Anda di halaman 1dari 2

Tarikh : 7 APRIL 23

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama


………………………………………………… tingkatan……….. telah dilantik sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling SMK Sungai Choh
ingin memohon kebenaran tuan atas pelantikan tersebut.

4. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan


kepada beberapa syarat iaitu:

a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas
yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
b. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
c. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
d. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling sekolah
berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta
merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
e. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang
diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling .
f. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Bimbingan & Kaunseling atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.
5. Berikut adalah senarai keperluan pemakaian yang wajib disediakan untuk membantu
anak dibawah jagaan tuan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan baik.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


(LELAKI) (PEREMPUAN)
Kasut & Stokin (Hitam) Kasut & Stokin (Hitam)
Baju / seluar sekolah biasa Baju / kain/ Tudung sekolah biasa
Vest PRS berwarna Ungu Vest PRS berwarna Ungu
Tali leher berwarna Ungu

6. Dengan pelantikan sebagai pembimbing rakan sebaya, pihak sekolah berharap akan
dapat melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

7. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi
kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai