Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST

METHODIST GIRLS’ SECONDARY SCHOOL


42, JALAN ANSON, 10400 PULAU PINANG.
Tel : 04-2263073 Fax : 04-2277401
Email: mgspenang@hotmail.com

Kepada, Tarikh : 07.10.2020

_________________________________

Tuan/Puan,

SURAT TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI 2020/2021

Dengan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk bahawa anak di bawah jagaan tuan/puan iaitu
………………………………………….. dari kelas ……………………. telah dilantik menjadi Pengawas
Sekolah bagi sesi 2020/2021

2. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas sekolah ingin mendapatkan persetujuan tuan/puan atas
pelantikan tersebut.

3. Walau bagaimanapun, ditegaskan bahawa pelantikan ini berdasarkan beberapa syarat iaitu:

a. Pelajar ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

b. Pelajar ini tidak mengabaikan pelajarannya.

c. Lantikan sebagai pengawas dari tahun ke tahun adalah berdasarkan penilaian prestasi tahunan dan
bukannya secara automatik

d. Sekiranya pelajar ini melakukan sebarang salah laku.melanggar peraturan yang ditetapkan atau
tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah
berkuasa untuk menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta.

e. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah tidak dibenarkan.

f. Pelajar wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas
Sekolah atau pihak sekolah.

g., Pihak sekolah berharap anak tuan/puan dilatih dan dibentuk menjadi bakal pemimpin pada masa
yang akan datang dengan pelantikan anak tuan/puan sebagai Pengawas Sekolah

3. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dalam usaha membentuk
kepemimpinan dalam anak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..

LEE LOW CHON

Pengetua

SMK(P) METHODIST, PULAU PINANG

Anda mungkin juga menyukai