Anda di halaman 1dari 33

BORANG PENGAKUAN

Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan Pahang Tarikh : ……………………………………

BUKU PERATURAN TATATERTIB/DISIPLIN MURID

Saya ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………………………..


Dari kelas …………………………………………………………………… telah memiliki buku
tersebut untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan saya sendiri.

2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi


sepenuhnya segala yang termaktub dan menjauhi segala yang dilarang.

3. Saya sedar, bahawa saya atau anak jagaan saya akan dikenakan
tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin
sekolah ini dan saya rela menerima hukuman.

Yang Benar,

…………………………………
( )

1
KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


Visi Sekolah………………………………………………………………….…....... 4
Misi Sekolah……………………………………………………………………….…. 4
Falsafah Pendidikan ABIM ……………………………………………….…. 4
Program Pengajian ……………………………………………………………… 5
Kemasukan Dan Pendaftaran ……………………………………………… 6
Yuaran Pengajian Persekolahan …………………………………………. 7
Pengenalan …………………………………………………..…………………….. 8
Maksud Disiplin ……………………………………………..……………………. 8
Keperluan Peraturan dan Hukum-Hukum ………………………….. 9
Tujuan Hukuman …………………………………………………………………. 10

PANDUAN DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH


Para 1 : Waktu Persekolahan ……………………………………….. 11
Para 2 : Kehadiran ………………………………………………………… 11
Para 3 : Perhimpunan ……………………….………………………….. 12
Para 4 : Buku Teks ………………………………………………………... 12
Para 5 : Waktu Rehat …………………………………………………….. 13
Para 6 : Proses Pembelajaran Dalam Bilik darjah …………. 13
Para 7 : Ujian/Peperiksaan …………………………………………….. 14
Para 8 : Kebersihan Sekolah dan Bilik Darjah ………………… 14
Para 9 : Bilik Kelas ……………………………………………………….. 14
Para 10 : Perpustakaan ……………….…………………………………. 16
Para 11 : Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani ………………. 16
Para 12: Waktu Solat …………..…………………………………………. 17
Para 13 : Kawasan Larangan ……………………………………………. 17
Para 14 : Pakaian Seragam …………………………………………….. 18
Para 15 : Potongan Rambut …………………………………………….. 20
Para 16 : Yuran Sekolah …………………………………………………… 20

2
Para 17 : Kegiatan Kokurikulum dan Kelas Tambahan ….. 21
Para 18 : Akhlak dan Tingkahlaku ………………………….………. 21
Para 19 : Lawatan/Pelawat/Ibu Bapa ………………………………. 22
Para 20 : Keselamatan …………………………………………………….. 23
Para 21 : Peralatan Sekolah/Individu ………………………..……. 24
Para 22 : Lain-Lain Larangan ……………………………………….…. 25
Para 23 : Tindakan & Hukuman ………………………………………. 27
Para 24 : Kebakaran Dan Kecemasan ………………..…………. 28
Contoh Pemakaian Seragam Murid Lelaki / Perempuan ……. 29
Contoh Potongan Rambut Murid Lelaki ……………………………….. 30
Senarai Nilai Murni Untuk sekolah …………………………………….. 31

3
VISI

Institusi Pendidikan Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang

MISI

Menyediakan pendidikan bersepadu di peringkat


asas menengah dan rendah
Melaksanakan tarbiyah yang lengkap dan seimbang
di antara pendidikan jasmani, aqli dan rohani
Membina generasi yang bertaqwa, berketrampilan, relevan dan komited

FALSAFAH PENDIDIKAN ABIM

Suatu Usaha Yang Berterusan


Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu
Secara Menyeluruh Dan Bersepadu
Untuk Mewujudkan Insan Yang Harmonis Dan Seimbang
Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani
Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Allah
Untuk Melahirkan Insan Yang Berilmu Pengetahuan,
Berakhlak Mulia Dan Bertanggungjawab
Sebagai Hamba Dan Khalifah
Yang Boleh Memberi Sumbangan Kepada Ummah.

