Anda di halaman 1dari 17

DPS3023

PSIKOLOGI PERSONEL

BAB 8
TEKANAN DI TEMPAT KERJA
DISEDIAKAN OLEH:
CIK MAS AYU BINTI IBRAHIM
KOLEJ JAIPUTRA
DIPLOMA PSIKOLOGI
1
2
PENGENALAN

• Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan
telah mendefinisikan tekanan sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik
oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang
menimpanya.”
• ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun
apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya.
• Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan
sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia
dinamakan sebagai “distress.”
• Tekanan yang positif amat kita perlukan untuk menjadikan kita lebih
berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberi tumpuan dan
perhatian kepada apa yang kita lakukan.
• Banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis telah berlaku di saat mereka
tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Cth, ketika Alexander
Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable
Hubbard, yang hilang pendengaran, beliau telah berjaya mencipta 3
Graf Stress Hans Selye

• Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya


motivasi dan tumpuan kepada kerja.
• Bila stress berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan
mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.
• Stres diperingkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan
meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu. 4
PUNCA TEKANAN
• PERSONALITI:
– Bergantung kepada jenis personaliti: Personaliti Jenis A
mudah tertekan.
– Personaliti Jenis A: pekerja yang mempunyai dorongan kerja
yang tinggi, bersemangat, tidak sabar, cepat marah, agresif
dan sering tertekan dengan pekerjaan.
– Oleh itu, mereka akan mudah rasa tertekan, bimbang, dan
sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram di tempat
kerja kerana bebanan kerja yang tinggi.
– Mudah terdedah kepada penyakit yang berkaitan dengan
tekanan seperti serangan jantung, darah tinggi, dan sakit
kepala.
5
sambungan
• PERUBAHAN ORGANISASI:
– Perubahan dari segi struktur pentadbiran,
penggabungan, produk baru, polisi syarikat,
pengembangan staf, perubahan teknologi,
perubahan kepimpinan dll.
– Memandangkan pekerja telah terbiasa dengan
cara kerja yang terdahulu, perubahan akan
menyebabkan tekanan disebabkan perubahan ke
atas struktur dan prosedur kerja (Leiter & Harvie,
1998).
6
sambungan
• GANGGUAN:
– Cth: gangguan seksual, diskriminasi kaum, gender atau
gangguan lain yang dilakukan sama ada pegawai atasan
atau pegawai bawahan.
– Gangguan mungkin berlaku kepada seorang pekerja dan
yang mengganggu mungkin hanya seorang sahaja atau
melibatkan sekumpulan pekerja.
– Tekanan yang tinggi mungkin akan dialami sekiranya tiada
mekanisme tertentu yang boleh dilakukan untuk mengatasi
gangguan tersebut.
– Boleh menyebabkan masalah lain yang berkaitan dengan
tekanan seperti ponteng kerja, penurunan prestasi, dan
ketidakpuasan kerja. 7
sambungan
• KONFLIK PERANAN:
– Berlaku apabila kehendak tugas adalah tidak selari
dengan apa yang dijangkakan oleh pekerja.
– Juga boleh berlaku sekiranya pekerja terpaksa
melakukan sesuatu kerja yang bertentangan
dengan nilai moral yang dipegangnya. Cth:
menjual produk yang diketahui tidak mendapat
kelulusan sepatutnya.

8
Faktor Tekanan Secara Umum
• Keadaan kerja yang selalu berada di bawah tekanan.
• Ketidakjelasan tugas yang diberikan.
• Permintaan barang yang sangat tinggi.
• Kurangnya perencanaan kerja.
• Adanya ancaman dalam kalangan pekerja.
• Teriakan dan makian para pelanggan.
• Teman kerja yang selalu mengganggu.
• Ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan,
mesin dan sebagainya.
9
KESAN-KESAN TEKANAN
• KESAN FISIOLOGI / BIOLOGI:
– Melibatkan tindak balas fizikal yang dirasai oleh pekerja
setelah sumber tekanan berjaya melemahkan sistem
tubuh individu.
– Peningkatan kadar degupan jantung yang boleh
menyebabkan serangan jantung yang kronik, peningkatan
kadar perpeluhan, peningkatan tekanan darah dan
denyutan nadi.
– Ketegangan di bahagian perut, otot tangan, lengan, dan
kaki serta peningkatan tahap glukosa dalam darah.
– Sakit di bahagian kepala, keletihan, tidak bermaya.
10
sambungan
• KESAN PSIKOLOGI:
– Tindak balas melibatkan pemboleh ubah afektif
yang berpunca dari rasa tidak puas terhadap kerja
yang dilakukan.
– Perasaan kecewa, marah, hilang sabar, dan takut.
– Sifat pasif yang ditunjukkan seperti tidak boleh
tidur, bimbang dan susah hati, murung, hilang
keyakinan diri.
– Boleh menyebabkan rendahnya penghargaan
kendiri dan keyakinan diri.
11
sambungan

• KESAN TINGKAH LAKU:


– Boleh memberi impak yang besar ke atas
produktiviti dan prestasi kerja.
– Terdapat lima kategori tindak balas tingkah laku
menurut Muchinsky (2006) iaiti:
a. Perlakuan antisosial: mencuri, merosakkan harta
benda.
b. Peranan kerja: prestasi menurun, kemalangan,
penggunaan dadah.
c. Tingkah laku merosakkan diri sendiri:
penyalahgunaan dadah.
d. Mengetepikan peranan hidup lain: penderaan
isteri/anak-anak 12
MENANGANI TEKANAN DI TEMPAT KERJA
• Membentuk dan mendefinisi semula tugas.
• Membentuk semula persekitaran kerja.
• Mewujudkan jadual kerja anjal.
• Menggalakkan penyertaan dalam pengurusan.
• Menganalisis peranan tugas dan menetapkan matlamat organisasi.
• Menyediakan khidmat sokongan sosial.
• Membina pasukan kerja yang mantap.
• Berkongsi keuntungan yang diperoleh.
• Mewujudkan polisi kerja yang adil.
• Mengelakkan bebanan kerja yang terlalu banyak.
• Menyediakan program pengurusan tekanan.

13
9 Tips Mengatasi Stress Di Tempat Kerja
• Rancang dengan baik aktiviti anda: apa, mengapa,
bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab
terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat
perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga
jangka pendek.
• Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami
masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat kembali
adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk
mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.
• Bersama-sama membangun suasana kerja yang
menyenangkan, seperti dengan bersikap terbuka dan
berkomunikasi dengan rakan sekerja. 14
sambungan
• Pastikan anda memahami tugas dan tanggung
jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.
• Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit
selama anda bekerja. Santai dan jangan melakukan
apapun. Ambil nafas dalam-dalam.
• Miliki sikap toleransi kepada rakan sekerja. Ingatlah
bahawa setiap orang memiliki peribadi yang unik.
Sebagai contoh : beberapa orang berprestasi lebih
baik di bawah tekanan sementara sebahagian yang
lain memerlukan waktu lebih banyak untuk
menyelesaikan pekerjaannya. 15
sambungan
• Delegasikan sebahagian tanggung jawab anda
kepada anak buah anda.
• Pertahankan semangat berpasukan anda,
misalnya dengan melakukan perayaan-
perayaan kecil, berolahraga atau berekreasi
bersama.
• Sediakan lingkungan kerja yang baik.
Minimakan gangguan-gangguan seperti suara,
ventilasi, cahaya dan suhu.
16
SEKIAN, TERIMA KASIH

17

Anda mungkin juga menyukai