Anda di halaman 1dari 29

STRES

DISEDIAKAN OLEH: RAFIDAH BTE SHAPEI SURIANA BTE HASSAN FARIZA BTE FAUZI

DEFINISI STRES
Mengikut Kamus Dwibahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995) stres membawa maksud tekanan, tension ialah ketegangan dan anxiety bererti kerisauan atau kebimbangan. Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru.

DEFINISI STRES
Menurut Robbins (2001:563) stres juga dapat diertikan sebagai suatu keadaan yang menekan keadaan psikis seseorang dalam mencapai suatu kesempatan dimana untuk mencapai kesempatan tersebut terdapat batasan atau penghalang.

DEFINISI STRES
Stres adalah suatu keadaan tegang yang mempengaruhi emosi, proses berfikir dan keadaan seseorang (Handoko, 1997:200). Dalam konteks ini penggunaan istilah stres membawa maksud sebagai tekanan.

JENIS-JENIS STRES
Mengikut Cockburn (1996), terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru: 1. stres here or now, 2. stres anticipation, 3. stres imaginatif, 4. stres reaktif dan 5. stres negatif

Stres here or now


Stres here or now dianggap sebagai situasi yang wujud pada suatu masa atau suatu ketika. Sebagai contoh guru menghadapi situasi pertengkaran atau tergelincir semasa menuruni tangga.

Stres anticipation
Stres anticipation pula merupakan jenis stres di mana guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Sebagai contoh, setiap hujung semester, sekolah akan menganjurkan hari terbuka untuk ibu bapa berjumpa dengan guru.

Stres imaginatif
Stres imaginatif merupakan stres di mana dalam sesuatu situasi, individu akan berfikir dan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri dan sesuatu yang menakutkan. Contohnya, anda berada sendirian di dalam bilik dan mendengar bunyi sesuatudi luar bilik anda. Dengan spontan, anda berifikir dan berimaginasi tentang pelbagai situasi yang menakutkan seperti didatangi pencuri atau ada seseorang yang ingin masuk kebilik dan menikam anda.

Stres reaktif
Stres reaktif iaitu stres wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stres ini berlaku secara semula jadi dan kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Contohnya, seperti seseorang individu itu berasa sedih akibat daripada kematian orang terdekat. Proses mengatur dan imbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku.

Stres negatif
Stres negaif dianggap sebagai sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh satu punca sahaja seperti tidak cukup wang atau akibat daripada sebabsebab yang lain.

PUNCA STRES
Peribadi / Diri Cita-cita, harapan, harga diri, rasa selamat, keyakinan(tergugat)

Takut untuk gagal. Perubahan pada tubuh badan, penyakit. Perbandingan dengan orang lain seperti adik-beradik atau kawan. Ejekan oleh orang lain misalnya awak
tidak berguna.

Rumah
Ibu bapa jatuh sakit/ masuk wad Kelahiran adik baru Pindah rumah/ sekolah Kematian/ kehilangan haiwan kesayangan Perubahan pekerjaan ibu bapa (mereka ditinggalkan untuk tempoh yang lama) Didera & diabaikan.

Sekolah
Mula bersekolah Bertukar sekolah Perkelahian dengan rakan-rakan (berpanjangan & serius) Dibuli Mengambil bahagian terlalu banyak aktiviti Kehendak yang tinggi Kehilangan sahabat yang rapat

Masyarakat
Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik. Tempat tinggal sempit. Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat ( penyalahgunaan dadah, pelacuran).

TANDA-TANDA STRES
Mudah kecewa Rasa hampa Mudah marah Agressif Mood berubah-ubah Gangguan proses pemikiran/mengingat Sukar untuk menyelesaikan masalah Kurang kreatif/idea jumud Pelupa Sakit-sakit fizikal Berubah perlakuan dari sebelumnya

CARA MENGELAK STRES


1. Senaman pernafasan Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana-mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Senaman ini boleh dijadikan salah satu tabiat harian bagi menjadikan diri sentiasa tenang dan releks.

2. Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita Urutan ini juga dapat menyegarkan tubuh badan supaya sentiasa bersemangat untuk melakukan tugas harian.

3. Mendengar muzik Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda.Ia juga dikenalpasti sebagai salah satu terapi yang boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada menjadi stress.

4. Pengurusan masa yang berkesan Pengurusan masa yang berkesan boleh mengelakkan diri daripada stress.Penjadualan waktu bekerja dan waktu untuk beriadah penting bagi memastikan diri kita dapat membahagikan masa dengan baik untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga tercinta

5. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk untuk mengelakkan diri daripada dibelenggu masalah stress, sentiasalah berwuduk untuk mencapai ketenangan dan seterusnya dapat membuat keputusan dengan bijak dalam kehidupan seharian.

6. Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Mendengar ayat-ayat al quran juga salah satu cara untuk kita menghindari stress. Keindahan susunan ayat dan bahasanya meruntun jiwa supaya sentiasa tenang dalam melakukan apa sahaja perkara.

STRATEGI MENANGANI STRES


Elakkan stres yang tidak perlu
Belajar berkata tidak Elakkan dari orang atau perkara yang membuatkan anda stres

Terima kenyataan
Jangan cuba mengawal perkara yang tidak boleh dikawal Kongsi perasaan Belajar memaafkan orang lain

Sesuaikan diri anda dengan situasi


Luahkan rasa tidak puas hati dengan cara baik Bersikap kompromi Bersikap lebih tegas Urus masa dengan baik

Cari masa untuk bergembira dan berehat


Berjalan-jalan Keluar bersama rakan Mendengar muzik Merehatkan tubuh badan di spa beriadah

Amalkan cara hidup sihat


Kerap senaman Makan makanan berkhasiat Kurangkan kafein dan gula Elakkan alkohol, rokok dan dadah Tidur secukupnya

Sesuaikan diri dengan penyebab stres (stressor)


Kaji masalah Lihat gambaran yang lebih besar Fokus kepada perkara yang positif

MENANGANI STRES SECARA ISLAM


Berpegang erat pada agama dan syariat islam Bersabar, tenang, secara rasional dan yakin dengan ketentuan Allah Terima hakikat bahawa kehidupan manusia sentiasa diuji oleh Allah Ujian memantapkan nilai-nilai keamanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta padanya.

Menunaikan solat 5 waktu dan solat sunat Berzikir, bertasbih dan bertahmid Mendengar, membaca dan menghayati tafsir al quran Meletakkan keyakinan bahawa dunia adalah sementara, akhirat jua yang kekal Berdoa, memohon keampunan dan bertawakal.

Anda mungkin juga menyukai