Anda di halaman 1dari 19

DPS4013

PSIKOLOGI INDUSTRI DAN


ORGANISASI

KULIAH 2 : PERBEZAAN INDIVIDU

Disediakan oleh:
MAS AYU BINTI IBRAHIM
DIPLOMA PSIKOLOGI
KOLEJ JAIPUTRA
1
PERSEPSI PEKERJA
• Definisi persepsi:
– Suatu proses yang dilakukan oleh seseorang untuk
memilih, menyusun dan menerima segala
maklumat yang diperoleh melalui pancaindera
agar menjadi satu gambaran dan kefahaman yang
berguna.
– Penilaian seseorang terhadap orang lain, benda-
benda sekeliling dan juga sesuatu kejadian.

2
3
4
PROSES PEMBENTUKAN PERSEPSI

PENERIMAAN PEMPROSESAN PENGARUH

OUTPUT REAKSI

5
Sambungan
1. Penerimaan
– Segala input yang diterima oleh seseorang sama ada
dalam bentuk objek, kejadian, atau orang melalui
mekanisma deria masing-masing iaitu penglihatan,
pedengaran, sentuhan, bauan, dan juga rasa.

2. Pemprosesan
– Dijalankan dengan memilih, menyusun, dan
memahami segala input yang diterima supaya ia
dapat disampaikan dengan lebih bermakna.
6
Sambungan
3. Pengaruh
– Semasa melakukan pemprosesan, sudah mula
berlaku pengaruh dari dalam dan luar untuk
memperkuatkan atau melemahkan output.
– Faktor dalaman: Ciri-ciri orang yang melihat
seperti dorongan dan keperluan, pengalaman
lepas, personaliti.
– Faktor luaran: Saiz, kejelasan, rupa, pergerakan.

7
Sambungan
4. Output
– Hasil daripada ketiga-tiga elemen terdahulu yang menguatkan
sesuatu sikap, pandangan, dan perasaan seseorang.

5. Reaksi
– Hasil daripada output itu menggerakkan satu tindakbalas
terhadap apa yang didengari, dirasa, dan dilihat oleh seseorang.
– Tindakbalas ini mengandungi satu set input yang baru untuk
diproses bagi menyediakan satu pengertian baru kepada individu
yang melihat.
– Sekali lagi proses tanggapan berlaku sama ada apa yang
dilakukan oleh seseorang itu dianggap betul atau tidak.

8
MEKANISME PERSEPSI

PEMILIHAN PENYUSUNAN
PERSEPSI PERSEPSI

INTERPRETASI
PERSEPSI

9
Sambungan
1. Pemilihan Persepsi
– Satu bentuk kelakuan seseorang yang melihat
apa yang hendak dilihat terutama benda atau
peristiwa yang diminati.
– Melibatkan DUA prinsip psikologi iaitu:
a. Perhubungan Belakang Lembaga
b. Perhubungan Persepsi

10
Sambungan
a. Perhubungan Belakang Lembaga
– Kecenderungan seseorang melihat faktor yang menonjol
daripada faktor lain yang tidak penting.
– Cth: Objek putih (positif) lebih menonjol daripada objek hitam
(negatif).
– Persepsi terhadap seseorang bergantung kepada dari dimensi
mana seseorang dilihat.

b. Perhubungan Persepsi
– Seseorang selalu memandang sesuatu yang berkaitan dengan
keperluan, kehendak, dan keinginan.
– Seseorang hanya melihat benda yang disukai dan mengalihkan
pandangan daripada apa yang tidak menyenangkan hati.
11
Sambungan
2. Penyusunan Persepsi
– Proses menyusun segala input yang dipilih supaya
menjadi lebih bermakna kepada orang yang
membuat tanggapan.
– Proses penyusunan dilakukan melalui beberapa
mekanisme iaitu:
a. Pengumpulan – proses menghimpunkan sesuatu atau
benda mengikut ciri-ciri kesamaan.
b. Penutupan – menokok tambah sesuatu maklumat yang
tidak lengkap (prinsip Gestalt).
c. Memudahkan – mengambil mudah sesuatu perkara tanpa
menyelidiki dengan lebih terperinci sehingga mengabaikan
maklumat yang penting. 12
Sambungan
3. Interpretasi Persepsi
– Merupakan kefahaman terhadap sesuatu objek
atau kejadian dari kacamata pembuat tanggapan
bagi mencapai sesuatu tujuan.
– Ciri-ciri yang diamalkan:
a. Proses yang subjektif.
b. Proses yang berbentuk pengadilan.
c. Proses memudahkan interpretasi tanggapan.

13
NILAI & SIKAP PEKERJA
A) NILAI
– Definisi: konsep yang bersifat nyata dan
berselindung untuk menerangkan apa yang
disukai atau tidak disukai oleh seseorang atau
kumpulan.
– Asas nilai – pendapat yang menitikberatkan
moral baik atau buruk.
– Nilai dalam pembentukan organisasi adalah nilai
yang boleh diterima oleh setiap individu di
organisasi tersebut.
14
Sambungan
• Gordon Allport telah mengkategorikan nilai
kepada ENAM jenis dalam bukunya ‘A Study of
Values’:
a. Nilai Teori
• Bergantung kepada penemuan kebenaran melalui
pendekatan yang rasional dan kritikal. Cth: Ahli Sains
b. Nilai Ekonomi
• Nilai yang menekankan kepada kegunaan dan amalan. Cth:
Ahli Perniagaan
c. Nilai Estetika
• Nilai yang mengutamakan bentuk dan kesejahteraan. Cth:
Artis (lebih menilai kecantikan). 15
Sambungan
d. Nilai Sosial
• Nilai yang mengutamakan kepada kasih sayang . Cth:
Jururawat.
e. Nilai Politik
• Penekanan terhadap memperoleh kuasa dan
pengaruh. Cth: Ahli Politik
f. Nilai Keagamaan
• Menumpukan kepada panduan pengalaman dan
kefahaman alam semester keseluruhannya. Cth: Ahli
Ulama

16
Sambungan
B) SIKAP
– Definisi Sikap:
Satu kenyataan penilaian sama ada menyukai atau
tidak menyukai sesuatu objek, orang atau
kejadian. Ia menggambarkan perasaan seseorang
terhadap sesuatu.
– Ciri-ciri utama sikap:
a. Tidak boleh diwarisi tapi boleh dipelajari dari orang
lain atau persekitaran.
b. Dinamik – boleh mengarah tingkah laku seseorang
17
Sambungan
• Tiga komponen sikap:
a. Kognitif – berkaitan dengan kepercayaan tentang sesuatu
(baik – buruk, betul – salah, sesuai – tidak sesuai).
b. Afektif – berkaitan dengan suka atau tidak suka. Cth:
perasaan positif/negatif terhadap majikan.
c. Tingkah laku – kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

• Jenis-jenis sikap:
a. Kepuasan kerja
b. Penglibatan kerja
c. Komitmen kerja
18
SEKIAN, TERIMA KASIH
Mas Ayu Binti Ibrahim
19

Anda mungkin juga menyukai