4
PANDUAN DAN TATACARA AKADEMIK

1. PROGRAM PENGAJIAN

1.1. Sistem Pengajian

(a) Sistem pengajian yang digunakan adalah mengikut silibus dari Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi subjek-subjek akademik terdiri daripada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR), serta penambahan silibus dari Yayasan Takmir Pendidikan
(YTP) bagi subjek-subjek agama yang merangkumi subjek al-Quran, Hadith,
Tafsir, Sirah, Bahasa Arab dan Pendidikan Teras Islam.

(b) Tempoh pengajian adalah selama enam (6) tahun iaitu dari Darjah 1 hingga
Darjah 6.

1.2. Prospek Program Pengajian

(a) Murid lepasan UPSR sekolah ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka
ke peringkat yang lebih tinggi (peringkat menengah) samada di sekolah
kerajaan atau sekolah swasta.

(b) Selain daripada itu murid lepasan UPSR sekolah ini juga boleh menyambung
pengajian peringkat menengah di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) atau
mana-mana Maahad Tahfiz.

5
2. KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN

2.1. Syarat Am

Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk memasuki pengajian peringkat rendah


di sekolah ini apabila memiliki kelayakan berikut:

(a) Merupakan warganegara Malaysia yang sah

(b) Mempunyai surat beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran


Negara, Malaysia

2.2. Syarat Tambahan

(a) Mempunyai kesihatan yang baik atau sekurang-kurangnya berupaya untuk


mengikuti pengajian di sekolah.

(b) Tidak mempunyai penyakit-penyakit seperti syndrome down, hyperactive,


autisme atau mana-mana penyakit yang memerlukan calon tersebut
seharusnya didaftarkan di sekolah pendidikan khas.

(c) Ibu bapa/penjaga calon mempunyai kemampuan untuk membayar yuran


pengajian persekolahan.

Semua syarat ini adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan dari pihak
sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Takmir Pendidikan.

6
3. YURAN PENGAJIAN PERSEKOLAHAN

3.1. Setiap murid diwajibkan membayar yuran sekolah sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.2. Bayaran hendaklah dibuat semasa mendaftarkan diri dan bulan-bulan berikutnya.

3.3. Yuran bagi setiap bulan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada lima (5) hari
bulan pada setiap bulan.

3.4. Resit bayaran rasmi/sementara yang diterima bagi menandakan pembayaran


telah dibuat hendaklah disimpan untuk rujukan apabila diperlukan.

3.5. Murid yang tidak menjelaskan yuran sekolah melebihi daripada tiga (3) bulan,
pihak sekolah tidak akan mengeluarkan surat pertukaran/sijil berhenti sekolah
dan keputusan peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) / Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

7
PENGENALAN

1. Peraturan adalah merupakan kepada murid-murid bagi mewujudkan


individu yang berdisiplin, bertanggungjawab, berhemah tinggi serta
berkeupayaan untuk menghadapi cabaran terutama dalam bidang
pendidikan.

2. Peraturan-peraturan ini adalah berdasarkan RUKUN NEGARA dan


tertakluk kepada semua perintah dan arahan Guru Besar (Mudir),
Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Dengan mematuhi peraturan sekolah akan wujudlah hubungan mesra


di antara murid dengan guru dan warga sekolah. Dengan ini akan
menimbulkan suasana yang harmonis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi membolehkan tercapainya matlamat sekolah.

MAKSUD DISIPLIN

1. Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-


undang sama ada yang dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri
sendiri.

2. Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.

3. Kesanggupan menghormati hak-hak individu yang lain.

4. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan bersopan dan


tidak mengganggu kepentingan orang lain.

8
5. Kesanggupan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai
semangat tolong menolong.

6. Kesanggupan memperbaiki keadaan yang sedia ada dan meneruskan


usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

KEPERLUAN PERATURAN-PERATURAN DAN HUKUMAN

1. Untuk mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan


masyarakat di sekolah ini.

2. Untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain


dan mempunyai semangat tolong menolong.

