Anda di halaman 1dari 2

Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi.

Walaupun
tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada
hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.

Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu)
adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)",
sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika
di Caltech pada 29 Disember 1959.

Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains
Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai
berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui
pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."

Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau
mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano
melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan
Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera
Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and
Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.

Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran
sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope -
STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa
tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi
pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.

Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat
teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering
membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk
daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan
keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja
yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.

Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang
lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat
paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam
'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin
menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk
menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain,
sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan
oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam
kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.

Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki
"Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth
Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh
Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan
sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina
hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan
beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan
bertambahnya kestabilan dan kegunaan.

Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:

 risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano

 risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)

 risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai