Anda di halaman 1dari 24

DPS 4013

PSIKOLOGI INDUSTRI DAN


ORGANISASI

KULIAH 9 : PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

DISEDIAKAN OLEH:
MAS AYU BINTI IBRAHIM
DIPLOMA PSIKOLOGI
KOLEJ JAIPUTRA
PENGENALAN
• Mayo dan Kajian Hawthorne melihat kepada perkaitan di antara
keadaan kerja dengan fizikal sesuatu tempat kerja itu.
• Faktor-faktor keadaan dan keselamatan di tempat kerja boleh
memberi kesan kepada gelagat dan perlakuan seseorang
pekerja.
• Keadaan fizikal seperti kecerahan, suhu, kebisingan dan lain-lain
suasana yang boleh mengganggu keselesaan untuk bekerja serta
faktor-faktor psikologi seperti perasaan untuk bersendirian dan
mengawal persekitaran kerja mempunyai perkaitan yang rapat
dengan hasil produktiviti serta gelagat pekerja itu sendiri.
• Faktor-faktor lain seperti masa bekerja, keadaan keselamatan di
tempat kerja serta kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol
juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan
prestasi kerja seseorang pekerja.
2
SUASANA KERJA
• Para pekerja biasanya menunjukkan perlaksanaan
yang lebih baik dalam suasana yang lebih aman dan
tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif.
• Suasana kerja yang negatif akan mengganggu
keberkesanan kerja seseorang pekerja itu.
• Para psikologis Industri dan Organisasi cuba
mengenalpasti bagaimana persekitaran fizikal kerja
dapat mempengaruhi seseorang pekerja dari segi
perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka
(Oborne dan Gruneberg, 1983).
3
KEADAAN FIZIKAL
KEBISING PENCAHA
AN YAAN
PENCEMAR
AN UDARA
SUHU
4
KEBISINGAN
• Keadaan yang bising boleh didefinisikan sebagai
sesuatu yang tidak diperlukan, bunyi yang
mengganggu ketenteraman di mana ianya
menjejaskan perlaksanaan kerja seseorang itu.
• Di tempat kerja, terdapat pelbagai bunyi yang
ditafsirkan sebagai bising. Meskipun bunyi bising itu
tidak terlalu kuat sehingga mengganggu, tetapi ia
boleh juga mendatangkan tekanan.
• Kebisingan bukan sahaja sumber kepada gangguan
dan tekanan, tetapi jika diulang dalam satu jangka
waktu yang panjang, mengakibatkan kerosakan
kepada organ pendengaran (Loeb, 1986).
5
Sambungan
• Bunyi bising sering dikaitkan dengan di kilang-kilang
pembuatan atau kerja pembinaan yang berat.
• Kebisingan yang dikatakan mengganggu, bergantung kepada
seseorang dan jenis tugas yang dilakukan.
• Kebisingan boleh mengurangkan perlaksanaan tugas yang
melibatkan pemikiran kognitif, akan tetapi, ada juga yang boleh
menghadapinya.
• Suasana bising juga boleh mengganggu komunikasi di antara
pekerja - menyukarkan untuk menyelaraskan aktiviti kerja,
mengurangkan interaksi sosial dan menyebabkan berlakunya
ketidakpuashatian dengan pekerjaan dan tempat kerja.
• Kebisingan juga kadangkala boleh meningkatkan prestasi -
tugas yang mudah atau merasa jemu, bunyi bising boleh
dijadikan sebagai perangsang untuk pekerja terus memberi
perhatian (Michael & Bienvenue, 1974). 6
Dalam satu kajian tentang kesan persekitaran yang bising ke atas perlaksanaan
kognitif, Agensi Kawalan Persekitaran mendapati beberapa kesimpulan:

• Secara amnya, kebisingan tidak merosakkan


perlaksanaan kerja sepenuhnya melainkan ianya
melebihi 90 dB.
• Kebisingan secara sela-menyela dan yang tidak
disangka merupakan suatu gangguan berbanding
kebisingan yang stabil.
• Nada atau frekuensi yang tinggi boleh mengganggu
perlaksanaan sesuatu tugas.
• Keadaan yang bising boleh menyebabkan berlaku
kesilapan dalam sesuatu pekerjaan.
7
PENCAHAYAAN
• Tahap kecerahan yang sesuai perlu untuk menjamin
perlaksanaan kerja yang baik.
• Terdapat kajian yang mendapati bahawa tahap kecerahan
cahaya yang tinggi lebih cenderung untuk meningkatkan
prestasi perlaksanaan kerja individu itu.
• Walau bagaimanapun, ada ketikanya peningkatan itu akan
menurun bergantung kepada jenis tugas yang dilakukan
(Sanders & McCormick, 1987).
• Terlalu banyak cahaya juga boleh menyebabkan gangguan
dan masalah penglihatan kepada sesetengah pekerja
(Nemecek & Grandjean, 1973).
• Cahaya yang terang perlu untuk perlaksanaan kerja yang
memuaskan, tetapi tidak terlalu terang sehingga boleh
menyebabkan gangguan. 8
Sambungan

• Cahaya juga boleh mendatangkan kesan negatif


seperti kepenatan dari segi penglihatan yang
disebabkan silauan cahaya yang berterusan.
• Silauan boleh mendatangkan ketidakselesaan dan
bahaya yang boleh menghalang perlaksanaan tugas.
• Sebahagian besar tenaga digunakan untuk
mengurangkan jenis silauan dan refleksi yang muncul
daripada skrin komputer dan permainan video.
• Suasana tempat kerja perlu mendapat cahaya yang
memadai dan tidak terlalu tinggi sehingga
menyilaukan mata kerana ia boleh menghindarkan
mutu kerja yang baik.
9
SUHU
• Keadaan Suhu yang panas atau kesejukan yang melampau di
tempat kerja boleh mengurangkan prestasi perlaksanaan kerja.
• Walau bagaimanapun, masih ada industri yang terpaksa
berhadapan dengan keadaan yang terlalu panas di musim
panas dan terlampau dingin ketika musim sejuk.
• Mustahil untuk mengelak daripada keadaan yang sedemikian
bagi sesetengah pekerjaan, seperti pekerja-pekerja binaan dan
pembaiki jalan yang terpaksa bekerja di luar pejabat.
• Kajian tentang kesan suhu ke atas pekerjaan individu
menunjukkan bahawa apabila seseorang pekerja itu terdedah
kepada suhu yang melampau, iaitu lebih tinggi dari 90 darjah
Fahrenheit atau kurang dari 32 darjah Fahrenheit,
perlaksanaan kerjanya sama ada secara manual atau kognitif
akan menurun (Kobrick & Fine, 1983).
10
Sambungan

• Keadaan yang panas dan lembap mengakibatkan


pekerjaan yang melibatkan fizikal akan mudah merasa
penat dan ini akan mengurangkan output kerja.
• Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan
kepada suhu yang tidak memadai seperti keadaan
panas dan sejuk dalam jangka masa panjang
menyebabkan keletihan atau ketidakselesaan.
• Walaupun mereka cuba untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan suhu yang melampau, terdedah
kepada haba dan kesejukan, dan jenis pakaian yang
dipakai, ini membawa kesukaran kepada perlaksanaan
dalam kerja (Bell, 1981; Vickroy, Shaw & Fisher, 1982)
11
PENCEMARAN UDARA

• Pendedahan terhadap pencemaran udara yang


berterusan boleh mendatangkan bahaya kepada
kesihatan.
• Cth: penggunaan racun serangga terhadap
tanaman buah-buahan mengakibatkan barah.
• Penggunaan bahan kimia dan bahan-bahan lain
dalam pembinaan serta pembuatan perabot
mendedahkan pekerja kepada keadaan bahaya.
• Ada di antara bahan-bahan untuk membina
bangunan mengandungi bahan toksid. Cth:
Bahan kimia yang digunakan dalam cat. 12
Sambungan

• Karbon monoksida sekiranya terdedah kepada


udara dalam satu jangka waktu dan ini menjejaskan
konsentrasi kepada pekerjaan, penyelarasan
sensorimotor, memori dan kebolehan
menyelesaikan masalah (Evans & Jacobs, 1981).
• Pencemaran karbon monoksida mendatangkan
merbahaya kepada pekerja yang dikelilingi dengan
kenderaan dan mesin yang menggunakan kuasa
gasolin serta pekerja yang berada di "smoggy", dan
pekerja yang bekerja di pusat bandar.

