Anda di halaman 1dari 5

7 Tips Untuk Mendapatkan Minda Yang

Positif Setiap Hari


Dalam kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar, kadang-kadang kita selalu mengabaikan
cara kehidupan sihat; sekaligus menjejaskan minda pemikiran positif yang kita sepatutnya kita
miliki.

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan
mempunyai mental yang lebih positif, berikut adalah 7 tips yang boleh diamalkan:

1. Tidur Awal

Photo by Alexander Possingham on Unsplash

Tidur secukupnya pada setiap hari adalah kunci utama kepada kesihatan diri. Melalui waktu tidur
yang secukupnya, akan membolehkan anda bertenaga menghadapi hidup seharian. Kualiti tidur
yang maksima juga membolehkan kita memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan
harian.

Disebabkan inilah kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang secukupnya, bagi
mengoptimumkan fungsi biologi, tubuh badan serta perkembangan mental, otak dan lain-lain.
Tidur dengan baik juga mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus
terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko penyakit kronik yang
berkaitan dengannya; seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Dengan tidur yang cukup, ianya juga dapat meningkatkan selera makan dan mengurangkan
peluang makan secara berlebihan.  Oleh itu, jika ingin elak risiko mempunyai berat badan yang
berlebihan, pastikan kita tidur dengan secukupnya.

Secara amnya, kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

2. Luangkan Masa Berkualiti Dengan Orang Tersayang

Photo by Djamal Akhmad Fahmi on Unsplash

Menikmati gelak tawa dengan orang tersayang tidak hanya membuatkan kita bahagia, tetapi juga
menjadikan diri kita lebih sihat. Ia boleh memberikan kepuasan melalui perasaan tenang,
mengurangkan tahap tekanan perasaan dan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih
bermakna.

Meluangkan masa dengan orang tersayang, keluarga dan kawan-kawan, dapat menghasilkan
keseimbangan kerja-kehidupan dan meningkatkan nilai kebahagiaan. Dengan mempunyai
kelapangan minda, sekaligus ia akan melahirkan semangat dan motivasi, serta emosi positif diri
sendiri.
Interaksi sosial diperlukan kerana kita tak boleh hidup keseorangan. Ia juga dapat meningkatkan
tahap kedamaian psikologi, kerana sokongan emosi melalui individu di sekeliling.

3. Bina Jiwa Yang Kukuh

Sekiranya terdapat makanan untuk perkembangan otak dan badan, demikian juga perumpamaan
dengan fisiologi.  Menyuburkan dan mengembangkan fisiologi dalam jiwa kita, dapat membawa
kepada kehidupan yang lebih memuaskan.

Menjadi sihat secara rohani, membolehkan kita berhubung dengan diri kita yang sebenarnya,
seterusnya menjadi salah satu kunci kebahagiaan. Kita boleh amalkan beberapa aktiviti seperti
berdoa, pengasingan diri, muhasabah diri dan sebagainya.

4. Jaga Fizikal Dan Mental

Memelihara kedua-dua aspek ini membolehkan kita menjalani kehidupan dan minda yang sihat. 
Bagi menjaga kesihatan mental, kita harus melatih otak anda dan otot fizikal yang memerlukan
senaman berterusan.

Jika ianya gagal dilakukan dengan kerap, akan menyebabkan fungsi fizikal dan mental kita
menjadi kurang efisien.

Di samping itu, kita harus menjaga kesihatan fizikal, untuk mencegah penyakit dan menjalani
kehidupan dengan lebih produktif.

Beberapa cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental adalah dengan melakukan senaman
secara teratur, banyakkan membaca dan meningkatkan tahap pengambilan vitamin B. Kita
haruslah selalu mencabar memori dan kecerdasan daya fikiran melalui latihan dan sebagainya. 

Masa untuk berehat juga merupakan cara yang baik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal,
kerana ia mampu menurunkan tahap hormon cortisol atau tekanan perasaan.
5. Jangan Biarkan “Kelemahan” Kecil Merosakkan Hidup

Photo by Scott Webb on Unsplash

Kita tidak boleh membiarkan kecacatan kecil seperti tahi lalat, jerawat, rambut yang panjang
tetapi tidak terurus; daripada mencacatkan kehidupan.

Jika kita ingin mencapai kebahagiaan sebenar dan menjalani minda dan badan yang sihat, kita
tidak sepatutnya membiarkan kelemahan kecil tersebut merosakkan seluruh kehidupan anda.
Kita seharusnya mencari penyelesaian untuk memperbaikinya.

Sebagai contoh, dapatkan terapi cara pertuturan yang baik jika kita mempunyai masalah gugup
ketika perlu berucap di khalayak ramai. Terapi ini akan membantu kita membuat ucapan dengan
lancar, sekaligus meningkatkan keyakinan diri. 

6. Amalkan Aktiviti Seharian Yang Menyeronokkan

Salah satu cara terbaik untuk mencapai minda dan badan yang sihat adalah dengan melibatkan
diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Ini kerana ia mampu membuatkan kita berinteraksi
secara mental dan fizikal, dan membentuk nilai perasaan dan harga diri.

Kita seharusnya menjadi lebih aktif dan mencuba aktiviti baru yang menyeronokkan seperti
bersukan atau membuat kerja amal; yang membolehkan kita bersosial secara sihat.
7. Bersyukur

Bersyukur  tidak dapat digambarkan manfaatnya kepada badan, otak, kesihatan, dan mental.
Dengan bersyukur, kita mampu meningkatkan hormon dopamine dalam diri kita, sekaligus
kepuasan terhadap kehidupan akan meningkat.

Dengan kepuasan yang meningkat, kita dapat memperoleh pelbagai manfaat. Kita akan rasa lebih
bersemangat, serta berasa baik tentang diri sendiri dan dunia di sekeliling kita.

Bersyukur juga membawa kepada kualiti tidur yang lebih baik dan menurunkan risiko penyakit
kronik, meningkatkan tenaga untuk melakukan senaman dan memaksimumkan prestasi
pekerjaan kita.

Anda mungkin juga menyukai