3. Untuk melahirkan murid yang sanggup membaiki keadaan sedia ada


menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk
sekolah.

4. Untuk memberi layanan dan hak samarata kepada semua murid.

5. Untuk mengajar murid berdisiplin supaya dapat menjadi manusia yang


bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan warga Negara yang
baik.

6. Untuk membantu Guru Besar, Guru-Guru, Pengawas dan Ketua Murid


dalam menjaga keamanaan, ketenteraman dan kelicinan perjalanan
sekolah.

7. Untuk menentukan bahawa mereka yang bersalah akan menerima


hukuman yang setimpal dengannya.

9
Tujuan Hukuman ialah:-

1. Mencegah murid-murid yang bersalah dari mengulangi kesalahan


mereka.

2. Mencegah murid-murid yang lain dari melakukan kesalahan yang


sama.

3. Menjauhkan murid-murid yang merbahaya atau bermasalah dari


mempengaruhi murid-murid lain.

4. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahan akan mendapat


hukuman setimpal.

5. Untuk memperbaiki akhlak murid-murid yang bersalah.

10
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah

Para 1 : Waktu Persekolahan

1.1 Isnin
8.00 – 8.30 pagi Perhimpunan
8.30 – 4.00 petang Sesi Pembelajaran

1.2 Selasa & Khamis


7.50 – 8.00 pagi Perhimpunan
8.00 – 4.00 petang Sesi Pembelajaran

1.3 Rabu
7.50 – 8.00 pagi Perhimpunan
8.00 – 8.30 pagi Bacaan Al Mathurat
8.30 – 4.00 petang Sesi Pembelajaran

1.4 Jumaat
7.50 – 8.00 pagi Perhimpunan
8.00 – 8.30 pagi Bacaan Yassin
8.30 – 12.00 tengahari Sesi Pembelajaran

Para 2 : Kehadiran
2.1 Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan kecuali sakit. Surat akuan
doktor/ibubapa/penjaga hendaklah dihantar kepada pihak
sekolah untuk direkod.
2.2 Murid-murid dikehendaki berada di kawasan sekolah
sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng dibunyikan
di waktu pagi.

11
2.3 Murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka ke dalam

2.4 Buku Rekod kehadiran oleh pengawas yang bertugas. Jika


melebihi 3 kali, mengikut catatan rekod tersebut satu
surat tunjuk sebab perlu ditunjukkan.

Para 3 : Perhimpunan
3.1 Hari Isnin adalah perhimpunan rasmi sekolah.Oleh itu
kehadiran semua guru dan murid adalah diwajibkan.
3.2 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid
hendaklah segera ke tempat perhimpunan.
3.3 Berjalan ke tempat perhimpunan dengan cepat dan tidak
bising.
3.4 Peraturan berbaris : Ketua/penolong ketua kelas di
hadapan dan diikuti murid yang rendah dan seterusnya.
3.5 Murid-murid hendaklah mendengar dan memberi perhatian
kepada pengumuman yang disampaikan oleh guru-guru
atau ketua murid serta memberi perhatian kepada ucapan
yang disampaikan dalam perhimpunan.
3.6 Semasa berjalan masuk ke kelas, kekalkan dalam barisan
kelas masing-masing dan berjalan dalam suasana tenang
dan tidak bising.

Para 4 : Buku Teks


4.1 Buku teks yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik
supaya tidak rosak atau hilang. Buku yang rosak atau
hilang mesti diganti atau dibayar mengikut harganya.
4.2 Murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di
sekolah.

12
Para 5 : Waktu Rehat
5.1 Murid-murid hendaklah makan dan minum di kantin
sekolah.
5.2 Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan.
5.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas
semasa rehat kecuali dengan kebenaran guru.
5.4 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan
kantin, sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
5.5 Habiskan dengan kadar segera setelah loceng tamat rehat
dibunyikan.
5.6 Bekas-bekas makanan/minuman hendaklah ditetakkan di
tempat yang telah di khaskan.

