Anda di halaman 1dari 5

6 Sebab Anak Muda Terlibat Dengan Forex

Trading Online
“Balik balik isu forex haram…forex halal…itu je pusing pusing…”

Ketika musim PKP ini, banyak iklan yang mempromosikan Forex Trading Online berlegar di
media sosial terutamanya Facebook. Lebih parah, majoriti merupakan broker CFD.

Mereka mengajak orang ramai untuk membuat side income bagi menampung kehidupan mereka
ketika ramai yang terjejas daripada segi pendapatan.

Sepertimana kita tahu, Forex Trading Online secara rasminya telah difatwakan haram oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012. Benda sudah selesai dibahas dan dibincangkan.

Namun malangnya masih ramai di kalangan anak muda yang terlibat.

Mungkin mereka tidak tahu. Maka kita yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikannya.

Jom kita ketahui sebab-sebab kenapa golongan muda ini boleh bergelumang dengan Forex
Trading Online ini.

1. Iklan Besar-Besaran Oleh Broker


Broker Forex memang sangat aktif membuat promosi.

Pastinya pernah terlihat iklan-iklan di Facebook atau YouTube yang menceritakan betapa
mudahnya kita boleh buat duit dengan forex trading online. Dalam masa beberapa saat atau
beberapa minit, dah boleh buat duit dengan turun naik pasaran mata wang dunia.

Ada juga iklan yang menawarkan sistem robot dan copy trading. Cuma masuk modal dan
goyang kaki saja, tak perlu belajar Analisis Teknikal dan tak perlu tengok chart.

Sedikit sebanyak ramai yang terpengaruh dengan cara mudah untuk buat duit dengan forex
trading ini.

Baca: 10 Broker CFD Yang Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

2. Pengaruh Influencer

Ada juga yang terpengaruh dengan selebriti atau influencer terkenal yang dah hidup senang
dengan duit hasil daripada Forex Trading Online ini. Tunjuk income dalam USD, tunjuk stereng
kereta Pak Mustape, tunjuk tabur duit atas katil, memang cair anak muda kita dibuatnya.

Follower yang tidak tahu hujung pangkal pastinya terpesona, maka ramailah yang berpusu-pusu
mengikut.
3. Tidak Faham Instrumen Kewangan

Majoriti yang berdarah muda ini, nak buat duit cepat. Tak kisah sekiranya ambil risiko tinggi
sekalipun. Nak pula dengan hanya guna smartphone.

Tetapi mereka tidak tahu yang adat pelaburan atau perniagaan, pastinya ada masa kita untung
dan ada ketika kita rugi. Bila ditunjuk yang indah-indah belaka, yang profit semata-mata; maka
sanggup buat apa saja untuk dapatkannya.

4. Taqwa

Rata-rata mereka yang join Forex Trading Online ini, mereka tahu hukumnya adalah haram.
Tetapi akibat termakan nasihat ‘abang-abang’ mereka yang lebih lama dalam bidang ini maka
sanggup ketepikan dan perlekehkan fatwa.

Mereka merasakan lebih arif dan up to date daripada para mufti dan pakar berautoriti seluruh
dunia.

“Ulamak makan gaji”…”Double standard”…”Ulamak bukan maksum, mereka juga boleh


silap”

Apa yang kita dapat bila memerli para ulamak ini sebagai tanda tidak setuju? Dapat tarik lebih
ramai orang membenci ahli ulama?
Tanpa taqwa, fatwa hanya akan dianggap sebagai ‘pendapat ulama’.

Baca: FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

5. Tarikan USD

Perkara utama bagi anak muda biasanya memang pasal duit. Itu normal.

Bila tahu ada peluang buat duit dalam mata wang antrabangsa, lebih-lebih lagi US Dolar; maka
dalam kepala dah set keuntungan pun pasti berganda-ganda. Bila untung nanti convert ke
Ringgit, kan dah empat kali ganda jadinya.
6. Modal Kecil / Tanpa Modal

Jangan terkejut sekiranya Forex Trading Online ini membolehkan kita buka akaun dan mula
berdagang tanpa sebarang modal. Macam-macam kemudahan biasanya diberikan oleh broker.

Di antaranya margin, leverage, buying power dan bermacam-macam lagi. Jadi anak muda yang
ghairah melihat akaun trading mereka ada banyak duit (sedangkan bukan duit mereka), maka
semakin seronok nak trade.

Insha-Allah tidak jatuh miskin jika menjauhkan diri dari Forex Trading Online.

Ini adalah ujian untuk mereka yang masih terlibat. Semoga kita semua memperoleh rezeki yang
halal dan berkat serta diselamatkan Allah dari seksaan api neraka.

Anda mungkin juga menyukai