Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Sri Limau Tel : 04-4841079


09600 Lunas, Kedah Darul Aman Faks : 04-4849117
E-mel : KBA5010.moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSL 50/006/8( )


Tarikh : 14 FEBRUARI 2023
Kepada :
Waris berkenaan.

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN JAWATAN PENGAWAS BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan, seperti nama dan tahun berikut telah dilantik sebagai
pengawas sekolah.

Nama : ................................................................................................................................
Tahun : .................................................................................................................................
Jawatan Pengawas : Pengawas Sekolah / Pengawas Pusat Sumber / Pengawas Surau /
Pembimbing Rakan Sebaya / Pengawas SPBT / Usahawan Muda.
(seperti yang digaris)

3. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah menetapkan syarat-syarat yang perlu


dipatuhi oleh para pengawas. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah :

a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah setiap hari.
b. Murid ini dapat melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan jawatan ini adalah dari setahun ke setahun dan akan dinilai prestasinya dari
semasa ke semasa.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku disiplin, maka pihak Jawatankuasa
Pengawas Sekolah berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut.
f. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
g. Bersedia untuk membeli pakaian / uniform dan semua kelengkapan seperti yang diarahkan oleh
pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah.
h. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas
Sekolah seperti yang ditetapkan.

4. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin mendapatkan persetujuan tuan atas
pelantikan tersebut. Sebarang maklum balas persetujuan tuan boleh sertakan lampiran yang disediakan.

5. Dengan pelantikan ini, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan melahirkan ramai bakal
pemimpin pada masa akan datang. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih

Sekian.
Nota :

“KAMI SKSL : DKBB” *Baju Uniform Pengawas boleh dibeli semasa


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” hari Jualan Buku.
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Pengawas Sekolah – Biru
Saya yang menjalankan amanah, Pengawas P. Sumber – Unggu
Pengawas Surau – Hijau
…………………………………….. Pembimbing Rakan Sebaya – Vest PRS
Pengawas SPBT – Kuning

Lelaki : Kemeja / Seluar blue black


***Lampiran Persetujuan Waris

......................................................................
...................................................................... Nama dan alamat waris
......................................................................
......................................................................

Guru Besar,
SK Sri Limau.
(U.p PKHEM)

Tuan,

KEBENARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SK SRI LIMAU SESI 2023/2024

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ....................................................................... No. Kad. Pengenalan .................................


waris kepada ...................................................................................... tahun ..........................................
membenarkan untuk pelantikan sebagai (Pengawas Sekolah / Pengawas Pusat Sumber / Pengawas
Surau / Pengawas SPBT / Pembimbing Rakan Sebaya / Pengawas Usahawan Muda ).

3. Saya bersedia memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa
Pengawas sekolah atas pelantikan ini.

4. Disamping itu juga, saya akan memastikan anak saya melaksanakan amanha yang diberikan
dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

...................................................
( )

Anda mungkin juga menyukai