Para 6 : Proses Pembelajaran Dalam Bilik Darjah


6.1 Semua murid mesti mengucapkan salam hormat kepada
seseorang guru apabila masuk dan meninggalkan kelas.
6.2 Semua murid mesti memberi perhatian penuh apabila
guru mengajar.
6.3 Semua murid dilarang membuat bising, berjalan dan
makan/minum dalam bilik darjah setiap masa.
6.4 Semua murid digalakkan melibatkan diri secara kreatif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
6.5 Semua latihan, kerja rumah dan kerja cuti mesti disiapkan
dalam masa yang ditentukan oleh guru masing-masing.
6.6 Semua murid digalakkan menanyakan soalan, memberi
cadangan dan idea tetapi dengan keizinan guru terlebih
dahulu.

13
Para 7 : Ujian/Peperiksaan
7.1 Kehadiran dalam ujian/peperiksaan adalah wajib.
7.2 murid mestilah menjauhkan diri dari sebarang
ketidakjujuran dalam ujian/peperiksaan.
7.3 Memalsukan tandatangan atau markah dalam buku/rekod
prestasi dengan niat untuk menipu ibubapa penjaga
dianggap sebagai kesalahan BERAT.

Para 8 : Kebersihan Sekolah dan Bilik Darjah


8.1 Semua murid mestilah menjaga kebersihan kawasan
sekolah dan DILARANG membuang sampah di merata-rata
tempat. Gunakan tong yang telah disediakan.
8.2 Murid DILARANG melukis atau menconteng bangunan,
kerusi, meja dan lain-lain.
8.3 Semua murid mestilah membersihkan bilik darjah pada
tiap-tiap hari mengikut jadual bertugas.
8.4 Murid juga dikehendaki menjaga kelengkapan bilik darjah
yang disediakan seperti meja, kerusi, papan tulis, papan
kenyataan, almari, kipas, lampu dan lain-lain.
8.5 Semasa meninggalkan bilik darjah, pastikan bilik darjah
dalam keadaan kemas dan teratur serta lampu dan kipas
dipadamkan.

Para 9 : Bilik Kelas


9.1 Kerusi dan meja disusun kemas dan teratur.
9.2 Papan putih dan kawasan sekelilingnya hendaklah bersih
dan kemas sentiasa.
9.3 Dilarang mengetuk pemadam papan putih pada dinding
atau pintu.

14
9.4 Cebisan kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam
tong sampah.
9.5 Sebarang kenyataan atau alatan mengajar yang ada di
dalam kelas hendaklah dijaga dengan baik.
9.6 Ruang kaki lima mestilah bersih dan tidak ada sampah.
9.7 Jangan membazir tenaga elektrik (kipas dan lampu).
9.8 Pastikan lampu dan kipas ditutup apabila meninggalkan
bilik darjah.
9.9 Murid yang bertugas membersihkan kelas mesti
melakukannya dengan penuh rela, dedikasi dan penuh
tanggungjawab.
9.10 Murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa
kebenaran guru. Murid mestilah memakai pas kebenaran
yang telah disediakan.
9.11 Semua murid mestilah berada di dalam bilik darjah pada
setiap masa, sentiasa dalam keadaan senyap dan
bersopan santun.
9.12 Dilarang merosakkan peralatan, carta-carta yang terdapat
di dalam bilik darjah.
9.13 Dilarang sama sekali membuat bising dan mengacau
semasa pelajaran diajar.
9.14 Tidak dibenarkan keluar kelas tanpa alasan tertentu.
9.15 Hendaklah mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik Guru
Besar, Pejabat, Bilik Guru, dan Bilik darjah serta memberi
salam dengan tertib dan sopan.
9.16 Di sebelah petang, pastikan semua tingkap dan pintu telah
ditutup sebelum meninggalkan kelas.
9.17 Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang
alatan/barang/buku dalam laci meja.

15
9.18 Ketua/penolong ketua kelas dikehendaki memanggil guru
yang masuk lewat ke kelas. Jika guru tidak hadir rujuk
kepada guru bertugas/Guru Penolong Kanan.

