Anda di halaman 1dari 2

SK.

SERI KOTA PUTERI 4


Jalan Penaga Tel. : 073860773
Bandar Baru Kota Puteri, Kod Sek. : JBA 1108
81750 Johor Bahru.
Ruj Tuan : JBA 1108/PSS (2018)
Tarikh : 11 November 2018

Kepada,
Ibubapa / Penjaga,
SK Seri Kota Puteri 4
Johor Bahru,
Johor.

Tuan/Puan,

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber SK. Seri Kota Puteri 4 sesi 2019
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan yang bernama
…………………………………………………………………………………… tahun ………………………
( ) dilantik semula sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2019
( ) telah terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2019

2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap beliau dapat
menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

3. Untuk pengetahuan tuan/puan, pihak sekolah telah memberi peluang selama sebulan
sebagai percubaan kepada calon-calon pengawas Pusat Sumber ( PSS ) . Hanya mereka yang lulus
percubaan sahaja yang dilantik semula/dipilih. Sekiranya prestasi muridan mereka tidak memuaskan,
tidak menjalankan tugas dengan sempurna, atau melakukan salah laku, setelah diberi nasihat dan
surat amaran sebanyak tiga kali, maka pihak sekolah berhak melucutkan jawatan yang telah
disandang olehnya.

4. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya dan sila
kembalikan semula sebelum atau pada 15 November 2019. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Uniform pengawas lelaki sama seperti uniform murid biasa, kemeja putih lengan panjang dan
seluar biru gelap. Manakala Uniform pengawas perempuan pula baju kemeja putih lengan
panjang,skirt biru gelap dan Bertudung Putih (bagi pengawas perempuan Islam ) serta berkasut hitam
dan pengawas PSS lelaki dan perempuan memakai tali leher berwarna ungu.

6. Bagi memartabatkan penampilan pengawas PSS SK Seri Kota Puteri 4, pihak sekolah
bersetuju supaya para pengawas digalakkan memakai blazer berwarna ungu semasa perhimpunan
mingguan dan acara-acara rasmi sekolah. Tuan/puan boleh memberi persetujuan dengan
melengkapkan borang jawapan yang disertakan.

7. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh menghubungi En. Adzman bin Abraham (Guru
PSS) di talian 014-6666139.
Sekian, terima kasih.

“ Saya Yang Menjalankan Amanah “

..........................................
Nazarudin bin Ali
Guru Besar
SK. Seri Kota Puteri 4
Surat persetujuan ibu bapa / kebenaran

borang jawapan

……………………………………………

…………………………………………...

Tel : …………………………………...

Kepada ;
Badan Pengawas dan Disiplin,
SK Seri Kota Puteri 4
Johor Bahru.
(u.p : En. Adzman Bin Abraham )

Persetujuan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2019

Merujuk kepada perkara di atas, bahawa saya ………………………………………………………………


No K/P ……………………………… Ibu / Bapa / Penjaga kepada ………………………………………
tahun …………………………… bersetuju / tidak bersetuju anak jagaan saya ini dilantik sebagai
Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2019.

2. Saya juga bersetuju / tidak bersetuju untuk membenarkan anak / anak jagaan saya
memakai blazer seperti yang ditetapkan. Saya bersetuju / tidak bersetuju untuk menanggung kos
blazer tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………..........
( )

Anda mungkin juga menyukai