Anda di halaman 1dari 3

Apakah stres atau perasaan tertekan?

Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan
yang anda terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan, memenuhi harapan
keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik dan kesakitan fizikal.

Kenapa saya rasa tertekan?

Anda akan merasa tertekan apabila anda merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana
yang diharapkan daripada anda. Sejauh mana anda rasa tertekan dan bagaimana anda menghadapi
perasaan tertekan itu adalah bergantung kepada keupayaan anda mengurus tekanan berkenaan.

Adakah stres itu tidak baik?

Stres boleh menjadi sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam
kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk
menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan. Sebaliknya, stres
memberi kesan yang tidak baik apabila ia tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai
negatif. Pengurusan stres yang lemah akan mengakibatkan perasaan luar kawal dan seterusnya
menyebabkan pemilihan daya tindak yang tidak sihat.

Apakah punca utama penyebab stres?

 Biologikal
 Apabila badan anda tidak sihat
 Contoh: kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran,
dan lain-lain)
 Pemikiran negatif
 Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rasional secara automatik mengakibatkan
perasaan tertekan
 Tingkah laku
 Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan mudah tertekan boleh
mengakibatkan stres
 Suasana sosial
 Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stres
 Contoh: Perselisihan di sekolah atau di rumah
 Suasana fizikal
 Perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat anda
 Contoh: Suhu, kebisingan, warna, kecerahan, bauan, rasa dan kesakitan yang melampau
Bagaimana untuk mengetahui saya di dalam keadaan tertekan?

 Degupan jantung meningkat


 Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas
 Pernafasan menjadi cepat bagi membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot – otot
 Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang
mengakibatkan anda mengalami ketidakselesaan atau kesakitan fizikal
 Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan
 Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)
 Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa
terasa lapar)
Apa akan berlaku jika saya terlalu lama berada di dalam keadaan tertekan?

 Mengurangkan daya pertahanan badan – mudah diserang penyakit


 Menambahkan lagi keparahan penyakit yang sedang dialami
 Menyumbang kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan datang contohnya Tekanan
Darah Tinggi, Paras Kolesterol yang tinggi, Penyakit Jantung dan Penyakit Angin Ahmar (Strok)
 Timbul masalah psikologikal contoh : keresahan, kemurungan, kecelaruan pemakanan dan masalah
tidur
 Daya tindak yang lemah mengakibatkan anda tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, contoh:
menghisap rokok, ketagihan arak, penyalahgunaan dadah dan bergaduh
Apakah yang dapat saya lakukan apabila saya stres?

 Kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres


 Balajar untuk menghadapinya
 Dapatkan bantuan
Bagaimana hendak menangani stres saya?

 Tarik nafas dan perlahankan pernafasan anda


 Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung
 Legakan otot-otot anda
 Tukarkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina
 Tumpukan perhatian kepada pemikiran yang positif
 Gunakan jenaka untuk merubah pemikiran yang tertekan
 Ubah tempat persekitaran anda
 Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberikan tekanan
 Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
 Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya
Bagaimana hendak mencegah dari mengalami stres?

 Kenali diri anda dengan lebih baik. Buat dan simpan catatan mengenai suasana, tingkah laku dan
pemikiran yang menyebabkan anda stres dan bagaimana anda menanganinya di dalam buku catatan.
Anda akan menguruskan stres anda dengan lebih baik setelah dapat mengenali diri anda sendiri.
 Melalui buku catatan anda dapat mengenal pasti:
 Cara pengurusan stres dan penyelesaian masalah yang paling berkesan bagi diri anda
 Keadaan yang boleh membuat anda stres
 Siapa yang boleh membuat anda stres
 Kekerapan bersenam dapat membantu anda:
 Meredakan tekanan
 Meningkatkan daya tahan diri untuk mengelak stres
 Kerap melakukan senaman relaksasi
 Amalkan pemakanan seimbang
 Amalkan tabiat tidur yang betul supaya anda mendapat cukup rehat dan mengelak stres
 Mempunyai rangkaian kawan-kawan yang boleh menyokong dan membantu anda
 Mempunyai kepercayaan hidup yang baik
Bolehkah saya menyediakan diri untuk menghadapi stres?

Ya, anda juga boleh berlatih untuk merancang bagaimana menghadapi keadaan tertekan bersama
kawan-kawan atau ahli keluarga. Anda juga boleh mendapat bantuan daripada ahli profesional dalam
pengurusan stres seperti kaunselor, pakar psikologi dan pakar psikiatri.

Adakah saya memerlukan ubat-ubatan untuk menangani stres?

Jika anda tidak dapat mengatasi stres anda, berkemungkinan anda perlu diberi ubat untuk menenangkan
diri dan membantu untuk anda tidur pada waktu malam. Anda perlu mendapat nasihat doktor mengenai
hal ini.

Siapa dapat membantu saya?

 Ahli keluarga
 Kawan-kawan
 Guru
 Kaunselor
 Pakar Psikologi
 Guru Agama
Capaian berkaitan:

 Menangani Kemarahan
 Ketegasan
 Kemahiran Berkomunikasi
 Membuat Keputusan
 Fahami Personaliti
 Kemahiran Berunding
 Pemikiran Positif
 Penyelesaian Masalah
 Ketenangan

Anda mungkin juga menyukai