Para 10 : Perpustakaan
10.1 Setiap murid yang masuk ke perpustakaan mestilah
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
10.2 Hanya buku yang telah berada di rak sahaja yang boleh
dipinjam.
10.3 Hanya murid yang mempunyai kad pinjaman sahaja
dibenarkan meminjam buku.
10.4 Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada
tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada
peminjam yang lewat memulangkan buku.
10.5 Murid yang menghilangkan/merosakkan buku
perpustakaan hendaklah menggantikannya.
10.6 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk.
10.7 Setelah selesai membaca, letakkan buku di tempat asal.
10.8 Susun kerusi dan meja yang telah digunakan.

Para 11 : Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani


11.1 Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani murid
perempuan di mestikan memakai seluar track dan baju T
yang dibenarkan.

11.2 Peraturan di atas juga terlibat semasa bermain atau


semasa mengambil bahagian dalam acara olahraga.

16
Para 12 : Waktu Solat

12.1 Semasa di surau/masjid, murid harus mematuhi peraturan


menggunakan surau/masjid dan menjaga kebersihan
surau/masjid.

12.2 Murid-murid yang melakukan apa-apa perbuatan atau tindakan


dengan niat untuk mengelakkan diri daripada menunaikan solat
adalah dianggap melakukan kesalahan BERAT.

Para 13 : Kawasan Larangan


Semua murid DILARANG BERADA di tempat-tempat berikut
kecuali dengan kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah.

13.1 Bilik-bilik darjah, bilik sukan, bilik khas, bilik fail dan
makmal sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan
selepas waktu balik.
13.2 Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
13.3 Bilik cetakan sekolah dan setor sukan.
13.4 Tandas guru dan sekitarnya.
13.5 Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas
pelajar perempuan bagi murid lelaki.
13.6 Kawasan letak kereta guru.
13.7 Kantin sekolah jika bukan waktu rehat.
13.8 Kawasan tangki air sekolah.
13.9 Dewan.
13.10 Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.

17
Para 14 : Pakaian Seragam
14.1 Pakaian seragam murid lelaki:
14.1.1 Songkok
Murid lelaki digalakkan memakai songkok
berwarna hitam.

14.1.2 Baju A:
Baju kemeja ungu berlengan pendek atau
panjang. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan
ke dalam seluar.

Baju B:
Baju kemeja biru muda hanya dipakai oleh
pengawas sekolah.

Baju C:
Baju kemeje kuning air hanya dipakai oleh
pengawas pusat sumber.

14.1.3 Seluar
a) Seluar berwarna hitam
b) Seluar biru gelap hanya dipakai oleh
pengawas.
c) Seluar coklat hanya dipakai oleh
pengawas pusat sumber.
d) Potongan seluar hendaklah mengikut
fesyen biasa, tidak ketat dan tidak lebar,
mempunyai tidak lebih dari tiga poket,
termasuk satu poket di belakang.
e) Ukuran panjang seluar ialah menutup
buku lali.

18
14.1.4 Kasut
a) Kasut getah kanvas berwarna hitam.
b) Tumit tinggi dan boot tidak dibenarkan.
c) Stoking hendaklah berwarna hitam
sahaja.

14.1.5 Pada hari Jumaat murid lelaki hendaklah


memakai baju melayu ungu lengkap dengan
sampin ungu tua dan songkok berwarna hitam.

14.1.6 Tali pinggang


Jika perlu, hendaklah memakai tali pinggang
biasa, berukuran lebar 1 hingga 1 ½ inci,
berwarna biru tua atau hitam.

14.1.7 Tanda nama


Tanda nama dan lencana hendaklah sentiasa
dipakai di bahagian dada sebelah kiri.

14.2 Pakaian seragam pelajar perempuan:


14.2.1 Baju kurung
a) Baju kurung ungu potongan tradisional dan
kain ungu tua.
b) Tudung kepala yang dibenarkan ialah berwarna
putih dan tidak bersulam atau berenda.
c) Pengawas memakai baju kurung biru muda
dan kain biru gelap.
d) Pengawas pusat sumber memakai baju kurung
berwarna kuning cair dan kain berwarna
coklat.
e) Kasut dan stoking berwarna hitam.

