Anda di halaman 1dari 19

KULIAH 6:

TINGKAH LAKU INGESIONAL

Disediakan Oleh:
MAS AYU BINTI IBRAHIM
KOLEJ JAIPUTRA

1
TINGKAHLAKU INGESIONAL
• Merupakan tingkahlaku yang dimotivasikan untuk
memenuhi keperluan fisiologi badan.
• Jika berlaku kekurangan dalam badan, maka kita
digerakkan untuk menghilangkannya dengan
mengambil makanan atau minuman.
• Untuk mengekalkan persekitaran dalaman agar stabil
(homeostasis) adalah dengan wujudnya keadaan
desakan seperti lapar dan dahaga.
• Desakan homeostatik atau desakan fisiologi primer
adalah desakan yang berbentuk lapar, dahaga, dan
regulasi suhu.
2
REGULASI PENGAMBILAN MAKANAN
JANGKA PENDEK
• Dipengaruhi oleh beberapa faktor: rasa, bau, warna.
• Pengecutan dan pengembangan dinding perut yang
akan meningkat bila perut menjadi kosong iaitu
maklumat dari perut akan melalui saraf ragus ke
otak dan diinterpretasikan sebagai ‘hunger pangs’.
• Apabila makanan bergerak dari usus kecil ia
merangsang pengeluaran CKK (keleksitokinin)
sejenis hormon yang meresap ke dalam salur darah
dan berfungsi sebagai isyarat kekenyangan (kuantiti
makanan yang mencukupi telah menembusi usus
keci dan proses pengambilan makanan berhenti). 3
• Makanan yang melalui sistem penghadaman
dihadamkan oleh enzim-enzim penghadaman kepada
komponen2 yang boleh diresapi melalui dinding usus
iaitu :
– Karbohidrat sebagai gula (selulosa)
– Protein sebagai asid amino
– Lemak sebagai asid lemak
• Paras glukosa dikawal oleh reseptor glukosa yang
terdapat dalam dinding saluran darah.
• Aktiviti dalam reseptor adalah berkadaran dengan
proses glukos darah iaitu informasi dihantar ke otak dan
menolong dalam mengawal kuantiti pengambilan
makanan.
4
REGULASI PENGAMBILAN MAKANAN
JANGKA PANJANG
• Pengambilan yang melibatkan bahagian talamus dikenali
sebagai nukleus ventro-medial mengandungi bahagian
kawalan kekenyangan yang akan memberhentikan
pengambilan makanan.
• Nukleus lateral mengandungi pusat kawalan yang
bertanggungjawab untuk merangsang pengambilan makanan.
• Haiwan atau manusia meregulasi pengambilan makanan untuk
mengawal berat badan dan menyediakan tenaga untuk
kegunaan.
• Terdapat 4 hipotesis mengenai pengawalan pengambilan
makanan jangka panjang iaitu hipotesis glukostatik, lipostatik,
aminostatik dan termostatik.
5
HIPOTESIS GLUKOSTATIK
• Cara pengawalan pengambilan makanan supaya
metabolisme glukosa kekal stabil di dalam badan.
• Tindak balas berlaku apabila pengambilan
makanan diselaraskan untuk mengakalkan paras
metabolisme glukosa yang stabil.
• Glukosa penting untuk sel-sel badan di mana ia
diserap melalui dinding usus ke saluran darah
selepas dihadamkan ia disimpan untuk kegunaan
segera sel dan untuk ditukar kepada glikogen.
• Apabila diperlukan, lemak dalam adiposit ditukar
menjadi asid lemak dalam saluran darah.
6
HIPOTESIS LIPOSTATIK
• Lipid (lemak) disimpan di dalam sel2 (adiposit)
untuk membentuk tisu lemak (adipos) dalam
lemak.
• Turun naik amaun lemak yang disimpan
menyebabkan variasi dalam berat badan.
• Bilangan adiposit ditentukan oleh faktor genetik
dan pemakanan, bilangannya tetap bila dewasa,
keadaan lemak sahaja yang berbeza.
• Titik penentu berat badan ditentukan oleh
jumlah sel2 lemak dan kepenuhan relatif.
7
HIPOTESIS AMINOSTATIK
• Kehadiran asid amino menghasilkan lapar dan
tingkahlaku makan.
• Kepentingan mendapatkan asid amino bagi
sintesis protein dalam pertumbuhan.
• Pemakanan yang kaya dengan protein amat
mengenyangkan.
• Metabolisme asid amino juga memberi
sumbangan kepada regulasi bekalan tenaga
bagi badan.
8
HIPOTESIS TERMOSTATIK
• Organisma makan untuk memanaskan badan
dan berhenti makan untuk menyejukkan
badan.
• Fakta: suhu badan meningkat dalam
pengambilan makanan.
• Suhu badan keseluruhan menunjukkan
tentang indeks paras metabolik umum.

9
KECELARUAN DALAM PENGAMBILAN
MAKANAN
• Ketidaknormalan dalam corak pengambilan
makanan dan regulasi berat badan.
• Terdapat 3 jenis iaitu:
– Obesiti
– Anoreksia nervosa
– Bulimia

10
OBESITI
• Keadaan di mana berat badan meningkat melebihi paras
normal dengan penambahan lemak dalam badan.
• Berat melebihi 20% daripada berat normal.
• Individu yang normal mempunyai lebih kurang 25 bilion sel
adipos di mana setiap satunya seberat 2/3 mikrogram.
• Individu yang gemuk mempunyai sel adipos yang
berlebihan dan lebih berat.
• Bilangan tisu adipos yang meningkat menyebabkan
peningkatan dalam berat badan.
• Pengurangan berat badan akan berhenti apabila sel2
adipos menepati saiz normal.