13
FAKTOR AESTHETIC
• Muzik yang dimainkan dalam pejabat dan warna pejabat yang
menarik dapat meningkatkan konsentrasi pekerja kepada tugas-
tugas mereka.
• Hiasan pejabat seperti tanaman, poster dan juga kekemasan
mempunyai kesan positif ke atas pelawat (Campbell, 1979;
Morrow & McElroy, 1981).
• Warna dan muzik yang menyenangkan boleh meningkatkan
kepuasan pekerja dengan tempat kerjanya.
• Kebanyakan pekerja mendapati bahawa penggunaan muzik di
tempat kerja adalah suatu langkah yang baik, tetapi ada juga
merasakan bahawa ianya mengganggu.
• Tambahan pula, citarasa seseorang pekerja itu adalah berbeza
terhadap jenis muzik yang digemarinya – jenis muzik yang
dimainkan di tempat kerja perlu disesuaikan dengan keadaan
tempat kerja dan boleh diterima oleh semua. 14
KEADAAN PSIKOLOGIKAL
• Aturan bahagian-bahagian secara fizikal, rekabentuk tempat
kerja, jumlah peruntukan ruang dan jenis perabot yang
disediakan mempengaruhi tingkah laku seseorang pekerja.
• Sebagai contoh, cara aturan bahagian di tempat kerja boleh
mengawal hubungan dan interaksi antara pekerja.
• Kawasan kerja yang dibentuk dengan baik memudahkan
interaksi sosial yang secara langsungnya mempunyai kesan
positif ke atas kepuasan kerja dan perlaksanaan seseorang
pekerja tersebut.
• Walau bagaimanapun, keadaan tempat kerja yang terlalu
sesak dan membenarkan terlalu banyak aktiviti sosial atau
terlalu privacy boleh mendatangkan kesan yang tidak baik
kepada produktiviti organisasi berkenaan (Canter, 1983) 15
sambungan

• Ruang kerja yang diperuntukkan kepada pekerja tertentu dan


bahagian persendirian menggambarkan status dan
kepentingannya di dalam sesebuah organisasi.
• Eksekutif yang berpangkat tinggi mempunyai bilik yang besar
dan persendirian manakala kerani, assembler atau pengumpul
data diletakkan di ruang yang terbuka.
• Pejabat yang terbuka memberi kemudahan interaksi antara
pekerja dan memberi peluang kepada penyelia untuk
meninjau dan berinteraksi dengan pekerjanya.
• Sebaliknya pekerja merasakan mereka ketiadaan privacy dan
merasa terkawal di tempat kerja mereka sendiri (Sutton &
Rafaeli, 1987).
• Secara tidak langsung ia menyebabkan ketidakpuasan dalam
persekitaran kerja dan memberi kesan negatif kepada pekerja
itu sendiri (Sundstrom, Burt & Kamp, 1980). 16
sambungan

• Walau bagaimanapun, kesan psikologi pada bahagian-


bahagian dalam ruang kerja adalah kompleks dan
berbeza bergantung kepada kedudukan pekerja dan
status mereka di dalam organisasi.
• Pegawai bawahan seperti kerani lebih suka kepada
corak pejabat terbuka kerana ia lebih memudahkan
interaksi tidak formal dengan rakan sekerja.
• Sebaliknya, pengurus dan eksekutif lebih suka kepada
pejabat persendirian yang memerlukan sedikit privacy
dan terhindar dari suasana yang bising (Zalesny &
Farace, 1987).
17
KESELAMATAN KERJA
• Persekitaran tempat kerja bukan sahaja meliputi ciri-ciri fizikal,
psikologi dan bahkan boleh menyebabkan bahaya juga.
• Pada situasi yang ekstrim, bahaya tersebut boleh
mengakibatkan kecederaan yang serius dan mengancam
nyawa.
• Oleh itu, organisasi memperuntukkan kos yang tinggi bagi
pekerja yang bekerja di tempat yang terdedah kepada bahaya
dan kemalangan termasuklah kerugian dari segi produktiviti,
pampasan pekerja, insuran keselamatan pekerja dan faedah
perubatan.
• Matlamat utama sesebuah organisasi dan pakar psikologi IO
ialah melindungi pekerja dan mengurangkan kos kesihatan
dengan menghalang daripada berlaku kemalangan di tempat
kerja dan bahaya kepada kesihatan. 18
sambungan