19
Para 15 : Potongan Rambut
15.1 Murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Pengertian
berambut panjang ialah:
a) Di belakang
Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.

b) Di depan
Rambut menutup garisan tengah dahi.

c) Di sebelah
Rambut menutup kedua telinga atau sebahagian
daripadanya dan di depan melebihi tengah hidung.

d) Di atas
Lebih daripada 5 inci panjang.

Para 16 : Yuran Sekolah


16.1 Setiap murid di wajibkan membayar yuran sekolah
sebagaimana yang di tetapkan oleh pihak sekolah.

16.2 Bayaran hendaklah dibuat semasa mendaftarkan diri dan


bulan-bulan beriktnya.

16.3 Resit bayaran rasmi/sementara bagi menandakan


pembayaran dibuat, hendaklah disimpan untuk membuat
bantahan atau bila-bila masa perlu.

16.4 Murid yang tidak mejelaskan yuran sekolah, pihak sekolah


tidak akan mengeluarkan surat pertukaran/sijil
berhenti/keputusan peperiksaan UPSR/SPRA.

20
Para 17 : Kegiatan Kokurikulum dan Kelas Tambahan
17.1 Kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah di luar daripada masa belajar seperti
kegiatan persatuan, kelas, sukan, pertubuhan pakaian
seragam dan sebagainya.

17.2 Murid mestilah mengambil bahagian (sekurang-kurangnya)


satu kegiatan sukan, satu persatuan/kelab atau satu
pertubuhan pakaian seragam.

17.3 Catatan kehadiran kegiatan hendaklah ditandatangani oleh


guru penasihat/guru pemimpin.

17.4 Pakaian semasa aktiviti ko-kurikulum ialah T-shirt yang


telah di khaskan oleh pihak sekolah.

17.5 Kelas tambahan yang diadakan oleh guru adalah wajib


dihadiri.

Para 18 : Akhlak dan Tingkahlaku

18.1 Murid dikehendaki berkelakuan baik sepanjang masa sama


ada di sekolah atau di luar sekolah.

18.2 Murid dikehendaki berbudi bahasa dan bersopan santun


kepada ibubapa, guru besar, guru-guru, kakitangan
sekolah dan orang ramai.

18.3 Semua murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik


sekolah setiap masa.

21
Para 19 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa

19.1 Sesuatu lawatan yang dianjurkan oleh guru adalah


dianggap rombongan sekolah. Peserta rombongan
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat/kebenaran
ibubapa atau penjaga.

19.2 Peserta rombongan hendaklah mematuhi peraturan yang


ditetapkan oleh pihak penganjur dalam sepanjang
lawatan.

19.3 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa


dengan pelajar sekolah atau sebaliknya kecuali setelah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar, Guru Penolong
Kanan (HEM).

19.4 Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat


membawa keluar murid yang berkenaan kerana sesuatu
sebab yang mustahak, hendaklah berjumpa dengan Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan (HEM) dan mencatat di
dalam buku kebenaran keluar.

19.5 Murid HENDAKLAH melaporkan dengan serta merta


kepada Guru Besar atau mana-mana guru sekiranya
melihat orang yang disyaki memasuki kawasan sekolah
dengan tujuan mencurigakan.

22
Para 20 : Keselamatan
20.1 Keselamatan Jalan raya
20.1.1 Murid hendaklah sentiasa mematuhi undang-
undang jalan raya yang betul.

20.1.2 Semua murid hendaklah menjaga keselamatan


diri sendiri ketika di jalan raya.

20.1.3 Bagi murid yang berjalan kaki hendaklah


sentiasa berjalan di sebelah tepi kanan jalan
dan JANGAN bersaing-saing.

20.1.4 Bagi murid yang menaiki bas atau kenderaan


yang disewa hendaklah menanti di tempat
yang disediakan dan tidak berebut-rebut ketika
menaiki atau turun dari kenderaan tersebut.

