Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA

55100 KUALA LUMPUR


TEL: 03-92826352 FAX: 03-92847340
EMAIL: wba0093@moe.edu.my
_________________________________________________________________________________
Ruj. Kami: SKCP 700-7 /1/1 ( )
Tarikh: 17 Februari 2023

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023


SK COCHRANE PERKASA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan yang bernama


HAZIQ RAYYAN BIN AHMAD SHAH
___________________________________________ 2 ZAMRUD
tahun __________ telah dilantik sebagai pengawas
sekolah sesi 2023-2024. Tahniah kami ucapkan.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin memohon persetujuan tuan/puan
atas pelantikan tersebut. Sila tandatangan Akuan Ibu/Bapa/Penjaga yang dilampirkan.

… 4. Walau bagaimanapun, tuan/puan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada
beberapa syarat iaitu:
a) Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari, iaitu
selewat-lewatnya pada jam 7.25 pagi.
b) Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik
c) Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d) Lantikan ini tidak secara berterusan dari setahun ke setahun tetapi akan dinilai berdasarkan
prestasinya dari semasa ke semasa.
e) Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak
menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta.
Perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
f) Bersedia untuk membeli pakaian / uniform dan semua kelengkapan seperti yang diarahkan
oleh pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah. (rujuk lampiran)
g) Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang telah ditetapkan.
f) Dengan pelantikan sebagai pengawas sekolah, pihak sekolah berharap akan dapat melatih
dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa akan datang.

5. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan
bersama.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………..
(RAHIMAH BINTI PEAAI @ MOHD PIEH)
Guru Besar
SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur.

s.k. 1. Unit Disiplin Sekolah


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas Sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA
55100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-92826352 FAX: 03-92847340
EMAIL: wba0093@moe.edu.my
_________________________________________________________________________________

AKU JANJI PENGAWAS SEKOLAH

Bahawa saya, HAZIQ RAYYAN BIN AHMAD SHAH


………………………………………………. No. Kad pengenalan
2 ZAMRUD
………………...................... yang sedang belajar dalam Tahun …………... dengan sesungguhnya
berjanji bahawa saya akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah terhadap saya iaitu bahawa saya;

i. akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah,


ii. akan datang lebih awal daripada biasa, sekurang-kurangnya 20 minit
sebelum loceng pertama dibunyikan,
iii. berakhlak mulia serta menunjukkan contoh yang baik sebagai pengawas
sekolah.
iv. berpakaian lengkap pengawas dan kemas pada setiap masa.
v. akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
jujur, bersungguh-sungguh dan cekap.
vi. akan menjaga nama baik sekolah amnya dan jawatan saya sebagai
Pengawas sekolah ini khasnya,
Saya sesungguhnya faham jika saya didapati melanggar peraturan-peraturan sekolah serta Aku
Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan sehingga kepada pemecatan saya sebagai Pengawas
Sekolah ini.

Tandatangan murid,

………………………………. Tarikh:……………
( )
SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA
55100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-92826352 FAX: 03-92847340
EMAIL: wba0093@moe.edu.my
_________________________________________________________________________________

AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA/WARIS

Saya ……………………………………………………………………. Ibu/bapa/Penjaga/Waris


HAZIQ RAYYAN BIN AHMAD SHAH
kepada…………………………………………………………… 2 ZAMRUD
kelas ………………………..
memahami Aku Janji di atas. Oleh itu, saya akan bekerjasama dan memberi sokongan serta
dorongan kepada anak saya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Sekiranya anak saya melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di dalam
Aku Janji di atas, saya bersedia menerima tindakan yang akan diambil ke atas anak saya dan tidak
akan mengambil sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.

Tandatangan ibu/bapa/ penjaga / waris,

………………………………………….. Tarikh ………….


( )
PERATURAN DAN ETIKA PAKAIAN
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS LELAKI
1. KEMEJA BIRU
Kemeja berkolar lengan panjang berwarna biru

2. VEST
Vest biru gelap berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

3. TANDA NAMA
Tanda nama Silver berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

4. TALI LEHER
Tali leher warna merah berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

5. SELUAR
Seluar biru gelap

6. KASUT & SARUNG KAKI


Kasut hitam bertutup penuh dan sarung kaki
berwarna hitam

7. JAM TANGAN

****Pengawas perlu memastikan pakaian sentiasa bersih, kemas, rapi dan bersesuaian
pada setiap masa
PERATURAN DAN ETIKA PAKAIAN
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PEREMPUAN
1. TUDUNG BIRU
Tudung biru tidak bercorak

2. KEMEJA BIRU
Kemeja berkolar lengan panjang berwarna biru

3. VEST
Vest biru gelap berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

4. TANDA NAMA
Tanda nama Silver berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

5. TALI LEHER
Tali leher warna merah berlogo sekolah
**(Tempahan melalui pautan yang diberi)

6. KAIN SUSUN BELAKANG


Kain susun belakang berwarna biru gelap

7. KASUT & SARUNG KAKI


Kasut hitam bertutup penuh dan sarung kaki
berwarna hitam

8. JAM TANGAN

****Pengawas perlu memastikan pakaian sentiasa bersih, kemas, rapi dan bersesuaian
pada setiap masa

Anda mungkin juga menyukai