Anda di halaman 1dari 10

13 Chart Pattern Yang Wajib Kita Tahu

Dalam pelaburan saham, ilmu Technical Analysis adalah ilmu penting yang dapat membantu kita
membuat keputusan bila nak beli dan bila nak jual.

Ilmu mentafsir chart Candlestick juga penting, bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh baca
4 Elemen Penting Untuk Kita Membaca ‘Candlestick’ Saham. Namun Candlestick hanya
menceritakan sebahagian daripada pergerakan harga saham.

Ilmu Chart Pattern katanya lebih padu. Ianya merupakan gabungan beberapa Candlestick yang
akhirnya membentuk pattern yang tertentu.

Disebabkan itulah, kita kena juga ambil tahu berkenaan dengan Chart Pattern ni. Dan ini
merupakan 13 Chart Pattern yang kita kena tahu kalau nak lebih ‘power’ dalam dunia pasaran
saham.

Sebelum tu, baca dulu Support & Resistance Dalam Saham.

1. Pennant

Saham sedang uptrend, tetapi sideways sekejap untuk mengumpul kekuatan.

Bila fasa pengumpulan dah cukup, tenaga dah cukup, maka berlakulah breakout dan harga saham
meneruskan kenaikan.
2. Cup And Handle

Ada nampak macam cawan dengan ‘telinga’ tak?

Saham baru saja meningkat naik dengan banyak dan gagal memecah Resistance. Harga saham
turun sedikit apabila ramai mula menjual pegangan untuk mendapatkan keuntungan.

Tetapi selepas itu minat belian kembali sehingga mencecah paras Resistance dan tak berjaya
menembusi lalu turun semula.

Kali ketiga harga saham naik dengan volume yang cukup untuk membuat Breakout dan saham
pun terus ‘terbang’.

3. Ascending Triangle
Hampir sama macam Pennant, tapi harga saham beberapa kali mencuba tapi tak berjaya melepasi
tahap Resistance.

Setelah beberapa kali turun naik dalam julat yang kecil, akhirnya harga saham pun membuat
Breakout apabila disertai dengan volume yang mencukupi.

4. Triple Bottom

Harga saham sedang downtrend namun telah menjumpai support yang kuat.

Tiga kali juga harga saham mencecah paras Support dan naik semula ke paras Resistance dan
turun semula ke Support.
Akhirnya harga saham pun Breakout menandakan Trend Reversal atau pertukaran trend daripada
downtrend kepada uptrend.

5. Descending Triangle

Harga saham sedang downtrend dan telah menjumpai Support yang kuat.

Beberapa kali juga tekanan jualan berlaku namun Support terus bertahan.

Namun, Support pecah juga akhirnya dan saham Breakout ke bawah meneruskan aliran
downtrend.

6. Inverse Head And Shoulders


Saham sedang downtrend dan baru pecah Support.

Kini Support menjadi Resistance baru dan harga saham beberapa kali cuba untuk melonjak naik.

Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya saham membuat Reversal apabila berjaya membuat
Breakout dan memecahkan Resistance.

Kini saham dalam aliran uptrend dan Resistance sebelum ini kini bertukar menjadi Support.

7. Bullish Symmetric Triangle


Lebih kurang sama macam #1 Pennant dan #3 Ascending Triangle, Bullish Symmetric Triangle
ini berlaku apabila fasa pengumpulan mencapai kemuncaknya.

Dengan volume yang mencukupi, harga saham telah berjaya memecahkan segitiga dan
meneruskan aliran uptrend.

8. Rounding Bottom

Saham yang sedang downtrend dan baru saja memecahkan Support.

Kalau dilihat dengan lebih dekat, kelihatan harga saham membentuk huruf ‘U’ apabila mencecah
Support baru dan melantun ke paras Resistance.

Seterusnya harga telah memecahkan Resistance menandakan Trend Reversal telah berlaku dan
kini berubah menjadi uptrend.

9. Flag Continuation
Ada nampak seperti bendera tak?

Harga saham sedang uptrend namun turun buat seketika apabila ramai pelabur menjual untuk
mendapatkan profit.

Apabila pembeli telah berjaya menyerap tekanan jualan, maka kini lebih ramai pembeli telah
muncul.

Akhirnya harga saham membuat Breakout daripada ‘bendera’ tersebut dan meneruskan aliran
uptrend.

10. Double Top


Saham yang sedang uptrend dan baru saja memecahkan Resistance.

Saham yang cuba untuk meneruskan kenaikan, namun tak berjaya untuk melepasi paras
Resistance yang baru.

Disebabkan tekanan jualan oleh pelabur yang menjual untuk mendapatkan keuntungan, harga
saham telah turun semula dan memecahkan Support yang sebelum ini merupakan Resistance.

Maka harga saham yang dulunya sedang uptrend, kini bertukar menjadi downtrend.

11. Bearish Symmetric Triangle

Saham yang sedang downtrend kelihatan melantun naik semula apabila mencecah paras Support.

Beberapa kali harga saham cuba untuk ‘melawan arus’ namun gagal untuk membuat reversal.

Akhirnya harga saham jatuh dan memecahkan Support untuk meneruskan downtrend yang
terhenti buat seketika tadi.

12. Falling Wedge


Saham yang sedang uptrend telah menemui Resistance baru dan gagal melepasinya.

Harga saham turun sedikit apabila ramai yang menjual, namun percubaan untuk naik semula
telah gagal beberapa kali.

Beberapa kali harga saham cuba untuk bangkit, dan akhirnya saham pun Breakout apabila
melepasi ‘Falling Wedge’ tersebut dan kembali meneruskan aliran uptrend.

13. Head And Shoulders Top

Nampak seperti kepala dengan bahu kiri dan bahu kanan tak?
Kelihatan saham membentuk bahu kiri diikuti dengan kepala dan kemudiannya bahu kanan.

Apabila harga saham sedang uptrend namun tak berjaya meneruskan kenaikan, harganya turun
beberapa kali ke paras Resistance yang juga dikenali sebagai Neckline.

Namun tekanan jualan dengan volume telah berlaku mengakibatkan harga saham Breakout ke
bawah, menandakan Trend Reversal telah berlaku dan saham kini sedang membuat downtrend.

Sumber Rujukan: https://optionalpha.com

Anda mungkin juga menyukai