20.1.5 Bagi murid yang menaiki basikal hendaklah


mengikut sebelah kiri jalan dan JANGAN
bersaing atau berlumba-lumba.

20.1.6 Sebarang kemalangan jalan raya yang berlaku


di antara murid hendaklah segera meminta
bantuan daripada orang awam dan
memberitahu guru atau Guru Besar seberapa
segera.

23
20.2 Kemalangan dan Kerosakan Harta Benda
20.2.1 Sebarang kemalangan yang berat dan
memerlukan rawatan yang segera hendaklah
diberitahu kepada guru atau Guru Besar
dengan segera.

20.2.2 Sebarang kemalangan yang berlaku di kelas


hendaklah diberitahu dengan segera kepada
guru kelas/Guru bertugas/Guru Penolong
Kanan (HEM).

20.2.3 Sebarang kerosakan harta benda sekolah


hendaklah diberitahu guru atau Guru Besar
dengan segera. Jika di dapati murid merosakan
harta benda sekolah dengan sengaja atau
dengan tujuan jahat, tindakan tatatertib akan
dikenakan dan murid tersebut akan dikenakan
ganti rugi kepada sekolah.

Para 21 : Peralatan Sekolah /Individu


21.1 Menjaga harta benda/peralatan sekolah:-
a) Semua murid hendaklah bertanggungjawab terhadap
peralatan sekolah.
b) Murid dilarang mencuri atau merosakkan peralatan
sekolah.
c) Murid dilarang menyalahgunakan harta/peralatan
sekolah.
d) Murid hendaklah mendapatkan kebenaran untuk
menggunakan peralatan sekolah.

24
e) Peralatan/buku hak sekolah yang dipinjam
hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin.
f) Peralatan yang digunakan hendaklah
dikembalikan/diletakkan di tempat asal.

21.2 Penggunaan lampu dan kipas dalam kelas


a) Kipas dan lampu dalam kelas hendaklah dipadamkan
jika tidak digunakan.
b) Penggunaan lampu dan kipas dalam kelas hendaklah
mengikut kesesuaian keadaan cuaca dan DILARANG
membazir.

21.3 Menjaga peralatan/harta sendiri.


a) Murid hendaklah menjaga keselamatan peralatan
sendiri semasa berada disekolah.
b) Murid TIDAK DIBENARKAN memakai barang kemas
ke sekolah. Jika dibawa ke sekolah, maka pihak
sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangannya.

Para 22 : Lain-Lain Larangan


22.1 Murid dilarang memakai barang kemas seperti cincin,
rantai leher, gelang, subang sama ada dibuat dari emas
atau sebaliknya.

22.2 Murid dilarang memakai T-shirt bergambar yang menjolok


mata.

22.3 Murid perempuan dilarang memakai alat solek seperti


gincu bibir dan sebagainya.

25
22.4 Murid dilarang memakai selipar semasa berada dalam
kawasan sekolah.

22.5 Murid dilarang menunggang basikal di dalam kawasan


sekolah.

22.6 Surat menyurat antara murid lelaki dengan murid


perempuan walau apa darjah sekalipun TIDAK
DIBENARKAN.

22.7 Murid DILARANG melakukan perbuatan atau percakapan


yang boleh menyinggung perasaan murid lain dan
seterusnya menyebabkan pergaduhan atau selisih faham
antara murid sendiri.

22.8 Pihak sekolah TIDAK membenarkan sebarang surat


menyurat “tidak rasmi” di alamatkan ke sekolah kecuali
surat daripada ibubapa penjaga.

22.9 Surat rasmi kepada murid yang disyaki akan dibuka oleh
pihak sekolah.

22.10 Membeli, membaca, melukis, mengedar atau


mengeluarkan kata-kata lucah adalah DILARANG dan
merupakan kesalahan berat.

22.11 Murid dilarang menggunakan telefon semasa waktu


belajar.

26
Para 23 : Tindakan Dan Hukuman
23.1 Sebarang kelakuan/perbuatan samada sengaja atau tidak
yang bertentangan dengan peraturan sekolah dianggap
telah melakukan kesalahan.