• Pertubuhan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan adalah satu


agensi penting yang menolong untuk mengurangkan jumlah
kemalangan di tempat kerja dan kecederaan dengan
menyediakan satu piawai keselamatan dan kesihatan pekerja.
• Bertanggungjawab menyediakan satu rangka keselamatan dan
membuat statistik bagi kerja yang sering berkaitan dengan
kemalangan dan kecederaan, juga peraturan dalam
menggunakan peralatan, di samping menjalankan pemeriksaan
mengejut ke atas peralatan dan mesin-mesin di tempat kerja.
• Sesuatu tempat kerja itu terdedah kepada bahaya disebabkan
oleh keadaaan persekitaran tempat kerja yang merbahaya dan
kerja yang berkaitan dengan penyakit, dan disebabkan kecuaian
pekerja itu sendiri yang mengakibatkan berlakunya kemalangan
industri.
19
a) Bahaya dalam Persekitaran Kerja
• Keadaan-keadaan seperti kecerahan yang tidak bersesuaian, suhu yang
melampau serta kebisingan dan gangguan boleh mengakibatkan
kemalangan dan bahaya kepada kesihatan.
• Contohnya, pekerja akan menghadapi masalah mata apabila
berhadapan dengan cahaya samar-samar atau kesilauan yang
berlebihan.
• Bekerja di dalam cuaca yang terlalu sejuk atau panas menyebabkan
ketidakstabilan suhu dalam badan
• Suasana kerja yang bising mengakibatkan kerosakan pada pendengaran
• Pencemaran di tempat kerja boleh mendatangkan masalah kesihatan
kepada pekerja.
• Penyelenggaraan yang lemah juga boleh mengakibatkan bahaya di
tempat kerja.
• Prosedur kerja seperti mengkehendaki pekerja membawa beban yang
berat yang tidak termampu olehnya juga boleh menjadi punca kepada
kecederaan. 20
b) Bahaya Dalam Sistem Mesin
• Sistem mesin terkini dan sofistikated mengakibatkan bahaya
kepada pekerja sekiranya tidak tahu menggunakannya.
• Perisai atau kawalan keselamatan merupakan ciri-ciri yang
penting dalam sesebuah mesin industri bagi melindungi
mereka dari bahaya.
• Booth (1986) menyenaraikan lima jenis bahaya yang mesti
dikawal dalam membentuk dan menjalankan mesin iaitu:
– Perangkap – satu komponen di mana pergerakan boleh
memerangkap anggota badan operator, seperti tekanan hidraulik.
– Kesan daripada pergerakan mesin dan bahagiannya.
– Hubungan dengan bahagian mesin yang tajam, kesat, panas, sejuk
atau cas elektirk.
– Pergerakan bahagian mesin yang boleh menangkap pakaian yang
dipakai, rambut, sarung tangan dan seumpamanya.
– Cungkilan objek daripada mesin. 21
sambungan

• Sistem mesin juga perlu mempamerkan tanda amaran


yang nyata yang dapat memberitahu operator tentang
sebarang masalah pada mesin tersebut.
• Alat kawalan keselamatan seperti suis kecemasan juga
diperlukan.
• Sistem mesin boleh mengakibatkan bahaya kepada
operator dan memerlukan kawalan keselamatan.
• Pekerja juga perlu dilatih untuk mengikuti prosedur
keselamatan apabila bekerja dengan mesin dan
peralatan yang merbahaya untuk mengurangkan risiko
kecederaan.
22
c) Bahaya Dalam Ciri-ciri dan Tingkah laku Pekerja
• Kadangkala pekerja sendiri menjadi punca kepada kemalangan di
tempat kerja seperti tidak memberi perhatian, keletihan dan
merasa tertekan.
• Kekurangan pengalaman juga boleh mengakibatkan pekerja lebih
mudah berhadapan dengan kemalangan.
• Bagi pekerja yang tidak mempunyai pengalaman, mereka akan
diberikan latihan mengikut prosedur keselamatan.
• Pekerja yang muda juga lebih ramai yang terlibat dengan
kemalangan disebabkan ketidakmatangan dan lebih sukakan
kebebasan serta sikap yang tidak berhati-hati.
• Ketua di dalam sesuatu kumpulan kerja yang kurang perancangan
dan pengstrukturan dalam tugasan kerjanya lebih mudah
mendapat kemalangan.
• Kumpulan pekerja yang meletakkan keselamatan sebagai suatu
kepentingan dapat menurun kadar kemalangan di tempat kerja. 23
SEKIAN, TERIMA KASIH

24

Anda mungkin juga menyukai