5) Lakukan kerja secara berpasukan serta bahagikan tugas mengikut kemahiran serta
kebolehan.
6) Amalkan work-life balance atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan. Tetapkan
matlamat hidup, kepentingan anda serta pisahkan kerja dari rumah. Tinggalkan apa yang berkaitan
dengan kerja di tempat kerja.

7) Kenal pasti sistem sokongan anda. Ia boleh jadi pasangan, rakan atau pun ahli keluarga. Mereka
adalah tempat untuk anda menyalurkan tekanan yang dialami. Selain daripada meluahkan masalah,
kita dapat berkongsi pendapat serta belajar dari pengalaman orang lain.

8) Meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti beriadah, makan
makanan seimbang dan tidur secukupnya. Disarankan, senaman dilakukan tiga kali seminggu
dengan 30 sehingga 45 minit setiap sesi. Elakkan mengambil terlampau banyak kafein, alkohol atau
merokok.
PENGAMALAN GAYA HIDUP SIHAT
DIET SEIMBANG

• Diet seimbang adalah lebih mudah dan lebih


bermanfaat daripada diet rendah lemak atau rendah
karbohidrat untuk dikekalkan oleh kebanyakan orang.
• Ia harus termasuk sumber protein tanpa lemak,
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan
kuantiti terhad makanan diproses dan gula tambahan
AKTIVITI FIZIKAL

• Sebarang jumlah aktiviti fizikal adalah lebih baik daripada tiada, tetapi kira-kira yang disyorkan ialah 150
minit seminggu (atau dua jam dan 30 minit) dalam sekurang-kurangnya 10 minit selang. Pedometer ialah
cara terbaik untuk membantu memantau tahap aktiviti fizikal anda dan kekal pada sasaran.
TEKNIK-TEKNIK RELAKSASI

Deep Breathing Exercise


Grounding
Pleasant Memories and Fantasies
Object Focusing/Sensory Awareness
Mindfullness
DEEP BREATHING EXERCISE
GROUNDING EXERCISE
MINDFULL STRETCHING
MINDFUL WALKING
SKOR SARINGAN UJIAN DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE (DASS-21)

Kemurungan Kebimbangan Stress


Normal 0-5 0-4 0-7
Ringan 6-7 5-6 8-9
Sederhana 8-10 7-8 10-13
Teruk 11-14 9-10 14-17
Sangat Teruk 15 dan ke atas 11 dan ke atas 18 dan ke atas
BAGAIMANA MENDAPATKAN RAWATAN

Langkah 3
PENILAIN
Langkah 1 PSIKIATRIK Langkah 3
Langkah 2 DI KLINIK PENILAIAN Langkah 4
SARINGAN PAKAR Bio-Psiko-Sosial PERAWATA
KESIHATAN DAPATKAN PSIKIATRIK
RUJUKAN N
Klinik Sejarah Bio-Psiko-
Kesihatan/Pe Kerajaan/ Penyakit Sosial-
sakit Swasta/Klinik
Sejarah Spiritual
Luar/Swasta
Personal
Maklumat
Keluarga

Anda mungkin juga menyukai