11
ANOREKSIA NERVOSA
• DEFINISI : Kecelaruan klinikal yang ditunjukkan dengan penurunan
berat badan yang mendadak diikuti dengan rasa takut yang amat
terhadap obesiti.
• Berlaku gangguan imej iaitu merasa diri gemuk walaupun realiti
berat badan adalah di bawah paras normal.
• Sentiasa memberi perhatian terhadap saiz imej dan paras rupa.
• Kehilangan 25% daripada berat badan yang asal.
• Dihadapi oleh wanita dalam lingkungan usia 12 – 18 tahun.
• Pengambilan makanan yang berkurangan dengan banyak dan
muntah yang dipaksakan untuk menghalang penghadaman.
• Kelaparan yang bertambah menyebabkan ketidaknormalan
metabolik dan kardiak iaitu:
– Penurunan suhu badan
– Tekanan darah
– Kadar degupan jantung
• Menyebabkan kematian kerana kebuluran dan gangguan metabolik.12
Faktor yang menyebabkan berlakunya anoreksia nervosa.
• Faktor sosio-budaya – saiz dan bentuk badan
ditentukan oleh masyarakat – piawaian kecantikan dari
majalah dan model.
• Pengaruh keluarga – corak interaksi keluarga, pengaruh
ibu bapa yang terlalu mementingkan penampilan.
• Faktor genetik – banyak berlaku dalam keluarga yang
sama saudara mara, saudara kembar seiras, kembar
tidak seiras).
• Faktor psikologikal – kurang penghargaan kendiri,
kurang keyakinan terhadap diri.
• Faktor neurobiologikal – keabnormalan
neurobiologikal disebabkan tidak cukup zat dan kitaran
binge-purge. 13
Kesan-kesan yang akan berlaku apabila seseorang mengalami masalah
Anoreksia Nervosa.

• Jantung, hati, dan buah pinggang gagal


berfungsi.
• Perut serta usus besar rosak.
• Keguguran rambut.
• Menghidap penyakit arthritis dan osteoporosis.
• Masalah penghadaman, kejatuhan sistem imun.
• Hilang daya untuk mengingat.

14
BULIMIA
• Tabiat suka makan yang diikuti dengan muntah
yang dipaksa sendiri dan kebuluran dan
menyebabkan berat badan menurun.
• Makanan yang dimakan selalunya manis dan
mempunyai tekstur yang mudah untuk
ditelan.
• Tabiat makan diberhentikan apabila terdapat
gangguan seperti sakit perut, tidur dan
muntah yang dipaksa.
• Tabiat makan berlaku pada jangka masa
depresi (golongan muda). 15
DAHAGA
• Keinginan untuk minum atau diinterpretasikan sebagai keinginan
kepada air.
• Seseorang akan merasakan kekeringan dalam mulut dan tekak bila
dahaga.
• Air penting untuk keseluruhan aktiviti badan dan organ2 badan, ini
bermakna bahawa pengambilannya dikawal oleh neuron dan
hormon.
• Air yang terdapat di dalam intraselular (67%) dan ekstraselular (33%).
• Di dalam air terdapat bahan yang larut seperti garam (natrium
klorida).
• Kepekatan bahan2 yang larut tersebut menyebabkan tekanan
osmotik yang tinggi (pekat) ke bahagian yang mempunyai tekanan
yang rendah.
• Minum bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan antara kedua-
dua bahagian cecair.
16
DAHAGA OSMOTIK
• Apabila berlaku kehilangan air melalui proses normal manusia
seperti perpeluhan, pernafasan maka kita akan
menggantikannya dengan minuman atau cecair dalam bentuk
makanan.
• Apabila berlaku kehilangan air tekanan osmotik pada bahagian
ekstraselular akan meningkat, ini menyebabkan air mengalir
keluar daripada sel-sel melalui membran sel yang separa telap
untuk mengekalkan keseimbangan ekstraselular dan intraselular.
• Peningkatan tekanan osmotik menyebabkan:
– Rasa ingin dirangsang
– Hubunngan antara hipotalamus dan kelenjar pituitari. Hormon ADH
(kelenjar vasopresin) dikeluarkan oleh pituitari ke dalam saluran
darah. ADH menyebabkan tubul-tubul dalam ginjal telap air dan
menyebabkan lebih banyak air diserap daripada air kencing.
17
DAHAGA HIPOVOLEMIK
• Hipovolemik bermaksud ‘isipadu yang rendah’
menunjukkan rasa dahaga disebabkan oleh
komponen air ekstraselular berkurangan secara
drastik akibat daripada pendarahan dalam
badan atau pendarahan haid yang banyak.
• Pengurangan dalam isipadu darah menyebabkan
reseptor2 tekanan dalam dinding saluran darah
dirangsang. Ransangan ini dihantar ke
hipotalamus dan mengeluarkan hormon ADH
untuk menghasilkan penyimpanan air oleh ginjal
dan menggerakkan tindakbalas pengambilan air.
18
SEKIAN, TERIMA KASIH

19

Anda mungkin juga menyukai