Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUKIT PASIR,

84300 BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR


TEL/FAX: 06-9856120 E-Mail :jbb5037@moe.edu.my

Ruj Kami : SKSBP.700-4/3/4 ( )


Tarikh : 14 Mac 2022

Kepada
Ibu bapa / penjaga murid,
SK Sri Bukit Pasir,
84300 Muar, Johor.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2022 / 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan yang bernama


ADRIANA DZU IZZAH BINTI AZIZUL dari kelas 4 Gama telah terpilih
sebagai Pengawas Sekolah ini untuk sesi persekolahan 2022/ 2023.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin


memohon kebenaran tuan atas pelantikan tersebut.

4. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah


berdasarkan beberapa syarat iaitu:

a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah
pada setiap hari, iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.00 pagi.

b. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan


kepadanya dengan baik.

c. Murid ini tidak mengabaikan pelajarannya.

d. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik


tetapi akan dinilai prestasinya dari semasa ke semasa.

e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak


menjalankan tugas seperti yang diharapkan, maka pihak
Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak menarik balik pelantikan
jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta.
Perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak
dibenarkan.

f. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan


seperti yang diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengawas
Sekolah.

g. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh


Jawatankuasa Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang
akan ditetapkan.

5. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan


dapat membimbing dan melahirkan ramai bakal pemimpin yang
berketrampilan pada masa akan datang.

6. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami


hargai demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………........…..
( )
Guru Besar
SK Sri Bukit Pasir,
84300 Muar, Johor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas
Guru Besar
SK Sri Bukit Pasir,
84300 Muar, Johor

Tuan, Tarikh : ………………...

KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya


………………………...………………………………………………………
ibu/bapa / penjaga kepada ……………………………………………………...
dari kelas …………………….. *membenarkan / tidak membenarkan anak
saya dilantik sebagai Pengawas Sekolah.

Yang benar,

…………………………………………………………….
( )

No. Telefon : ……………………………….


LAMPIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUKIT PASIR, MUAR.


84300 BUKIT PASIR,
MUAR, JOHOR.

TATACARA PEMAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH

Lelaki :
1. Baju kemeja kuning lengan panjang
2. Seluar sekolah biru gelap
3. Stoking dan kasut berwarna hitam
4. Tali leher berwarna maroon ( dibekalkan oleh pihak sekolah)
5. Songkok berwarna gelap

Perempuan:

1. Baju kurung berwarna kuning


2. Kain sekolah berwarna biru gelap
3. Stoking dan kasut berwarna hitam
4. Tudung berwarna kuning

Anda mungkin juga menyukai