23.2 Murid yang melakukan kesalahan melanggar peraturan


sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang setimpal
dengan kesalahannya. Hukuman tatatertib adalah seperti
berikut:
1) Diberi nasihat
2) Diberi amaran secara lisan
3) Didenda
4) Dikenakan kelas tahanan
5) Diberi amaran bertulis
6) Dikenakan hukuman
7) Digantung persekolahan
8) Kesalahan akan dicatat di dalam surat/sijil sekolah
9) Dibuang sekolah

23.3 Setiap murid yang menerima hukuman akan dicatatkan


dan direkod namanya ke dalam buku rekod disiplin/rekod
tindakan tatatertib. Laporan akan diberitahu kepada
keluarga.

23.4 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid akan


membincangkan/mendengar setiap kesalahan murid dan
keputusan akan dihantar kepada Guru Besar seterusnya
yang berkenaan.

27
Para 24 : Kebakaran dan Kecemasan
24.1 Setiap murid yang berada di kawasan sekolah mestilah
pada bila-bila masa mengikuti latihan kebakaran dan
kecemasan dengan penuh tertib serta memathi segala
arahan yang diberi.

24.2 Semasa kebakaran berlaku hendaklah dengan cepat,


pantas dan serta merta keluar dari kelas dan
meninggalkan bangunan tetapi jangan panic. Ikuti segala
arahan daripada guru dan pengawas. Ikuti segala
pengalaman latihan kebakaran yang pernah dilakukan.

28
Contoh Pemakaian Seragam Murid Lelaki / Perempuan
Surat Pekeliling Ikhtisas No 3/1976

Songkok Hitam

Anak Tudung
Putih

Lencana Sekolah
Tali Leher
Tudung Ungu
Kemeja Lengan
Pendek/Panjang

Baju Kurung
Tali Pinggang Ungu
Hitam

Seluar Hitam

Kain Ungu
Pekat

Kasut Hitam

Stoking Hitam

29
Contoh Potongan Rambut Murid Lelaki
Surat Pekeliling Ikhtisas No 2/1976

30
Senarai Nilai Murni Untuk sekolah
1. BAIK HATI
1.1 Belas kasihan
1.2 Bertimbang rasa
1.3 Murah hati
1.4 Saling faham memahami
1.5 Sedia memaafkan

2. BERDIKARI
2.1 Bertanggungjawab
2.2 Berupaya bertindak sendiri
2.3 Jatidiri
2.4 Yakin pada diri sendiri

3. HEMAH TINGGI
3.1 Kesopanan
3.2 Mengakui kesalahan diri
3.3 Ramah mesra

4. HORMAT MENGHORMATI
4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa
4.2 Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran dan
pemimpin.
4.3 Hormat kepada raja dan Negara.
4.4 Hormat kepada hak asasi.
4.5 Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
keturunan.
4.6 Hormat kepada keperibadian individu.
4.7 Patuh kepada undang-undang
4.8 Patuh kepada ketetapan masa.
4.9 Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa.

31
4.10 Menghargai tenaga kerja.
4.11 Menghargai maruah diri.

5. KASIH SAYANG
5.1 Sayang kepada Allah, ibubapa dan masyarakat.
5.2 Sayang kepada alam sekeliling.
5.3 Cinta kepada Negara.
5.4 Cinta kepada keamanan dan keharmonian.

6. KEADILAN
6.1 Adil
6.2 Saksaman

7. KEBERANIAN
7.1 Berani kerana benar.
7.2 Berani mempertahankan pendirian.
7.3 Berani bertanggungjawab.

32
 SEKOLAH KU RUMAH KU

 GURU KU IBUBAPA KU

 KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN

 KEBERSIHAN KEINDAHAN, JADIKAN AMALAN

 SEKOLAH CERIA
GURU BAHAGIA
MURID BERJAYA
IBUBAPA GEMBIRA

 ILMU ITU PENYULUH HIDUP

33

Anda mungkin juga menyukai