Anda di halaman 1dari 3

CARA MENGAWAL STRES

Kaedah 10B ini adalah :-

1.bertenang
2.bernafas dengan dalam
3.berkata `rilakslah’/ tak mengapa
4.beribadat
5.bercakap dengan seseorang
6.berurut
7.berehat dan mendengar muzik
8.beriadah
9.bersenam
10.berfikiran positif
Bertenang.
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan
bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat
permulaan.

Bernafas dengan dalam.


Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah,
Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan
perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir
dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi
sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan
dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat
mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang
yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut.
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi
tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan
otot dan melancarkan perjalanan darah.

Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik.


Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat
membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula
relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang.
Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama
keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat
menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan
bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa
lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
Berfikiran positif.

Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu
situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan
positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran
positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan
marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak
balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi
dan minda

Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan
penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya
tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.

10B langkah bijak menangani stres.

Anda mungkin juga menyukai